Monday, March 7, 2011

Anwar dan PKR liabiliti kepada PAS?

Tindakan pihak yang dipercayai ahli Pas menghantar mesej Twitter memohon Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, membuktikan Ketua Pembangkang itu kini liabiliti kepada Pas. Mesej Twitter tersebut yang didedahkan laman blog, www.anwaraidc.com

Mesej Twitter penyokong PAS??.. Ha..ha..ha.. kerana diletak gambar bendera PAS dan TG Nik Aziz terus dikata penyokong PAS, entah siapa yang punya pun tak tahu twitter tu, boleh jadi pemilik anwaraidc yang punya..


Akupun boleh kalau nak daftar sebagai Penyokong UMNO lepas tu hantar mesej melalui tweeter tu kononnya sebagai peyokong UMNO, aku mahu Zahid Hamidi letak jawatan.

Sejak bila pula Blog menjadi sumber rujukan pemimpin UMNO ni??


Anwar, PKR liabiliti kepada Pas - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR 6 Mac - Tindakan pihak yang dipercayai ahli Pas menghantar mesej Twitter memohon Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya jangan berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, membuktikan Ketua Pembangkang itu kini liabiliti kepada Pas.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau percaya mesej tersebut adalah hasil kesedaran pihak Pas sendiri, bahawa selama ini mereka hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan oleh Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pas tidak mahu Anwar dan PKR menjadi liabiliti kepada mereka di sana. Ini kerana Pas sedar jika Anwar dan tokoh-tokoh PKR hadir, sokongan pengundi terhadap mereka, bukan sahaja di Kerdau tetapi Merlimau juga akan terjejas," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai mesej Twitter yang dipercayai dihantar oleh ahli Pas Kerdau kepada Anwar, bagi memohon jasa baik Ketua Pembangkang itu supaya tidak hadir berkempen kerana dibimbangi menjejaskan sokongan pengundi kepada Pas.

Mesej Twitter tersebut yang didedahkan laman blog, http://www.anwaraidc.com, dipetik sebagai berkata: "Dato Seri (Anwar) minta tolong jangan datang Kerdau dan buat malu kami di sini. Kami tidak mahu peristiwa di Tenang berulang. Ikhlas,".

Bagaimanapun, mesej tersebut langsung tidak dipedulikan Anwar kerana Ketua Pembangkang itu tetap hadir berkempen di Kerdau dan hasilnya, beliau disambut dengan jeritan 'boo' oleh penduduk setempat selain pendedahan memalukan dari Ummi Hafilda Ali.

Kecewa dengan tindakan itu, ahli Pas Kerdau tersebut sekali lagi menghantar mesej kepada Anwar yang berbunyi: "Kehadiran Dato Seri malam tadi di tempat kami cuma mengundang bencana. Kini orang melabelkan Pas jadi kuda tunggangan DS,".

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak pelik dengan tindakan pihak yang dipercayai ahli Pas Kerdau itu kerana percaya, pakatan antara parti pembangkang tidak akan kekal lama disebabkan ikatan antara ketiga-tiga parti tersebut tidak ubah seperti perkahwinan mutaah.


Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails