Monday, March 21, 2011

Anwar Ibrahim akan Tampar Bapak Nyamuk itu...

Patutlah Anwar buat tak tahu saja serangan nyamuk tu (baca di SINI).. rupa-rupanya dia nak tampar bapak nyamuk itu..

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan menghina mahkamah ke atas Datuk Seri Najib Razak ekoran kenyataan perdana menteri meminta agar beliau menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat dihadapinya sekarang.

Peguam Anwar, Karpal Singh berkata Najib telah bertindak bertentangan dengan amaran Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang meminta semua pihak supaya tidak mengulas mengenai perbicaraan semasa dan tindakan seumpama itu bersamaan dengan perbuatan menghina mahkamah.- The Malaysian Insider

Keadilandaily melaporkan..

Ikan bilis tak mainlah, kita heret yang penting saja – Karpal

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam Ketua Pembangkang akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan menghina mahkamah.


“Ya, kami mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan mensabitkan Najib dengan tuduhan menghina mahkamah,” kata Karpal kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Karpal, Najib akan didakwa menghina mahkamah kerana menggunakan media mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau dalam perbicaraan Fitnah II yang sedang berlangsung sekarang.

Karpal berkata, kenyataan Najib di dalam media dianggap melanggar arahan hakim yang mahu pihak-pihak terlibat tidak menghina mahkamah.

“Justeru, mereka yang berbuat demikian perlu menanggung akibatnya iaitu kemungkinan disumbatkan ke penjara,” tegas Karpal.

Ditanya wartawan sama ada pihak lain akan turut didakwa selain daripada Najib,
contohnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut membuat kenyataan sama, Karpal secara berseloroh menjawab beliau hanya mahu mendakwa mereka yang penting sahaja.

“Ikan-ikan bilis tak perlulah,” kata Karpal merujuk kepada Muhyiddin. Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair pula berkata, tindakan Najib itu terang-terangan satu campur tangan politik.

“Beliau menggunakan jalan politik dan mahu mengarahkan Anwar menyerahkan DNA-nya.

“Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya beranggapan, ‘saya adalah undang-undang kerana saya adalah Perdana Menteri’,” kata Sankara.

Jelas beliau, tindakan Najib itu turut mengganggu mahkamah kerana ia boleh mempengaruhi keputusan hakim.

“Ia akan mempengaruhi keputusan hakim. Beliau (Najib) adalah PM, dan hakim berada di bawahnya (seperti yang kita lihat sebelum-sebelum ini),” kata Sankara.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini menangguhkan perbicaraan Fitnah II sehingga Rabu ini kerana beliau memerlukan masa untuk membuat keputusan berhubung permohonan pendakwa raya.

Pendakwa raya sebelum ini memohon kepada mahkamah untuk menyemak semula keputusan bicara-dalam-perbicaraan yang menolak bukti yang diperoleh secara tipu helah daripada Anwar sewaktu beliau ditahan secara tidak sah pada 16 Julai 2008.

Mereka turut memohon untuk mendapatkan sampel DNA Anwar sekiranya Mohamad Zabidin mengekalkan keputusan bicara dalam perbicaraan sebelum ini.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails