Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, February 10, 2011

Wang Haram : Pembantu Nor Mohamed Yokcop didakwa hari ini



Setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yokcop hari ini didakwa dengan penggubahan wang haram, setahun selepas beliau didapti memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Hasbie Satar didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth petang tadi tetapi dibebaskan dengan jaminan RM60,000.


Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Empat hari selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbi telah meletakkan jawatan.

Setiausaha politik berusia dalam lingkungan 30an itu disiasat oleh SPRM berhubung pemilikan beberapa juta ringgit dalam hartanah, termasuk empat kereta mewah dan empat rumah di Lembah Klang.

Hasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua.

Nor Mohamed, yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor. Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009.

Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan.


Malaysiakini

Archive

Related Posts with Thumbnails