Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, March 23, 2011

Bukan satu tapi ada 17 lagi, saya tahu siapa dalang video lucah itu - Ummi

Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu sambil mendakwa ada 18 klip video seks berkata, dia tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan.

Diharap pengakuan Ummi Hafilda ini akan mempermudahkan lagi tugas pihak polis untuk menyiasat siapa Datuk 'T'.. atau adakah perlu satu lagi laporan polis dibuat untuk polis menyiasat Ummi pula??



KUALA LUMPUR, 23 Mac — Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu sambil mendakwa ada 18 klip video seks berkata, dia tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan.


“Bukan itu (satu) saja, sebenarnya ada lagi,” kata Ummi Hafilda, ahli perniagaan, ketika mengulas pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Dipetik beberapa akhbar tempatan, Ummi Hafilda berkata, “Saya dah dengar 13 tahun lalu mengenai hal sebegini dan memang kita tahu siapa di belakang tabir, siapa pelaku, siapa yang melakukan kerja terkutuk ini,” katanya dipetik Berita Harian.

Bagaimanapun dia tidak pasti sama ada rakaman yang didedahkan di ibu negara kelmarin adalah salah satu daripadanya.

“Saya tidak pasti sama ada video yang didedahkan adalah salah satu daripadanya, tetapi dalam pengetahuan saya terdapat sekurang-kurangnya 18 lagi rakaman video seperti itu disimpan oleh seseorang,” katanya pada sidang media di Alor Setar semalam.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya tetapi berharap akan didedahkan selepas ini untuk dinilai oleh rakyat.

“Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan,” kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.

Pertengahan Januari lalu, Ummi Hafilda yang juga adik kandung Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, dia bertekad mahu berkempen secara aktif untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 mengelakkan tsunami politik 2008 berulang.

Ummi Hafilda mendakwa kehadirannya dalam kempen BN akan dapat menghalang keputusan Mac 2008, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menafikan perikatan itu kedudukan selesa tradisi - majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kini BN bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum dijangkakan tahun ini.

Menurut laporan semalam, polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Anwar, Ketua Pembangkang, berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Anwar membuat laporan pagi semalam berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara, kelmarin.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu, yang bertarikh 21 Februari, kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.


The Malaysian Insider

14 comments:

Anonymous said...

Dalang = MAMAKKUTTY

sejahtera39 said...

18?... phuih banyaknya..!

18 yg dirakamkan.. yang tak dirakam berapa pulak... mcm ni boleh putus 'punai' aljuburrri...

biasalah hero mana standard setakat satu dua pilem.. kita internasional jugalah aljuburri sebab tu selalu kuar negeri buat promosi amereka london indonesia hongkong thailand ... siap sekali bawa 'kopi boy'..
yelah hero... layanan misti 1st class.. klu org laen buat air tak sama mcm 'kopi boy' punya...

apa?.. ada satu lagi cecita aljuburrri kat thailand.?

Anonymous said...

ko ni mmg mulut bangkai sejahtera39...jaga je la bini tong ko tu baik2....asyik fitnah Anwar je...cuba citer apa yg ko sakit hati sgt ngan Anwar ni....dia pernah ngorat bini ko ke.....

Anonymous said...

ini yang dikatakan conspiracy sebab dia dah tau dah ada lagi 17 do tunggu.

Anonymous said...

aku ingat sejahtera39 dah kena jubur dgn saiful sebab tu dia jeles n sakit ati sgt kat anuar. otak keldai punya org fitnahpun tak geti nak beza. ptuii.

Anonymous said...

Sama macam SENATAK MAT EZAM la nie, dulu kata ada berbakul-bakul fail rasuah, tapi lepas tu senyap sepi. La nie JEMBALANG BETINA nie plak main peranan kata ada 17, tak payah banyak masukkan satu dalam Youtube sudah la. Tapi apsal MENYALAK je mana video tu? dia sendiri pun takde idea cuma nak KELENTONG PENCACAI umNGOK je.

-wakleman

Anonymous said...

Sejahtera39, hang memang "punai" ... sekarang hang nak kata apa pula bila Rahim Tambi "Taik" and the gang dah mengaku fitnah DSA ...

bunbinban said...

ummi ni sah sakit otak atau jenis bodoh. Yg pegi pecah lobang kata dia dah pasal ni 13 tahun yg lepas apa ke jadah. Lain kali pakat2 la elok2 dgn datuk T tu jgn sampai terkantoi. Datuk T kata rakaman di buat pada feb 2011 yg ko pulak ummi kata dah tahu 13 tahun yg lepas. ko ni ummi, mmg jenis potong stim tul la. Dah lah muka ko pun jenis potong stim, perangai pun potong stim. Xpe, pasni wat rakaman baru...hahaha...donia donia..

Anonymous said...

Aku rasa sejahtera dia enjoy bagi statement kasi org panas. tak yah layan la brader ni. Dia enjoy bila kita reply..harap ASD block ajer mangkuk ni..tak der pekdah pun. dia sure tersengeh2 ajer..maner ada masuk dalam kepala hotak dia. ntah2 gambar tu pun bukan gambar dia..

Anak Sungai Derhaka said...

Haa... adapun permintaan untuk block Sejahtera gila tu.. tak apa aku bagi dia seminggu..

Dalam masa seminggu tu.. kalau dia masuk lagi komen macam orang tak ada otak aku block terus IP dia..

Anonymous said...

sejahtera 39..memang kamu ni bangsat betul lah mulut mcm celaka brgkali dah byk makan rasuah sbb tu hati nya pun dah mcm bangkaix pernah berzikirullah cuba kamu renungkan apa rahim tamby chik dah buatr semasa berkuasa sebg ketua mentweri melaka dulu bukan kamu tak tahu bertaybat lah kamu dan jaga lah isteri kamu tu supaya org tak balun dia...kamu ni memang buta hati dan buta perut ini lah manusia2 akhir zaman..sama aje dgn dajjal..

Anonymous said...

ASD
saya setuju 100 peratus

Anonymous said...

ini menyimpan barang lucah ni polis tak nak tangkap ke.

Anonymous said...

dalang=pak polisi sejak zaman hanif

Archive

Related Posts with Thumbnails