Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Monday, February 7, 2011

Siapa dalang seludup PATI ke Sabah?

Nazli Ibrahim

SANDAKAN: Anggota Polis hari ini di dakwa sebagai dalang bertanggungjawab disebalik kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dan mendapatkan kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya yang diadakan di negeri Sabah.

Demikian beritahu Presiden Persatuan Keluarga Karanaan Liwan Sabah [SAKAG] Sabah, Haji Masmin Kadad, ketika mendedahkan kepada media dalam satu lawatan beliau ke Kalabakan baru-baru ini.


“Saya mendapat laporan daripada orang awam yang mengadu kepada saya bahawa PATI dari Pulau Sebatik dihantar oleh anggota keselamatan ke Kalabakan dengan membayar pihak anggota keselamatan sebanyak RM350 untuk menjamin mereka masuk dengan selamat ke Sabah,” beritahu Haji Masmin.

Dakwanya lagi, selain menjadikan daerah Tawau sebagai tempat operasi, mereka turut menjadikan Kalabakan dan Lahad Datu sebagai pintu masuk PATI sehingga mencecah 1,000 orang PATI setiap bulan.

Pegawai polis mampu kaut beratus ribu sebulan

“PATI ini sanggup membayar kerana khuatir akan ditangkap oleh pihak yang berkuasa.

“Berdasarkan jumlah PATI yang masuk ke Sabah melalui Kalabakan dan Lahad Datu seramai antara 500 sehingga 1,000 orang sebulan saya percaya pegawai kanan polis yang terlibat mampu mendapat untung beratus ribu ringgit sebulan,” katanya lagi.

Beliau yang sudah lama membuat pemantauan terhadap keadaan ini turut memberitahu sebelum ini beliau turut menerima panggilan berbaur ugutan agar tidak menghebohkan kepada media dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Beliau turut memberitahu, terdapat agen yang akan mengaturkan bagi mendapatkan pekerjaan di ladang kelapa sawit, pembalakan, kontraktor dan juga pembantu rumah atau bekerja di kedai-kedai dengan gaji serendah RM6.00 sehari dan selepas tiga bulan kemudian mereka boleh memilih kerja sendiri.

Tambah memburukkan keadaan apabila kejadian yang telah berlaku semenjak tahun 1980an lagi ini turut membabitkan pihak yang membantu mereka untuk mendapatkan kad pengenalan dengan harga antara RM2,500 hingga RM5,000 seorang.

PATI bantu BN menang pilihan raya

Beliau juga percaya langkah tersebut merupakan satu modus operandi pihak tertentu bagi membantu parti kerajaan bagi memperolehi undi yang tinggi dalam setiap pilihan raya umum.

“Beginilah cara PATI masuk ke Sabah dan begitu mudah mendapat warganegara Malaysia khususnya dari PATI yang mendapat taraf Bumiputera kelas pertama dan mengundi parti kerajaan dalam pilihan raya,” ujar beliau lagi.

Haji Masmin turut menjelaskan pada 2003, mengikut data tidak rasmi, terdapat lebih 1.7 juta PATI yang telah mendapat Mykad dan menjadi rakyat Malaysia untuk mengundi parti kerajaan dalam pilihanraya umum.

Beliau juga turut menyangkal dakwaan Pegawai Kanan Imigresen Sabah yang mengatakan masalah pendatang asing ini berlaku di seluruh negara bagi menutup kelemahan dan penyelewengan kerajaan menyediakan ‘warganegara mi segera’ bagi mendapatkan undi mereka.

Berhubung isu yang sama, beliau mendesak agar kuasa Jabatan Imegresen dikembalikan kepada Sabah apabila menganggap Jabatan Imigresen yang ada pada masa ini tidak serius dan gagal mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung masalah ini.

Kembalikan kuasa imigresen kepada negeri Sabah


“Jalan terbaik, kembalikan kuasa mutlak Jabatan Imigresen kepada Sabah kerana telah terbukti sejak Sabah merdeka dan bersama membentuk Negara Malaysia sepanjang 47 tahun, Jabatan Imigresen ini tidak serius dan menyebabkan kebanjiran PATI di Sabah semakin ketara,” beritahu Haji Masmin.

Beliau turut sekali lagi mempersoalkan adakah isu PATI ini sengaja dibiarkan oleh Kerajaan Persekutuan atas agenda kepentingan BN dan akhirnya disebabkan kadar pengangguran yang tinggi, PATI ini boleh mengancam keselamatan rakyat dan negeri Sabah sendiri.


Free Malaysia Today

4 comments:

AnakPolis said...

Bukan perkara yang pelik la. Lama aku berkhidmat di Sabah. Aku tengok majoriti pengundi2 tegar BN ni semuanya pendatang asing terutama di kawasan2 berhampiran laut atau sempadan. Kadang2 anak2 ada MyKad tapi mak bapak tak ada atau semua ada MyKad sedangkan terang2 mereka ni pendatang samada mereka mengaku sendiri atau berdasarkan bahasa pentuturan.

Jadi kalau PR nak menang di kawasan2 berkenaan memang payah la sebab mereka tu pengundi tegar BN gara2 dah terhutang budi dengan kerajaan BN yang menolong mereka keluar dari 'neraka". Mereka belum tentu boleh hidup dengan selesa macam sekarang jika terus berada di negara asal. Jadi budi dibalas budi la. Justeru pengkhianat sebenarnya yang menyebabkan fenomena ini, kita boleh jangka la.. Siapa lagi kalau bukan kerajaan BN.

AnakPolis said...

Bukan perkara yang pelik la. Lama aku berkhidmat di Sabah. Aku tengok majoriti pengundi2 tegar BN ni semuanya pendatang asing terutama di kawasan2 berhampiran laut atau sempadan. Kadang2 anak2 ada MyKad tapi mak bapak tak ada atau semua ada MyKad sedangkan terang2 mereka ni pendatang samada mereka mengaku sendiri atau berdasarkan bahasa pentuturan.

Jadi kalau PR nak menang di kawasan2 berkenaan memang payah la sebab mereka tu pengundi tegar BN gara2 dah terhutang budi dengan kerajaan BN yang menolong mereka keluar dari 'neraka". Mereka belum tentu boleh hidup dengan selesa macam sekarang jika terus berada di negara asal. Jadi budi dibalas budi la. Justeru pengkhianat sebenar yang menyebabkan fenomena ini, kita boleh jangka la..

Anonymous said...

ayuh rakan-rakan..!!!!

kita gunakan jalan raya utk tumbangkan UMNO SIAL nie..!!!!

nak berharap lagi ke dgn PRU..!!!

Anonymous said...

asalamualaikum

ni org sabah sendiri ckp..mata kepala aku sendiri nampak sejak aku membesar dan mula mengenali pilihan raya ni...orang yang datang mengundi fizikalnya x sama langsung dgn penduduk tmpat aku tinggal...5 6 buah bas datang entah dari mana...semua di kawal ketat polis..yang penting orang-orang kampung aku pun x kenal siapa yang mengundi tu..tp smua ada mykad..heh heh..hebat...penat ayah aku membangkang..ayah aku kata ada haji datang rumah hantar duit untuk pangkah..12, 11...semuanya begitu situasinya..honestly, i feel that im not living in malaysia, but somewhere in philipines..

Archive

Related Posts with Thumbnails