Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, February 19, 2011

Sepatutnya dilaksana pada zaman Tun Mahathir

SEREMBAN - Tun Dr Mahathir sepatutnya melaksanakan cadangan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun ketika pemerintahannya, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus (gambar).

"Memang sekarang Dr Mahathir boleh memberi pandangan namun kesannya mungkin tidak ketara kerana beliau kini tidak lagi di dalam kerajaan atau Parlimen.

"Pada pandangan saya, individu yang paling layak mengulas mengenai cadangan ini adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang bersetuju tempoh cadangan Perdana Menteri di hadkan pada sesi soal jawab dalam Forum Cabaran Semasa Sistem Demokrasi dan Perlembagaan Negara Malaysia Ke Arah Pencapaian Wawasan 2020 di Kuala Lumpur, kelmarin.

Mohd Nazree menyifatkan cadangan berkenaan sekiranya dilaksanakan, berupaya membentuk kepimpinan negara yang lebih fokus terhadap pelaksanaan dasar berkaitan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan politik.

Menurutnya, tempoh pemerintahan dua penggal juga dipercayai mampu menghindarkan amalan korupsi, nepotisme dan kronisme daripada berleluasa.

"Selain itu, muka baru beroleh peluang untuk memegang jawatan tertinggi pentadbiran negara dan menunjukkan kebolehan mereka dalam tempoh diberikan,” katanya.

Mohd Nazree berkata, kebimbangan mungkin berlaku ketidaksinambungan dasar pemerintahan negara tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk menolak cadangan berkenaan bulat-bulat.

"Sekiranya dasar yang terdahulu itu baik dan berkesan, saya yakin Perdana Menteri yang baru akan meneruskannya.

"Bagaimanapun jika sebaliknya, beliau dan barisan kepimpinannya berhak memperkenalkan dasar baru yang difikirkan lebih baik,” katanya.


Sinar Harian

Archive

Related Posts with Thumbnails