Friday, March 11, 2011

Hah! Rumah Sewapun dikebas orang??

KANGAR: “Saya tidak tahu siapa yang mencuri rumah pusaka ini kerana sekembali ke Perlis, saya lihat hanya tinggal 24 batang pelapik tiang manakala rumah sudah lesap.”


Yang tinggal hanya pelapik tiang rumah..

Begitu kata suri rumah, Zuria Ali, 30, yang terkejut apabila mendapati rumah pusaka peninggalan arwah ibunya di Jalan Raja Syed Alwi, di sini, hilang Jumaat lalu.


Rumah kayu setingkat berusia lebih 60 tahun itu sebelum ini disewakan dan kali terakhir bayaran sewa dipungut ialah Oktober lalu.

Zuria yang kini menetap di Taman Cahaya, Kampar, Perak sejak berkahwin dengan seorang anggota polis berkata, kehilangan rumah kayu setingkat itu disedarinya Khamis lalu, sebelum membuat laporan di Balai Polis Kangar keesokan harinya.

“Rumah itu disewa RM100 sebulan kepada seorang penduduk di sini dan kali terakhir penyewa membuat bayaran ialah Oktober lalu kepada rakan di kampung berkenaan, Rasni Putih, sebelum rakan itu memasukkannya ke dalam akaun bank saya.

“Selepas dimaklumkan Rasni Khamis lalu, saya bergegas pulang ke Perlis keesokan harinya (Jumaat) dan terkejut apabila mendapati hanya tinggal pelapik tiang manakala rumah diduduki sejak kecil, hilang.

“Kecurian ini di luar jangkaan kerana rumah pusaka itu besar manakala struktur kayunya masih teguh yang sudah tentu mengambil masa untuk membukanya. Pencuri dikatakan menggunakan lori untuk mengangkut semua tiang, papan dan bumbung rumah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Zuria berkata, banyak barangan pusaka milik arwah ibunya, Allahyarham Jahara Jasin yang meninggal dunia pada 2004 berada dalam rumah termasuk pinggan mangkuk, dapur dan perabot turut lesap.

Katanya, beberapa jiran berhampiran menyangka dia menjual rumah itu selepas mendapati sekurang-kurangnya empat orang meroboh rumah dan memasukkan kayu ke dalam lori.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, mengesahkan menerima laporan berhubungan kehilangan rumah dan sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek.


myMetro

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails