Wednesday, February 16, 2011

RM100 untuk Guru KAFA, RM1000 untuk pelajar Mesir pula..


Pelajar Mesir dari Sabah sedang memegang Banner ucapan terima kasih yang disediakan oleh UMNO Sabah..

Semalam aku telah menyiarkan artikel mengenai sebuah Sekolah Agama dikenali sebagai Sekolah Agama Guan Eng oleh penyokong tegar UMNO, kerana Guan Eng selalu bagi duit kat sekolah tu..

Sorang penyokong UMNO yang menggunakan nama goodlistener telah komen “inilah bangang nya puak Parti Ajaran Sesat kalau nak tahu Melayu Singapura telah digula-gulakan dgn habuan wang ringgit oleh Lee Kuan Yeu semasa ingin memerintah Singapore , la ni taktik yg sama digunakan kpd org Pas terutama dlm hal urusan masjid dan KAFA. Sedangkan pada masa yg sama , LGE memusuhi kemajuan Melayu dgn meroboh gerai2 niaga makan milik Melayu dgn alasan bahawa Tidak Mengikut Peraturan dan gerai kafir laknat sebangsa dgn dia , dia buat tak nampak je.


Aku dah jawab dengan fakta dari MPSP (baca di SINI)pun di buat buta saja.. memang buta perut sungguh dan seorang lagi pula, aku rasa dia inipun penyokong UMNO, telah memberikan komen “Hang pi siasat lah dulu duit derma LGE tu dulu...sebenarnya duit kerajaan negeri sikit aje yang lebih tu dana yang telah disediakan kerajaan pusat sebelum DAP perintah...pi siasat dulu dari mana duit derma tu datang baru boleh cakap..

Kah..kah..kah.. bodo punya komen tu.. tapi nak kata apa.. dah tahap pemikiran dia tu setakat tu saja.. Dia ingat duit dari Kerajaan Pusat tu datang dari langit pasal tu dia komen macam tu.. lagi komen sila baca di SINI

Kalau Guan Eng yang membantu Sekolah Agama Rakyat dan Guru-Guru KAFA dikatakan mengula-gulakan Melayu Pulau Pinang..

Ini pula berita yang mengatakan TKM1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman telah berkata Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah univesiti di Mesir tidak lama lagi.

TKM1 Pulau Pinang itu adalah seorang Melayu harap maklum.. err.. bukan apa-apa cuma kena jelaskan biar terang pasal penyokong UMNO ni kurang cerdik.. kalau cerdik dia orang tak akan katalah “Baguslah.. bagilah Cina perintah Pulau Pinang tu..” sedangkan Ketua Menteri dulu Koh Tsu Koon adalah seorang Cina yang di sangka sebagai Melayu oleh penyokong UMNO..


TKM1 sedang memanggang daging kambing kot..
Gambar BBQ semalam.. lagi gambar sila lihat di SINI

Pulau Pinang akan bantu pelajar kembali ke Mesir

GEORGETOWN, 18 Februari: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah univesiti di Mesir tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, DatukMansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.

Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).

"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.
“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.

Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.

Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.

"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.
Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut.

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails