Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Sunday, February 27, 2011

Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pengganas - Najib

Cuba fahami kata-kata Najib ini..“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,”

Memang dia tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) itu kumpulan pengganas, tapi ayatnya itu menggambarkan seolah-olah Ikhwanul Muslimin menerima keganasan dan fahaman ekstrimis.

Najib: Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pengganas

TEMERLOH, 27 Feb — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan kumpulan Islam terbesar Mesir Ikhwanul Muslimin dan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas.


Perdana Menteri berkata sebaliknya gerakan itu perlu menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem.

“Saya tak kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) ini kumpulan pengganas. Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis, sebab ini (kumpulan pengganas adalah) pandangan umum terhadap Muslim Brotherhood, bukan pandangan saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama penduduk Felda Jengka 25, di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak beliau menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada Ikhwanul Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Dalam kenyataannya semalam, Nasharudin mendesak Najib supaya menarik balik “tuduhan liar” yang didakwa dilemparkan ke atas Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf Al-Qardhawi berhubung penglibatannya dalam politik pascaera Hosni Mubarak.

“Memetik ucapan yang dibuat olehnya (Najib) di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa parti politik Ikhwanul Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

“(Sebaliknya) Ikhwanul Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihan raya di Mesir,” kata Nasharudin.

Dalam kenyataan dibawa oleh National Review Online, Najib dipetik berkata Ikhwanul Muslimin tidak seharusnya “mengambil bahagian dalam proses (pemulihan Mesir) selagi mereka tidak menolak keganasan dan ektremisme.”

“Sesiapa yang mahu menjadi sebahagian daripada proses politik harus menerima bilia yang selari dengan demokrasi,” kata Najib dipetik laman web itu.

Nasharudin menambah, mereka sering melaungkan tema “penglibatan dan bukan penguasaan” di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan Mesir.

Bagaimanapun kata beliau, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Sehubungan itu, Najib berkata gerakan itu perlulah menghormati undang-undang, proses demokrasi dan cintakan keamanan.

“Kalau mereka (gerakan itu) kata, bahawa mereka tak ada ideologi sedemikian rupa (ekstrem), mereka nak ambil bahagian ikut proses undang-undang, menghormati proses demokrasi, cintakan keamanan. Kita (Malaysia) tak ada masalah untuk menerima mereka untuk bertanding dalam pilihan raya.

“Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing. Saya tak kata mereka ini golongan ekstremis atau pengganas. Soalnya, untuk mereka menghilangkan persepsi dunia terhadap kumpulan ni,” kata Najib dipetik Bernama.

5 comments:

garagaikareng said...

"Saya kata Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis", dah kantoi kona pi la tok jib ooi, tak lama lagi spr boleh la pi kendali p'raya kat mesir pulak, parti yg nak bertanding kena ikut syarat spr, kalau tok jib kata parti tu pengganas spr jgn bagi bertanding,haramjadah, yg parti sendiri kat m'sia buat kecoh tak kata apa pun, HANCUR UMNO.

Anonymous said...

najib pernah bercakap tak pernah jumpa si saipol dan altantunya.
Lagi mau ercaya.....

Anonymous said...

penyokong umno tak pernak ambil pusing apa yang pemimpin mereka kata. yang mereka nak dengar apa yang pemimpin pr kata, terutama tg Nik Aziz itu pun kutip dari surat khabar utsn meloya dan kumpulan tv tiga suku dan yang sekolkol denganya yang telah menokok tambah untuk sedap membuat fitnah.

Anonymous said...

Kauorang aje cakap betul...bila silap turn 360°..kata..media putar belit..Berita Utusan UMNO..Dia Wartawan UMNO..kah..kah

P/S: Rakyat tak bodoh yang bodoh tu yang dok sokong PR aje

Anonymous said...

namapak ustaz ni macam mamak pakistan je

Archive

Related Posts with Thumbnails