Media-media tertentu yang dikawal UMNO/BN dan juga blog-blog Pro-UMNO telah memaparkan berita seolah-olah MPSP mengambil tindakan selektif terhadap gerai Melayu sahaja.Video yang disiarkan ini adalah penjelasan dari Yang DiPertua MPSP Tuan Haji Mokhtar Mohd Jait tentang operasi meroboh gerai haram di Taman Pelangi. Menurut beliau, rumah dan flat di Taman Pelangi merupakan kediaman kos rendah. Pihak-pihak tertentu telah membeli unit-unit di sana dan menyewakannya kepada orang lain. Penyewa unit-unit ini pula menyewakan pula kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan di gerai-gerai haram.
Gejala sosial yang timbul kerana kebanjiran warga asing ini telah menyebabkan Taman Pelangi juga digelar sebagai Mini Hatyai.
Pihak MPSP telah banyak kali menerima aduan semenjak beberapa tahun dahulu. MPSP telah menjalankan usaha untuk meminta tuan-punya gerai ini untuk robohkan sendiri. Sebanyak 12 gerai telah pun merobohkan struktur yang haram, manakala 10 lagi enggan berbuat begitu. Justeru itu, MPSP telah menjalankan operasi berhemah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di sana.

5 comments:
Kenyataan yang mengikut skrip...dah kena cucuk hidung macam lembu kaki pendek
Ko yang ikut skrip kot... lembu je yang dicucuk hidung, "lembu kaki pendek" @ babi, mana ada dicucuk hidung! tak pecaya tanya cina towkay babi...mungkin, ko yang dah dicucuk hidung macam lembu sebenarnya
ko org situ ke..gerai ko yg kene roboh ke..lawan ngan faktala..jgnla ko pn jadi lembu gak..klu salah ttp salah..
salah memang salah?..yang peniaga kt jln raja uda tu tak buat apa2..apa hal..sampai nak lalu pun susah...ingat pasal bagi bak kui teh bagi kauorg makan kot...
lembu kaki pendek cucuk hidung time nak sembelih la..itu pun taktau..pi tanya khalifah pp
Post a Comment