Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, March 21, 2011

Cuba baca.. bagaimana Datuk 'T' menemui rakaman Video itu..

Cuba baca bagaimana Datuk 'T' @ Tolol menjumpai rakaman itu.. nampak macam cerita rekaan saja ni.. empat CCTV tersorok di belakang meja solek?

“Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wayar di belakang meja solek.

“Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.


“Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman(ahli politi itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan,” kata 'Datuk T'.


'Datuk T': Pasangan pembangkang mesti undur

Individu yang hanya dikenali sebagai 'Datuk T' dan menganjurkan tayangan video seks kepada media hari ini, menuntut pemimpin utama pembangkang dan isterinya berundur dari politik.

Rakaman video itu memaparkan pemimpin berkenaan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut 'Datuk T', salinan rakaman itu akan dihantar kepada ahli politik tersebut dan isterinya seminggu dari hari ini, “bagi menentukan sama ada individu itu adalah ...(nama dirahsiakan)”.

“Jika ia benar.... (pasangan itu) mesti berundur dari politik,” katanya dalam kenyataan yang ditandatangani sebagai 'The Insider' yang kemudiannya diedarkan kepada wartawan setelah mereka menyaksikan rakaman itu.

“Jika (pasangan itu) tidak berundur dalam tempoh tujuh hari selepas menerima salinan rakaman [sic], saya akan minta beberapa pertubuhan bukan kerajaan NGO bagi menubuhkan panel penyiasat dan mendapatkan perkhidmatan pakar foensik bagi mengkaji ketulenan rakaman itu.

“Seluruh dunia akan tahu dan terpulang kepada mereka untuk mentukannya.”

Usaha Malayskiani menghubungi dan menghantar sms kepada pasangan itu dan juga peguam mereka tidak berbal;as.

Menjelaskan bagaimana beliau memperolehi pita itu, 'Datuk T' berkata beliau diminta ahli politik berkenaan pada 21 Februari lalu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mengambil jam Omega miliknya yang tertinggal di sebuah bilik.

'Datuk T' mendakwa hotel itu menawakan perkhidmatan seks dan kemudahan spa.

“Oleh kerana tidak menjumpai jam tangan pada meja, saya mencari di sekeliling dan terkejut melihat terdapat wajar di belakang meja solek.

“Apabila meninjau secara dekat, saya terjumpa empat kamera CCTV yang tersorok. Saya cuba membuka laci meja solek dan mendapati satu daripada dikunci. Saya membukanya dengan satu alat tajam dan terjumpa alat perakam CCTV.

“Saya mencabut wayar dan mengambil perakam itu keluar hotel. Perakam itu mempunyai rakaman [sic] (ahli politi itu) mengadakan hubungan seks. Tiada sesiapa yang mempunyai rakaman ini dan saya tidak akan menyerahkan salinan kepada mana-mana pihak kerana bimbang ia akan disalin dan diedarkan,” kata 'Datuk T'.


Malaysiakini

14 comments:

Anonymous said...

'Datuk T' mendakwa hotel itu menawakan perkhidmatan seks dan kemudahan spa.

datuk T buat apa kat situ? nampak nya datuk T tu pun same jee...

Anonymous said...

Menjelaskan bagaimana beliau memperolehi pita itu, 'Datuk T' berkata beliau diminta ahli politik berkenaan pada 21 Februari lalu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mengambil jam Omega miliknya yang tertinggal di sebuah bilik.

x reti baca ka pa.org ckp bodo marah

Anonymous said...

ALAHAI DATUK T, BAIK SUNGGUH HATI KAMU, AKU TAK PERNAH LAGI BERJUMPA DENGAN ORANG SEBAIK DATUK T NI.ONE IN MILLION, SPESIS SPT DATUK T INI PATUT DI PELIHARA KERANA, IA AKAN PUPUS KALAU TIDAK DIJAGA DENGAN BAIK, SPESIS INI SUDAH AGAK BERKURANGAN PADA ZAMAN MILINEM INI.PIHAK ZOO PATUT HIGHLIGHT PADA KERAJAAN, KERANA JIKA IA PUPUS TAK MERASALAH GENERASI AKAN DATANG UNTUK MELIHAT GENETIK DATUK T.

orang lama said...

ridiculous punye storyline! he should bring the video to police not publishing to reporter..ini bukan negara porno nak bukak wayang lucah sesuka hati.

si kitol and the gang using mafia tactic abuse DSAI profail

Anonymous said...

Sekiranya Datuk 'T' ini adalah seorang ahli politik, maka dia layak memohon kerakyatan Israel dan bertanding pilihanraya di negara haram tersebut.

Anonymous said...

Datuk T : T:Tungkik

Anonymous said...

semua ini drama politik je.....tak payah lah percaya drama2 bukan2 tu

Anonymous said...

untuk perhatian umno bongok
datuk t (tungkik) kata ada 4 cctv dan satu perakam. . best giler perakam dari empat sudut terus jadi satu cd. . pakar videopun terpaksa edit 4 sisi yg berlainan untuk dijadikan satu movie . dia ingat kita mcm umno er . . peribahasa melayu kata . . 'nak kau kena belajar pandai2 nanti jangan jadi bodoh macam umno'

jidin kuantan said...

terer siot datuk t... macam tengok citer mcgyver pulak bukak2 pakai benda tajam...

Anonymous said...

Kata Dato T jam tangan omega tu adalah milik DSAI. Boleh buat ujian DNA nak pastikannya. DNA lagi. Apa lagi DNA daripada botol air mineral, berus gigi dan tuala yang digunakan DSAi semasa ditahan polis pada 16 julai 2008. Hai tak habis-habis UMNOngok ni buat cerita palsu. Sehari sebelum PRK Permatang Pauh Sialfool buat sumpah laknat. Kali ni bersempena dengan pembubaran DUN dan PRN Sarawak video seks DSAI pun terpacul keluar. Macam dah tahu je modus operandi BN ni. Tak berapa cerdik juga ye Apco ni punya nasihat.

bdk2je said...

ini mmg da jd cara mereka² ni buat kje...setiap kali nk prk@pru, akan kuar cite2 busuk pasal brader anwar nie....nmpk sgt mereka² ni sgt TAKUT dgn brader anwar ni......ok fine kite kt sini sume tak pcaye..tp cane plak ngan makcikpakcik yg kt kg tu? kompem2 cite² cani akan kuat kat RTM n TV3.........hhmmmm......=(

Anonymous said...

Itulah tarafnya gelaran seorang "Datuk" di Malaysia.Rupanya boleh disuruh mencari jam yang hilang dan terjumpa pula CCTV yang tersorok di belakang meja solek.
(Tunggu sekejap nak terkentut)puuuutt..................
Dah lega.Kemudian ambil dan bawa turun,sembunyikan dan cari member yang boleh kongsi kegembiraan ini.Dapat dua orang,dan tonton sambil kunyah kuci.(Sekejap,sekali lagi nak terkentut)......puuuuuuuss......tot
Terlupa member yang diajak rupa-rupanya lebih dari tu...buaya tua.
(Minta maaf,tak boleh nak teruskan sebab nak.........)ha...ha....kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah
tuuuuuuuuuuuut.............pusssss.

Anonymous said...

mcm gampang jer umno!!!!buat ar cte lain...asyik2 cte seks..dh mcm org putih plk...buat ar cite action ker, thriller kew....kalo asyik tgk blue pun bosan bro...

Anonymous said...

Datuk T = Three Stooges.

Archive

Related Posts with Thumbnails