Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, February 28, 2011

Tuduhan Liwat : Rakaman CCTV tak selari



Prosiding kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyaksikan peguambela meneruskan soal balas terhadap juru analisis audio dan video Makmal Forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat.

Dalam keterangannya, Fauziah berkata pada 3 Julai 2008, pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Periere datang ke makmalnya untuk menyerahkan dua bungkusan yang mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisis.


Peguambela, Sankara Nair seterusnya merujuk catatan rakaman video Khamis lalu yang mengesan kehadiran individu yang dipercayai pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menggunakan kereta Fiat Ulysse dengan nombor pendaftaran WPK 5925 masuk ke kawasan kondominum itu pada jam 2.47 petang melalui pintu utama.

Namun kamera di lif mencatatkan masa individu itu naik ke tingkat 5 pada jam 2.42 petang.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, peguambela mendapati masa yang direkodkan pada sistem CCTV di pintu utama dan lif tidak selari.

Justeru Sankara Nair menyoal sekiranya penelitian terperinci mengenai kedudukan CCTV dan sistem komputer di kondominium berkenaan dipantau Fauziah sendiri untuk mengesan perbezaan masa.

"Apa yang terdapat dalam cakera keras adalah ketetapan komputer dan tidak boleh diubah.

"Saya tidak dapat jelaskan perbezaan masa dalam sistem kerana saya bukan pakar. Anda boleh rujuk kepada syarikat yang memasang CCTV," jawab Fauziah.

Khamis lalu mahkamah dipertonton video CCTV kondominium Desa Damansara bertarikh 26 Februari 2008.

Dalam video itu, mahkamah mengenalpasti kelibat tujuh individu dan kenderaan termasuk Saiful yang keluar masuk kawasan kondominium berkenaan sekitar jam 12 tengahari hingga 4 petang pada tarikh yang sama.

Sankara kemudian mempersoal sikap profesional juru analisa anggota polis berkenaan namun dibantah Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof Zainal Abiden.

"Tidak menjadi kebiasaan saya pergi ke tempat kejadian. Saya cuma membuat analisa berdasarkan rakaman imej sahaja," kata Fauziah cuba mempertahankan dirinya.

Fauziah juga mengakui analisais yang dilakukannya itu adalah rakaman video yang telah diklonkan dan bukan cakera keras asal.

Mahkamah kemudian memanggil ketua bahagian Audio Video PDRM, ACP Fazil Ahmad ke kandang saksi untuk memberi keterangan.

Fazli pula pada keterangannya berkata beliau dihubungi oleh DSP Jude pada 30 Jun 2008 sekitar jam 1 petang untuk hadir di Kondominium Desa Damansara bagi membantu siasatan.

Katanya, beliau kemudiannya menghubungi syarikat Cyber Security untuk membuat pengklonan cakera keras sistem keselamatan CCTV kondominium itu pada hari yang sama dan selesai pada jam 10 malam sebelum merampasnya.

Ketua Jabatan Forensik Digital Cyber Security, Mohd Zabri Aidil Talib (kanan) yang hadir memberi penjelasan sebagai saksi ke-10 berkata, masa yang dicatatkan pada komputer yang disambungkan pada CCTV lif kondo berkenaan lewat 19 minit daripada masa sebenar.

Mohd Zabri menjelaskan waktu tersebut telah dibandingkan dengan masa standard Jabatan Meteorologi Malaysia.

"Saya sudah semak dengan waktu Jabatan Meteorologi dan saya perlu menambah 19 minit untuk daripada waktu yang dicatatkan dalam komputer untuk mengetahui masa sebenar," katanya.


Malaysiakini

4 comments:

Anonymous said...

Waktu standard Malaysia? Ikut jam TV3 atau RTM. Tapi yang pasti masa kedua-dua stesen TV tu tak boleh dipercayai. Masakan 3 buah jam dinding (berlainan jenama yang boleh dipercayai) dan satu jam digital di rumah aku boleh menunjukkan masa yang seragam (jitu) antara satu sama lain, sementara jam TV3 dan RTM sentiasa berubah-ubah.

Jadi fikirkan adakah waktu sembahyang dan waktu berbuka puasa kita benar-benar tepat pada masa ditetapkan?

AnakPolis said...

Rasa2nya hakim akan percaya pada saksi polis ni.. Sebab adakah mereka kesah psl perbezaan masa 19 minit lewat tu? Yang dorang nak tau memang Anwar naik lif jugak jumpa Saiful..

Anon 1.05 am:
Adakah saiful peduli pasal waktu sembahyang? Saiful sendiri tak mandi junub 2 hari. Macamana nak solat..

Mat berok said...

Sayfool manusia munafik pulusss saja dia tahu....jubuq berkerak busukkk

Anonymous said...

zaman fitnah..tp.ada jugak org melayu islam yg buta hati...hai..aku takut ditimpa bala ajer...Allahuakbar...

Archive

Related Posts with Thumbnails