Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, February 10, 2011

Roboh Gerai Melayu di Taman Pelangi?? Nak provoke tu.. agak-agak la Bro..

Semalam, kebanyakkan blog-blog pro UMNO yang beroperasi dari utara semenanjung iaitu di Pulau Pinang heboh melaporkan kononnya gerai-gerai milik peniaga-peniaga kecil Melayu yang bertempat di Taman Pelangi, Perai, Pulau Pinang telah dirobohkan dengan rakusnya oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MPSP.

Mereka menggambarkan seolah-olah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menzalimi para peniaga kecil yang ada di situ.

Rasanya yang mula memutar belitkan isu ini ialah Blog Media Permatang Pauh (korang carilah sendiri..), Blogger atau editor blog tersebut telah menyiarkan beberapa keping gambar dari tempat kejadian dan juga video temuramah dengan beberapa pemilik gerai yang kononnya telah menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU yang lalu.


Laporan oleh Media Permatang Pauh itu hanya menyatakan gerai milik Melayu tanpa menjelaskan perkara sebenar iaitu Melayu manakah yang dikatakannya itu.. Melayu Malaysia atau Melayu yang datangnya dari Indonesia yang menjalankan perniagaan di situ.

Sekeping gambar dari Media Permatang Pauh kat bawah ni..


Sedikit mengenai Taman Pelangi, merupakan sebuah Taman Perumahan yang terletak berhampiran dengan Kawasan Perindustrian Perai. Suatu masa dulu ketika ianya mula dibangunkan terdapat lebih banyak rumah daripada penduduk sendiri.

Setelah kemasukkan warga asing untuk berkhidmat disektor perkilangan dibenarkan oleh kerajaan, kawasan tersebut mula dipenuhi oleh warga asing.

Ianya bermula dengan kebanjiran warga dari Indonesia terutamanya wanita yang bekerja didalam sector pengeluaran di kilang-kilang yang terdapat di Kawasan Perindustrian Perai.

Kebanjiran mereka ini dalam membantu pengeluaran industry Negara sebenarnya juga mengundang berbagai masaalah social.

Walaupun bukan semua yang terlibat dengan gejala sosial ini, namun tindakan sesetengah mereka yang berpeleseran di waktu malam untuk mengurangkan kegersangan dijiwa mereka telah menyebabkan Taman Pelangi ini juga dikenali sebagai Mini Haatyai.

Setelah kawasan Taman dibanjiri dengan pendatang Indonesia, muncul pula pendatang dari Bangladesh kemudiannya warga Myanmar dan juga Vietnam. Dengan hadirnya warga Vietnam bilangan anjing liar menurun secara mendadak, kerana banyak anjing-anjing itu telah dimakan oleh mereka.

OK.. Berbalik kepada isu kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah merobohkan gerai-gerai milik Melayu.

Perlu diketahui bahawa hampir kesemua gerai-gerai yang telah dirobohkan itu diusahakan oleh pendatang dari Indonesia yang kebanyakkannya tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah, ada antara mereka yang mendirikan gerai secara haram di atas tanah milik kerajaan.

Dan ada juga yang menyewa gerai-gerai yang didirikan juga secara haram oleh penduduk setempat tak kira samada Melayu atau Cina.

Menurut Yang Di Pertua MPSP, pihaknya telah banyak kali menerima aduan dari para penduduk di Taman Tersebut yang mengatakan mereka bimbang dengan keselamatan mereka berikutan dengan terlalu ramai warga asing yang berkampung didalam Taman tersebut.

Mereka juga mempertikaikan mengapa tiada tindakan yang diambil terhadap gerai-gerai yang dimiliki oleh warga asing yang bertaburan di dalam kawasan Taman tersebut jumlahnya dikatakan mencecah ratusan gerai.

Yang lebih bijak mempersoalkan adakah warga-warga asing yang berniaga itu mempunyai lesen? Sedangkan setahu mereka kebanyakkan warga asing yang menjalankan perniagaan itu tidak mempunyai permit masuk ke Negara ini secara sah jadi bagaimana mungkin mereka mempunyai lesen?

Jika mereka berniaga tanpa lesen, jelas mereka tidak perlu membayar sebarang cukai kepada kerajaan negeri dan ini adalah tidak adil buat para peniaga Malaysia yang terpaksa mendapatkan lesen dan juga membayar cukai.

Luahan ini juga sebenarnya telah aku dengar sendiri suatu masa yang lalu ketika bersama beberapa orang Ahli Majlis yang telah mengadakan dialog dengan penduduk di situ.

Mereka menyuarakan tentang masaalah social dan pencemaran yang dilakukan oleh warga asing yang membanjiri Taman tersebut. Mereka telah membawa kami melihat sendiri bagaimana sampah dibuang merata-rata, botol-botol arak bersepah di Taman Permainan kanak-kanak..

Rasanya sudah hampir satu tahun berlalu dialog itu dan sekarang baru ada tindakan diambil.. Memang lembab PBT itu menjalankan tugas.. (lembab ada agenda ni..)

Malangnya setelah tindakan diambil oleh PBT ianya dijadikan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang oleh blogger Pro-UMNO pula..

