IPOH – Seramai 154 ahli-ahli Wanita Pakatan Rakyat (PKR) hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang didakwa tidak mempunyai kredibiliti dan hala tuju perjuangan yang ikhlas.Jumlah berkenaan meliputi ahli-ahli dari Ipoh Barat, Tambun, Chemor dan beberapa cabang lain bersama 34 wanita yang belum menyertai sebarang parti telah sepakat untuk menyertai UMNO.
Bekas Naib Pengerusi Cabang Ipoh Barat, Siti Aminah Mansor berkata, sepanjang 10 tahun bersama PKR, terbukti perjuangan dan kepimpinan parti hanya untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kebaikan rakyat.
Menurutnya, PKR sudah menjadi parti yang penuh dengan masalah perebutan kuasa sehingga sering melupakan ahli di peringkat akar umbi yang bertungkus lumus bekerja menghidupkan parti.
“Kepimpinan Wanita PKR dilihat mempunyai sikap tidak berbaik, suka berpuak-puak, suka menabur fitnah, malah menjadikan parti sebagai hak milik peribadi pemimpin semata-mata,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat UMNO, dekat sini, semalam.
Hadir sama, bekas Setiausaha Wanita UMNO Negeri, Lailatul Amla Ahmad Tanjiji.
Menurutnya, mereka tidak mahu terus bersama kepimpinan yang bermasalah dan membuat keputusan keluar parti dan menyertai UMNO
Aminah yang sebelum ini pernah menyertai UMNO tidak bergiat aktif kerana sibuk menguruskan keluarga.
“Inilah masa yang tepat dan terbaik untuk saya bergiat aktif semula dan berjuang bersama ahli-ahli lain,” katanya.
Aminah berkata, penyertaannya dalam UMNO adalah kehendak sendiri tanpa ada sebarang ganjaran ditawarkan.
“Semua ini kemahuan saya, tiada ada sebarang tawaran sama ada jawatan mahupun wang.
“Terpulanglah kepada ahli Wanita PKR yang lain untuk menilai mana yang lebih baik dan saya tidak ada sebarang paksaan untuk mereka menyertai UMNO,” katanya.
Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Negeri, Datuk Rusnah Kassim bersyukur dan gembira dengan penyertaan itu.
“Saya begitu mengalu-alukan penyertaan ini dan berharap pertambahan ahli ini akan membuatkan kita lebih kuat terutama dalam usaha membantu golongan wanita,” katanya.
Rusnah berkata, ahli-ahli Wanita UMNO di Perak sentiasa mengambil pendekatan turun padang bagi melakukan kerja kebajikan berbanding menggunakan pendekatan banyak cakap.
“Kita percaya ia akan dapat lebih banyak membantu khususnya melalui Skuad Sayang yang kita tubuhkan dan adalah diharap juga ahli-ahli baru ini dapat menyertainya untuk kita sama-sama melakukan kerja-kerja kebajikan,” katanya.
Sinar Harian

6 comments:
Berapa ringgit upah si mangkuk ayun utk mengisytiharkan diri mereka keluar parti.?
jangan bikin onar...masuk takde pun org suruh.
Tahniah lah kepada yang dah sedar!! yang dok baca blog ni bila lagi...akal Allah SWT bagi tak boleh fikir ke...kenapa mereka2 ni keluar PKR?
Anon 10.32
Allah swt memberi akal supaya kita dapat membezakan yang haq dan yang bathil. Kenapa mereka keluar PKR? Mereka gagal dalam ujian yang diberikan oleh Allah swt.
Anon 10:32 kalau luu nak naikkan biji anu umno luu bantai aje,jubuq pun luu boleh bantai,tapi waa tidak,waa inginkan umno telingkup bersama jeneral2 rasuah,tu je perjuang waa tak kisah siapa je keluar parti,sebab mereka ahli2 taik ayam,kalau PKR tak wujud lagipun waa boleh buka parti sendiri atau join DAP,itulah melayu yg bodoh luu,perjuangan kita berlainan,pkr dan pakatan perlu tegas soal kemiskinan rakyat2 dikawasan sendiri....
Anon 11:48
PR macam ayam, telor sebiji riuh sekampong
masa dlm PKR mcm2 kutuk UMNO tp akhirnya masuk juga balik ke dlm tong najis sbb sedikit imbuhan jgn kata xde imbuhan ..itu sume bohong..
Post a Comment