Wednesday, March 30, 2011

Air.. Air.. Dimana Air?? Dimana MB Pahang??

Kalau korang baca berita yang disiarkan oleh Lidah Rasmi UMNO dekat bawah ni.. tiada laporan yang mengatakan penduduk marah kepada MB Pahang.. tapi Banner yang tergantung jelas menyatakannya..

Aku petik dari FB Tok Batin Deris -

Semasa di PRK DUN KERDAU dulu MB Pahang menjelaskan dengan angkuh, kerajaan negeri berhutang kepada Kerajaan Persekutuan kerana hendak melaksanakan projek bekalan air dan perumahan demi kesejahteraan rakyat, bukannya seperti didakwa oleh pembangkang.Sekarang mintak MB Pahang jelaskan sudah sepuloh hari orang Temerloh basuh berak kesat dengan tissue Kleneex.

Cakap memang sedap..kalau nak menipu rakyat jangan sampai rakyat tongeng jubor ke MB nanti....

10,000 penduduk marah JBA



TEMERLOH 28 Mac – Kira-kira 10,000 penduduk di sekitar daerah ini merungut berikutan bekalan air yang terjejas sejak kelmarin.

Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian penduduk terutama di Taman Setia Jasa, Seberang Temerloh berhimpun secara aman dengan membawa sepanduk bagi menyatakan kekesalan terhadap Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Setia Jasa, Rashid Omar berkata, bekalan terputus sejak Sabtu lalu menyebabkan penduduk melahirkan rasa marah kepada JBA.

“Kami minta JBA hantar empat lori tangki sehari dengan tiga kali penghantaran. Setakat ini mereka hanya hantar dua lori dengan dua kali penghantaran. Jumlah itu tidak mencukupi,” katanya kepada Utusan Malaysia, ketika ditemui hari ini.


Seorang penduduk taman itu, Ayob Seman, 52, berkata, masalah yang berlaku itu telah berlarutan sejak hampir sebulan.

“Ini sangat menyusahkan penduduk kerana kami tidak tahu bila masalah ini akan selesai,” katanya. Seorang lagi penduduk, Ghazali Idris, 63, berkata, gangguan bekalan air di taman perumahan itu sebenarnya berlaku sejak 1 Mac lalu tetapi ia semakin buruk bermula kelmarin.

Sebelum ini, menurutnya, gangguan bekalan sering berlaku pada sebelah petang hingga ke Subuh tetapi sejak Sabtu lalu, bekalan air terputus sama sekali.

“Saya memandu kereta sejauh 30 kilometer sehari ke Chenor untuk mengambil air Sungai Pahang bagi kegunaan keluarga,” katanya.

Menurut Ghazali, masalah bekalan air turut menyebabkan tiga anaknya mengalami masalah kelewatan ke sekolah. Ini kerana ujarnya, anak-anaknya terpaksa mandi di Jengka untuk ke sekolah setiap hari.

“Mereka terpaksa bangun awal pagi untuk balik ke kampung di Jengka semata-mata mahu mandi sebelum kembali ke sekolah di Temerloh.

“Sampai bila masalah ini hendak selesai, bayangkan betapa sukarnya keluarga yang mempunyai anak kecil,” katanya.

Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails