Friday, February 25, 2011

Video : Pengistiharan Calon PAS bagi PRK DUN Merlimau

Video diakhir entry..

JASIN, 25 Feb: Calon PAS di Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah menyifatkan pemilihan beliau untuk mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun berkenaan sebagai penghargaan kepada sumbangan golongan muda.

Yuhaizad, 38 berkata, pemilihan berkenaan menunjukkan kesungguhan PAS mengiktiraf golongan muda sebagai penyumbang dalam perubahan lanskap politik Pakatan Rakyat khususnya PAS.

"Pengisytiharan calon ini bukan milik saya tapi satu manifestasi keprihatinan PAS yang mengiktiraf sumbangan semua pihak baik lelaki mahupun perempuan dan merupakan penghargaan yang sangat bermakna bagi pemuda di seluruh Malaysia.


"Ini juga kemuncak kepada keadilan dan pembelaan tanpa mengira usia selari dengan tuntutan Islam terhadap pemuda serta generasi muda selaku rakan kongsi dalam pembanguanan politik serta pentadbiran negara yang sangat berpengaruh," katanya dalam ucapan sulung selepas diumumkan sebagai calon di Markas Solihin, dekat sini malam tadi.

Justeru, beliau yang merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk bersama-samanya membawa perubahan dalam poltik Melaka yang masih terkongkong di bawah Umno BN.

"Selaku insan yang diamanahkan menjadi calon saya dengan penuh rendah diri merakam rasa terharu seterusnya memohon kerjasama daripada semua pihak untuk menyokong PAS yang mewakili Pakatan Rakyat untuk kita sama-sama merealisasikan hasrat membawa perubahan politik di Melak," katanya yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri.

Menurutnya juga, PRK Merlimau ini merupakan ujian besar bagi menguji tahap pencapaian PAS di negeri itu sebelum menghadapi pilihan raya umum.

"PRK Merlimau ini ujian yang sangat getir bagi PAS negeri Melaka dan Pakatan Rakyat kerana ini merupakan PRK pertama di Melaka dalam tempoh 15 tahun selepas PRK Bukit Asahan pada tahun 1996 yang ditandingi PAS," katanya. - Harakahdaily


Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails