Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, March 13, 2011

Darimana UMNO Selangor dapat wang ini??

Bagaimana Umno Selangor mampu menyumbang wang tunai RM500 seorang kepada para pelajar yang kembali belajar ke Mesir?

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kedudukan kewangan Umno Selangor kerana mampu menyumbang wang tunai RM500 seorang kepada para pelajar yang kembali belajar ke Mesir.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, “sumbangan RM500 itu disalurkan kepada para pelajar menerusi Yayasan Kelana Ehsan (YKE) bagi pihak Umno Selangor.

“Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan keraguan bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti YKE mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Apatah lagi katanya, Umno Bahagian Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ujar beliau, “jika Umno Selangor beriya benar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA.”

Hutang Umno dengan PBT

Oleh itu katanya, kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan akan membuat tuntutan dalam tempoh dua minggu.

Faekah berkata, selama ini pemimpin-pemimpin Umno ghairah mengkritik malah sanggup membuat laporan kepada SPRM dengan menuduh Kerajaan Negeri membelanjakan duit rakyat.

“Mutakhir, Umno menuduh Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu Kerajaan Negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.

“SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggung jawab mereka,” katanya.

Kita mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor, dari manakah Umno Selangor dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini?

“Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?,” soal beliau.

Beliau berkata, “kita juga mahu SPRM menyiasat perkara ini jika benar SPRM bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban.

“Jangan bersikap ‘double standard’ sehingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya,” ujarnya.


Free Malaysia Today

10 comments:

zamri said...

sia-sia saja lapur pada SPRM. kalau UMNO buat salah pejam sebelah mata,

Anonymous said...

apa punya pemikiran lah setiausaha politik ni.... padanlah selangor semakin hancus, sbb bukan shj pemimpin tak pandai jaga negeri, setiausaha pun sama jugak...

Duit UMNO tu duit parti lahh... tak de kena mengena dengan duit kerajaan atau rakyat... cuba hang tengok penyata kira-kira UMNO malaysia, tengok berapa duit yg ada..

tak sama dengan duit kerajaan negeri yang digunakan untuk kegunaan parti... mcm yg pkr buat.

kalau benda ni pun tak faham dan nak suruh SPRM siasat... memanglah budak-budak pkr ni ada masalah mental yg kronik....

Anak Sungai Derhaka said...

Buat Anon 11:56..

Yang semakin hancus di Selangor adalah pemimpin-pemimpin UMNO yangmana kocek mereka telah mula kering kerana tiada projek disediakan untuk mereka bukannya negeri Selangor.

Hanya pencacai-pencacai UMNO yang berani mengatakan duit UMNO itu duit parti dan tidak kena mengena dengan kerajaan Malaysia kerana pencacai-pencacai UMNO tidak pernah tahu bahawa dana UMNO itu disumbangkan oleh GLC yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu memenuhkan tabung UMNO setelah Tabung UMNO yang terdahulu dilarikan oleh seorang pemimpin UMNO.

Duit siapa pula yang UMNO/BN gunakan untuk merasuah para pengundi didalam setiap PRK yang telah berlalu? Duit UMNO tau duit Kerajaan?

cekli@abg chor said...

ANON 11:56..

BERBAHASA BIAR INDAH, BERSUARA BIAR LUNAK DAN BERFIKIR BIARLAH ADA RASIONALNYA. KENAPA BEGITU DANGKALNYA PEMIKIRAN ANDA SEHINGGAKAN TAK TAHU HENDAK MEMBEZAKAN ANTARA WANG KERAJAAN DENGAN WANG PARTI. ANDALAH DIANTARA SPESIS MANUSIA YANG TELAH DI SERANG PENYAKIT MEROYAN TAHAP SERIUS YANG MENUNGGU MASA SAJA NAK...........JADI TEMPOYAK.

BERFIKIRLAH SECARA ISLAM YANG SE3BENAR.....

KuroShogun said...

