Saturday, March 12, 2011

Dulu Gobala.. Kini Sivarasa..

Dulu Gobala semasa menjadi MP PKR dilarang memasuki Sarawak entah pasal apa pun tak tahu.. itu dulu sebelum Gobala keluar PKR dan menyelesaikan bayaran tanahnya yang tertunggak sebanyak RM1.4 Juta tu.. setelah beberapa minggu sahaja keluar dari PKR..

Sekarang mungkin Taib Mahmud sudah membenarkan Gobala memasuki Sarawak kerana Gobala sudah menjadi Katak yang dibiayai oleh BN.. bagi menggantikan yang telah dikosongkan oleh Gobala itu.. kini Sivarasa pula menggantikan tempatnya..

Entah apa yang Taib Mahmud takut sangat dengan pemimpin PKR tu entahlah..

MP Subang Dilarang Masuk Ke Sarawak

SHAH ALAM 12 MAC : Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini.


Beliau yang ketika dihubungi TV Selangor pada waktu itu sedang diiring oleh pegawai khas kembali ke pesawat untuk di hantar kembali ke Kuala Lumpur.

Ini merupakan kali kedua Ahli Parlimen itu daripada memasuki negeri Sarawak.

"Saya dilarang masuk ke Sarawak, dan sekarang sedang di eskot balik ke pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurut beliau lagi, tiada alasan kukuh yang diberikan dan hanya arahan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri Sarawak.

"Tiada alasan apa-apa, hanya mereka katakan arahan telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri untuk melarang saya dari memasuki," katanya.

Sivarasa turut tidak menolak kemungkinan kerajaan Barisan Nasional khuatir dengan kehadiran beliau di Sarawak, serta menyifatkan tindakan kerajaan Sarawak sebagai satu yang tidak wajar dan telah melanggar hak asasi.

"Saya pun tak tahu apa yang mereka takutkan terhadap saya dan saya anggap ini sebagai satu salah guna kuasa dan melanggar hak asasi saya sebagai seorang wakil rakyat dan ahli parlimen dan tindakan ini adalah tidak patut," katanya.

Sivarasa memberitahu, beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Kedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails