Friday, March 18, 2011

Hah! Jawablah Gani Patail..



“Jangan jadikan masalah peribadi anda sebagai masalah kerajaan.” - Itu nasihat yang diberikan oleh ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Phang, yang terkenal dengan kelantangannya bersuara berkata Gani pada 4 Januari lalu telah memberi taklimat kepada lima ahli panel SPRM. Pada perjumpaan itu, beliau memberitahu akan berurusan dengan media dan orang ramai bagi menjelaskan pemergian kontroversialnya ke tanah suci menunaikan ibadah haji.


"Dua bulan sudah berlalu sejak perjumpaan itu dan saya tidak lihat Gani tampil menjelaskan perkara itu.

"Seorang penulis blog mendakwa Gani dan keluarganya menunaikan haji dengan seseorang yang wataknya 'mencurigakan'. Saya tidak kata dia tidak jujur tetapi hanya mengulangi apa yang dimuat-naikkan dalam blog itu,” kata Phang.

"Tolong, jangan jadikan masalah perbadi anda sebagai masalah kerajaan. Tampil dan buat penjelasan kerana anda memegang jawatan yang berkuasa dan penting. Saya cuma membekalkan konduit bagi Gani untuk menjelaskan kepada orang ramai apabila berjanji berbuat demikian.”

Phang, bekas ahli Transparency International berkata demikian semasa sesi teh tarik bagi menceritakan segala-galanya yang dianjurkan oleh Malaysian digest.com petang semalam.

Meskipun Phang tidak menamakan 'watak yang mencurigakan' itu, namun mengikut kebanyakan laporan, ia adalah Shahidan Shafie, yang pernah dikaitkan dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli.

Gani dibidas tahun lalu setelah timbul dakwaan di Internet bahawa beliau mempunyai hubungan dengan Tajudin yang kini disiasat oleh SPRM.

Phang yang antara mereka yang membidas Gani dan secara terbuka menuntut Peguam Negara itu menjelaskan kontroversi berkenaan. Namun, kedua-dua Gani dan Shahidan terus membisu.

Gani dikatakan telah membuat penjelasan kepada SPRM tetapi sesetengah anggota panel dikatakan terus tidak berpuas hati dengan penjelasannya.


Malaysiakini

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails