Sebagai menghormati pendirian belaiu, aku tak mahu komen apa pun cuma kalau YB Azmin Ali terbaca satu komen yang aku paste dibawah tulisan MSK ini, sila ambil perhatian..
Selamat Jalan PKR
Sebelum menang, macam-macam janji. Macam-macam harapan yang ditaburkan. Selepas menang, janji entah kemana, harapan entah kemana.
Aku dah baca banyak komen. Aku dah dengar banyak alasan. Aku dah tengok banyak contoh. Dan aku dah rasa banyak pengalaman.
Cukup lah sampai disini. Aku tak mau lagi bersubahat dengan mereka yang mungkir janji. Sebab mungkir janji itu adalah sifat munafik.
Aku tak mau dengar alasan lagi. Sebab alasan hanyalah helah untuk menutup kelemahan.
Aku tak mau kutuk lagi, sebab itu bukan contoh yang baik.
Dengan itu…aku mengambil sikap untuk berundur dari PKR. Aku bukan keluar PKR, sebab aku masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan. Tetapi aku tak sanggup lagi berada dalam PKR yang ada hari ini kerana ianya tidak lagi memegang prinsip yang diperjuangkan.
Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR. Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka.
Selamat jalan PKR.
Salah satu komen pembaca..
indraputra80
2011/02/14 • 11:35 am
Gua yg.sama sama Azmin sejak 1999 di Hulu Kelang atau bahasa mudah nya di Pejabat nya di Melawati/Klang gate.,masih ingat lagi betapa kami i.e Ulik,Mat Kawait,Hasnah,Din Perdana d.l.l,bekerja keras utk nya atau dgn maksud utk KEADILAN.,dan kami bersyukur kerana beliau Menang.,
Tahun 2004,beliau kalah dan kami sama sama menanggung kesedihan.
Tapi selepas itu kami di lupakan ,tambah pula ,bila beliau Menang di DUN Bt. Antarabangsa,dan P.Gombak.
Nak jumpa pun susah.,
Kami BUKAN nak minta wang,kami ada wang,bukan nak jumpa pasal minta project, kami pon x menang tangan dgn beberapa project bernilai jutaan ringgit.,kami bukan nak minta tanah, walaupun hati kami sakit melihat Pak Indon yg.conquer.tanah di beberapa kawasan Bukit Antarabangsa berhampiran Sungai Sering,.
Kami nak jumpa pasal lorong di antara jalan berhampiran rumah Siti Norhaliza(Bukit Mulia) menuruni ke Kondo River Dale yang perlu baiki atau di perbesarkan.,kerana keadaan nya sekarang amat berbahaya,di mana terdapat lobang yg.menyukarkan kereta(Berselisih) keluar masuk di situ.
Keadaan ini sudah lama berlarutan dari zaman BN berkuasa, maka pada hemat kami bila YB Azmin mengambil alih ,perkara ini di masukan dalam rancangan bagi kesejahteraan rakyat yg memilih nya.
Tapi hampeehh!!
Habis mcm mana kami nak undi beliau lagi pada PRU13 nanti ,jika perkara sebegini pon tidak di ambil perhatian?
Untuk meninggalkan PKR mcm MSK gek lah” kami masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan”
Jdi sebelum perkara nie menjadi barah, berjumpa dan berbincang bincang lah dgn kami dan sudi sudi lah berjemaah di Surau Bulit Mulia, jika ada kelapangan.,sebelum Zul(Kulim) janggut sejemput masuk jarum.
PLZZZ!!!!

9 comments:
ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH KEPADA MSK DAN YANG MEMBUAT KOMEN.
Diakui 2008 kita memperolehi kemenangan dan kita dapat 4 buah negeri. Dalam tempoh tiga tahun PKR berhadapan dengan pelbagai kerenah dan masaalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak... Sebagai contoh negeri Selangor, setiap waktu PKR diganggu dalam urusan pentadbiran. Semuanya kena diselesaikan...ugutan, paksaan dan sebagainya. Memang disedari masih banyak lagi janji-janji yang belum tertunai TETAPI SEWAJARNYA DIPERHALUSI SEBAB MUSABABNYA BUKAN ACI HENTAM MENGIKUT SELERA LEPAS ITU ISTIHARKAN DIRI KELUAR PARTI. iNIKAH YANG DIKATAKAN SEMAGAT PERJUANGAN? Kalau beginilah caranya....lebih baik jangan berbicara tentang perjuangan.
Orang dah guna KILO bukannya KATI lagi. Dimana letaknya prinsip 'BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT'?
Orang Hulu balik ke Hulu,
Bila sampai hari pun terang,
Bersihkan diri dari hasat dengki,
Baru ada tanjak dikatakan PEJUANG.
TAHNIAH SAUDARA MSK
SEJAK DULU LAGI PERJUANGAN PKR TAK BETUL..SAYA YANG TAK PANDAI BERPOLITIK PUN TAHU SEJAK AWAL LAGI.
MEREKA PKR BERPOLITIK UNTUK MEMBALAS DENDAM DAN KEKUASAAN SEMATA MATA
Saya tak faham apa yg terjadi dengan PKR ni, ada banyak kaki ampu ke? atau gila kuasa?
mamat ne kuih lapis jugak
Salam anon kat atas waa cakap sama lu apa itu perjuangan,utk lu kah utk rakyat kalau adalah yg silap lu perlu perbetulkan demi parti dan rakyat,lu waa tengok berjuang atas siapa,kentut lu pun tak bunyi apatah lagi nak eratkan kerja dah pandai point kesilapan org,waa tak cakap waa baik waa dlm parti pembangkang thn79 sehingga sekarang 2008 tak pernah pangkah kerajaan,buat waa mcm ini belum lagi waa rasa ini perjuangan,lu org baru kena gigik serangga dah tabur fitnah dan porak perandakan parti,lu melayu kerabu asam,kalau nak cari penyelesai duduk cari punca sebenar masaalah,waa malu tengok jenis ahli2 mcmni,dibagi komen sikit dan sindiran dah naik pekak badak....bodoh mcm taik....
Nak masuk politik..tp. ilmu politik suku..Main redah masuk politik..kena gegar skit dah cabut..pastu siap bgtau org lain lak tu..
Ilmu tak banyak, belajar pun malas tp. nak masuk berpolitik..politik hari ni bukan mcm dulu ler...kena kuat dan byk membaca...buat malu bangsa ajer...
SALAM...
UNTUK INDRAPUTRA80...
NAMPAK SANGAT KO PENIPU ... KO CKP TAHUN 2004 AZMIN KALAH DAN LUPAKAN..
AZMIN MANA BERTANDING TAHUN 2004.. wakakakaka
Abis ko pikir ko sorg jela pejuang..
sebelum tahun 2008 x denye pakai pejabat taman melawati
sumer padang taman permata
nampak sgt penipu!
aku dari mula ikuti blog MSK dia ni pun nampak satu macam aje,,
Tapi ikut suka masing masing lah kalau nak tukar parti,,apa lagi dah dapat 'cinta baru',,,lagipun tukar parti ,bukannya tukar agama,,,,,apa nak dikisahkan,,
kepada pejuang2 harapan rakyat jelata..
kpd Perwira pemenang PRaya..
Kpd peyokong yg taat dan lg setia.
sama-sama kita duduk semeja
berpakat apa nak kata
jgn ada luka membawa lara
nanti ada yg melara
apa sudah akan jadinya
yg menang pun berduka
apa lg peyokong yg setia
duit juga byk yg diguna
bkn harap duit yg ditimba
kepuasan besama jua di pinta.
Post a Comment