Friday, February 4, 2011

Revolusi Mesir : Protes Terbesar! 'Departure Day' Bermula (Video Inside)

Video diakhir entry..


KAHERAH, 4 Feb — Selepas sehingga 300 orang dipercayai terbunuh termasuk 13 orang sejak kelmarin, rakyat Mesir mula membuat persediaan untuk demonstrasi besar-besaran, “Jumaat, Hari Berundur” — pada hari ke-11 hari ini, mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dengan segera.

Beribu-ribu penunjuk perasaan membentuk sekatan di tengah ibu negara Mesir sambil melaungkan “Pergi, pergi, pergi”.



Laporan stesen televisyen Arab Al-Jazeera berkata, penunjuk perasaan anti-Hosni kembali menguasai keadaan selepas dua hari berhadapan dengan serangan penyokong presiden itu.



Dipetik BBC melaporkan, perhimpunan hari ini yang diadakan pada hari Jumaat kedua sejak kebangkitan bermula minggu lalu dinamakan sebagai “Jumaat, Hari Berundur”.

Sebahagian penunjuk perasaan tidur di atas jalan raya manakala sesetengahnya mengawal ketat Dataran Tahrir, nadi gerakan anti-Hosni.

Penganjur pula menyusun orang ramai untuk mengadakan perisai manusia dengan memeriksa identiti setiap penunjuk perasaan bagi mengelakkan penyokong Hosni mengganggu usaha mereka.

Tiada pertempuran antara kedua-dua puak awal pagi ini.

“Kami orang yang tidak berdosa. Kami mahu hidup aman,” kata Magdy el-Sayed, seorang guru Bahasa Inggeris berusia 35 tahun.

“Dan, sekarang dia (Hosni) hendak menggunakan apa lagi? Untuk mewujudkan ketegangan di kalangan kami. Tetapi kami berada di sini selama-lamanya.

Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh sejak kelmarin, kata Kementerian Kesihatan Mesir.

Sehingga 300 orang telah terbunuh sejak kebangkitan rakyat, demikian menurut ketua Hak Asasi Manusia PBB, Navi Pillay.







Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails