IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.
Beliau berkata selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.
Menteri Besar berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.
Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.
Dalam perkembangan lain, Zambry berkata proses kelulusan tanah dijalankan mengikut prosedur biasa dan setiap permohonan akan dilayan mengikut peraturan.
“Permohonan akan diproses mengikut peraturan dan undang-undang…jika pemohon layak, kelulusan akan diberikan.
Pemohon tidak akan ditanya sama ada menganggotai mana-mana parti,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang bahawa sebidang tanah di Gopeng diberikan kepada Umno baru-baru ini.
Zambry berkata dakwaan itu tidak seharusnya dilayan kerana sebelum ini, pembangkang mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada MCA dan MIC. - Bernama

5 comments:
Mamat ni tak berminatkah nak komen pasal video tu. Tah-tah dia juga berminat dengan video lucah. Kalau macam tu lebih kuranglah dengan Jamilkhir Baharum tu.
Kelantan bila lagi??dengarnya hebat2 tok guru kat sana..kesimpulan ada perbezaan diantara ulama politik dan ulama luar politik..
Kat penang tak nak ke haram poco-poco oleh khalifah LGE..
Poco-Poco tarian melaram,
Mufti berfatwa minat terpadam,
Perlakuan jahil sudah terkaram,
video sex lucah takkan tak haram?
Kalau Anwar menari poco2 tu...mahu seminggu RTM 1,2,3 suku ( berita hairan,Utusan Meloya...akan ulang tayang x abis2......Biasa lah Slogan ONE Malaysia yg baru...MENIPU rakyat Msia didahulukan dan pencapaian FITNAH utk PR (especially utk Anwar) di utamakan...
Kalau Anwar menari Poco2 mah TV 1,2 dan 3 suku akan ulang tayang seminggu x abis..Slogan baru ONE Msia...MENIPU rakyat MSIA didahulukan dan pencapaian UTK MEMBUAT FITNAH di utamakan...
Post a Comment