Hei Anon 11:56!
Apa ko cerita ni? Kalau ko kata UMNO Malaysia banyak duit, apsal tak bayar hutang? Aku was-was dengan cerita "geng keris bersilang" nak bagi duit RM500 setiap seorang tu. Entah ye ke tidak?! Bukannya betul "geng keris bersilang" ni. Kalau la betul "geng keris bersilang" ni nak bagi duit, entah sapa tah yang jadi mangsa kena pow. Bukan negeri Selangor je ada masalah dengan "geng keris bersilang" tak nak bayar hutang, negeri lain pun ada masalah yang sama. Dah lah Anon 11.56, baik ko cerita pasal apa gempa bumi kat Jepun tu, lagi ada faedah! Sekurang-kurangnya boleh jadi iktibar kepada kita semua supaya jangan ingat air yang tenang tu takde ancaman.

Anonymous said...

puak2 pakatan haram ni bukannya tahu sangat pon... sumber mereka adalah annuraljubburri... klu aljubburrri kata A maka semua kata A...

UMNO selangor bagi sumbangan pon salah???. ikot suka dialh mana dia nak cari duet untuk buat sumbangan.. yang anakdara tua ni sebok2 buat apa??? mana2 sumber dia dapat tak payahlah kita nak tanya.. orang memberi kita merasa.. agak2nya faekah ni dah lama tak kena raba kot....

Anonymous said...

hoi anak sungai derhaka,

setakat menulis kat sini bolehlah... tapi bila mintak bukti nanti, terus lari lintang pukang.

macam anwar juga, bila berceramah berdegar-degar, konspirasi lah, arsenik lah, HIV lah, 16 september lah, ada 30 org nak lompat lah...

tapi semuanya auta.

ini, duit parti dgn duit kerajaan pun tak boleh nak bezakan... kah kah kah...

duit parti tak sama dengan duit kerajaan ye. harap maklum. lain kali, kalau baca penyata kewangan, baca betul-betul...

nasib baik kerajaan PR dah nak hancur dah.. so rakyat dah boleh menilai...

SlayTheZionistDevils said...

Sedih betul tengok nasib mangsa tipudaya agen-agen dajjal laknatullah ni. Marilah kita sama-sama mentarbiyahkan diri dan bermunasabah agar kita tak akan jadi mangsa tipudaya dajjal. Salah satu senjata dajjal dalam tipudayanya adalah dengan melalui mekanisma mind control. Kebiasaan medium yang digunakan adalah media massa dan kemudian tipudaya tersebut dipanjangkan kepada mangsa lain secara lisan oleh orang yang telah dikawal mindanya. Ini menguatkan lagi cengkaman mind control kerana tipudaya tersebut telah disampaikan bukan sahaja melalui media massa tetapi juga melalui lisan. Contoh mangsa mind control dajjal boleh diperhatikan melalui komen-komen yang disampaikan oleh "anonymous".

sam1430 said...

Patutlah org2 Umngok ni tak sedar2 lg yg sebenarnya mereka ini dah lama dibodoh-bodohkan oleh pemimpin2 penyamun mereka. Tengok contoh pemikiran mereka dlm komen diatas. Betul2 tahap pemikiran 'diam bawah tempurung'. Pemimpin2 penyamun mereka makin kaya, orang2 bawahan bergelut dgn kenaikan harga barang. Tak nampak2 lagi ke?

bekas penyokong PAS said...

ha ahh.. yek, pemimpin PR ni makin kaya, orang-orang bawahan PR bergelut dgn harga barang...

itulah, dah cakap kat org-org PR, bekerja kena rajin, menimba ilmu kena rajin jangan ayik nak main politik aje. bila asyik main politik, ini lah jadinya... negeri yg dipimpin hancuss...

dari dulu sampai sekarang, tak habis-habis orang PR ni main politik. Tak tahulah , bila dia org nak mula bekerja...

nak bezakan duit parti dgn duit kerajaan pun tak boleh.

Archive

Related Posts with Thumbnails