Jadi apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh para Blogger Pro-UMNO itu?

Adakah mereka benar-benar prihatin akan nasib peniaga-peniaga kecil Melayu atau sekadar cuba memutar belitkan isu untuk menimbulkan kebencian masyarakat Melayu terhadap Kerajaan Pulau Pinang sekarang?

Atau adakah mereka sekadar melepaskan perasaan geram mereka terhadap tindakan PBT yang telah mengakibatkan Mini Haatyai tempat mereka melepaskan nafsu kini telah tergugat? Ya lah.. nak lintas sempadan kan minyak mahal sekarang ni…

Nak provoke tu agak-agak la…

Cuba korang baca apa laporan dari Kosmo ni yang mungkin editornya terlepas pandang agaknya...


MPSP bersihkan 'mini Hatyai'
Oleh RIZAM ZAKARIYA

BUKIT MERTAJAM - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) semalam memulakan operasi besar-besaran bagi membersihkan imej kawasan perumahan Taman Pelangi di sini yang sebelum ini lebih dikenali sebagai 'mini Hatyai'.

Taman Pelangi menerima gelaran tersebut kerana menjadi kawasan penempatan pekerja warga asing dengan sebahagian blok bangunan diubah suai sebagai asrama sejak beberapa tahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan taman tersebut menjadi tumpuan warga asing daripada pelbagai negara sehingga menyebabkan ada warga asing yang berani membuka premis perniagaan di situ.

Ahli Majlis MPSP, M. Ramachandran berkata, operasi berkenaan dilaksanakan setelah pihak MPSP menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa mereka tidak selesa dengan keadaan tersebut.

"Kita memang terima banyak aduan mengenai pelbagai masalah yang berlaku di kawasan ini sejak dibanjiri pekerja warga asing.

"Lebih memburukkan keadaan, sebahagian besar rumah tingkat bawah di kawasan ini turut diubah suai menjadi premis perniagaan dan ada yang bertindak berani membuat penyambungan elektrik secara haram di premis berkenaan.

"Begitu juga penduduk tempatan yang ambil kesempatan menyewakan premis tersebut kepada warga asing untuk dijadikan premis perniagaan," katanya ketika ditemui semasa mengikuti operasi berkenaan semalam.


Kosmo! Online

7 comments:

Amuraria said...

MEMANG KERJA DAJAL & FITNAH KOSMO NI AKHBAR SAMA DENGAN YANG LAIN IAITU UTUSAN MELOYA ,BERITA HAIRAN YANG DILEMBUI PARTI SEKUTU APCO ! APA KERJA MEDIA KEPARAT UMNO@APCO ? KERJA HANYA MENJAHANAMKAN NAMA DAN PARTI PAKATAN RAKYAT TERMASUK PARTI ISLAM SEMALAYSIA ,TAPI TIDAK BERETIKA LANGSUNG ,KABAR YANG KELUAR PUN DIPUTAR PADAHAL SEBENARNYA LEBIH 100% PENIAGA DI TAMAN ITU BANYAK INDON YANG SAMSENG-SAMSENG MACAM PUAK KEPALA LEMBU JUGA !

mahaza said...

Nak salahkan blogger Pro UMNO pun susah gak sebab UTUSAN pun sama aje (walhal KOSMO tu adik beradik dia jugak).

Anjing liar makin berkurangan tu paling tak tahan tu ... WAKAKAKAKA

Anonymous said...

anjing liar berkurang anjing umno makin besepah

jab sp said...

Apa yang tak kena dengan ulasan Kosmo.Kalau baca direct dengan penuh prasangka,tentu lapuran ini tidak elok bagi nama baik Pakatan,tapi kalau betul dibaca dengan hati yang terbuka,lapuran Kosmo adalah menyokong usaha pembersihan ini.
Key :Mini Hatyai-dirubuhkan.Apa silap Kosmo.

Anonymous said...

to Amuria..

Abih Haprakahdaily dengan Suara Keldaian tu elok sangat ker kualiti beritanya??

Lagi la mcm haramjadah..lagi banyak belit dengan fitnah..

Balik2 apco..aper kejadahnyer..bis isu ker banggal?? Raja Liwat ko tue dok siap ader pejabat lagi kat Washington ape hal??

Siap der peruntukan berjuta-juta lagi untuk pejabat tue.. saper yg sponsor..ko? abah ko? ker atuk ko? klu bukan yahudi baii..

Lagi berselignkoh dengan Yahudi terang-terangan..hahaha..ko jer bute..ntah ko pun yahudi jugak..

Anonymous said...

kasihan..tengok lah video tu betapa terkedu-kedu nya tuan hj.tu...km pukul tak tauu jer! Yang utama bukan masalah pentadbiran tetapi masalah harga kekeduan itu !!! kerana km tiada timbang tara.

Anonymous said...

apasal la mamat sorang tu kecoh kata anwar disponsor/ditunggangi yahudi... kalau betul, kau tembak je la anwar tu.. dapat pahala Jihad.. kalau tak, kau la yg kena tembak masuk neraka dulu.. fitnah orang...

Archive

Related Posts with Thumbnails