Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, March 12, 2011

Agama dan Tanah terus menjadi isu selagi UMNO/BN berkuasa


KOTA KINABALU: Selagi Umno Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa, jangan harap isu agama dan tanah adat di Sabah dapat diselesaikan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata isu tanah adat tidak pernah selesai sepanjang pentadbiran kerajaan Umno BN, seolah-olah negara masih diperintah penjajah.


“Di Malaysia, bicara soal tanah macam berada bawah penjajah. Yang nak rebut tanah ini, apa dia? Kita ini diperintah oleh siapa? Yang susah sangat, yang kita minta ini, tanah orangkah? Kita mintak tanah kerajaan? Tidak.

“Kita hanya nak pertahan hak kita dan tanah kita. Itu pun bergelut setengah mati,” katanya pada ceramah perdana di Karamunsing di sini, malam tadi, sempena program forum Tanah Adat: Isu, Polisi dan Cabaran di Sabah.

Program lawatan itu juga bersempena Konvensyen Sabah hari ini. Turut hadir, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Fuziah Salleh, Ahli Majlis Presiden Sabah dan pimpinan KEADILAN negeri.



Dalam majlis itu, Anwar turut menerima sembilan memorandum daripada wakil-wakil orang Asal dari seluruh Sabah.

“Soal tanah tak boleh diselesai oleh satu kaum. Soal pentadbiran bersih tak boleh dijamin oleh satu kaum,” kata Anwar lagi, merujuk kepada Umno yang kerap memainkan sentimen Melayu bagi meraih sokongan politik.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Umno kerap menggunakan sentimen keagamaan apabila mencetuskan isu penggunaan nama Allah dan terbaru, pengharaman kitab Injil yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Justeru, beliau mengingatkan semua kaum di Sabah supaya bersatu dan tidak terpedaya dengan strategi Umno yang sentiasa mewujudkan sengketa dan syak wasangka antara satu sama lain.

Beliau juga meminta rakyat beragama Islam berhati-hati dalam menangani isu penggunaan nama Allah, malah turut mengulangi fatwa ulama terkenal dunia, Dr Sheikh Yusuf Al Qaradawi.

“Saya jumpa dia (Qaradawi) di Qatar. Saya tanya dia, dia jawab, apa masalahnya? Dia hairan. Dia jawab, Muhammad itu rasul kita, bapanya nama Abdullah, Muhammad menjadi Rasul masa umur 40 tahun. Maknanya, 70 tahun, 80 tahun sebelum itu, orang Arab sebelum Islam sudah mengguna nama Allah. Macam mana kita nak sekat?

“Saya nak sebut isu nama Allah ini supaya clear. Mengapa kita pertikai yang Umno dan BN tak dapat selesai. Jangan nak selesai soal besar lain, soal ini pun dia tak dapat selesai.

“Isu agama, kamu (Umno BN) tak boleh selesai, Kamu ingat isu tanah boleh selesai? Justeru, kawan-kawan kena fikir, nombor satu – tukar Umno BN,” kata Anwar.


Keadilandaily

6 comments:

Anonymous said...

najib mai UMP pekan hri ni...ble mkn fri

Anonymous said...

DSAI 17 tahun dalam UMNO/BN berapa kerat dah settle hal agama/tanah...DSAI berasal dari PP..apa dia dah buat kat PP..kali ni nak berjanji di Sabah pula!Pembohong namanya!

Anak jati PP

sejahtera39 said...

apa kes tanah kampong pala?... apa annuarjubburrri dah janji dengan hindraf kampong pala... apa pulak tindakan kerajaan pakatan annuarjubburrri telah buat... bagaimana kat perak dapat perentah tanah jadi keutamaan pakatan annuarjubburrri... pegangan 99thn dh naek jadi 999 tahun.. apa cita ni nuarjubb...

sang kancil said...

dah lebih 50 tahun merdeka.Orang sarawak dan sabah makin terpinggir. masa untuk tukarrr

Anonymous said...

anon 3.36..

itu sebabnya anwar keluar dari UMNO.. Mencuci najis tidak boleh didalam bekas najis sebab akan terkena najis ketika mencuci maka sesuai mencuci diluar bekasnya...

Pengajaran buat anwar tetapi beliau akan usaha untuk menebusnya. Ianya lebih baik dari sesetengah pemimpin, walau dah bersara tetapi masih bersikap seperti pemimpin yang berkuasa tidak kesal untuk 'bertaubat'..

Anonymous said...

aku kesian kat sejahtera39. gua tau lu terseksa bro..besar tu nak handle..patut merapu..ha ha ha

Archive

Related Posts with Thumbnails