Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, February 1, 2011

Revolusi Mesir : Mubarak ditinggal keseorangan



KAHERAH - Presiden Mesir, Hosni Mubarak, akhirnya merasai sendiri kekecewaan apabila ditinggalkan individu yang dipercayai selama ini, sama seperti perasaan rakyat Mesir yang tidak pernah dihiraukan.

Washington yang dulunya penyokong utama Mubarak dan sanggup menghabiskan berbilion dolar memberi bantuan, sedangkan hutang AS sendiri mencecah hampir AS$14 trilion (RM43 trilion), kini mula menekan pemimpin kuku besi itu supaya mendengar tuntutan rakyat yang mahukan kebebasan politik.


Dalam masa sama, AS juga dilihat semakin was-was sama ada sekutu kuat mereka itu akan berjaya bertahan selepas kebangkitan rakyatnya, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam tempoh 30 tahun pemerintahan kuasa mutlak Mubarak.

Tetapi AS yang bijak bermain kata-kata, dilihat belum mahu meninggalkan Mubarak secara terbuka kerana Washington gentar tindakan itu akan meresahkan diktator Arab lain yang menjadi sekutu AS.

AS tidak mampu lagi menyelamatkan rejim Mubarak dan bagi menjaga kepentingan sendiri, Washington memilih untuk berada di pihak yang benar apabila revolusi ini dicatatkan dalam sejarah kelak.

Tidak cukup ditinggalkan AS, Mubarak juga tidak mendapat sokongan daripada sekutu utamanya di Timur Tengah, iaitu rejim Israel.

Tel Aviv mengelak daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan di Mesir, malah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengarahkan semua menteri negara itu supaya tidak memberi sebarang komen mengenai isu itu secara terbuka.

Israel dilaporkan hanya meminta negara lain menekankan kepada dunia mengenai kepentingan kestabilan politik di Mesir, itu pun hanya kerana Zionis mula bimbang keselamatan mereka sendiri akan terancam jika tiada lagi orang suruhan yang boleh mengikut kata.

Tentunya Netanyahu tidak boleh tidur malam memikirkan kemungkinan parti pembangkang Mesir, yang juga sekutu kuat pejuang Hamas di Gaza, Ikhwan Islam, mentadbir negara itu jika Mubarak digulingkan.

Kawan-kawan yang dahulunya angkuh dan lantang bersuara menentang dunia kini sunyi sepi, meninggalkan Mubarak keseorangan mengutip sisa-sisa pemerintahan diktatornya yang sudah dipecahkan rakyat Mesir.

Mungkin kini Mubarak sedang berfikir, sia-sialah pengorbanan dan kesetiaan tidak berbelah bagi beliau terhadap AS dan Israel selama ini.

Dan mungkin beliau mula sedar, satu-satunya golongan yang patut dicurahkan segala pengorbanan dan perhatian adalah rakyatnya sendiri.

Bagaimanapun, seperti kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Sinar Harian

1 comments:

PERCATURAN POLITIK PERINGKAT ATASAN YG TAK DI FAHAMI RAKYAT said...

SYAITAN SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS HURU HARA YG BERLAKU... KENAPA U.S TAK MAHU TERLIBAT? ADAKAH MASIH ADA LAGI TANGAN2 GHAIB BERADA DI SEBALIK TABIR, UTK MENGANGKAT PEMIMPIN BONEKA BARU DIMESIR, MENGGANTIKAN HOSNI MUBARAK? ORG2 MESIR KENA BERHATI2, AGAR TIDAK TERJADI, 'KELUAR DR MULUT BUAYA, MASUK KE MULUT NAGA'...

SEDANGKAN KUNCI KESELAMATAN ISRAEL IALAH NEGARA MESIR...YG MESRA PD TEL AVIV.

BEGITULAH SUSAHNYA BERADA DI ZAMAN FITNAH INI...PENJAJAH + ZIONIS TIDAK AKAN SEMUDAH ITU MELEPASKAN KUASA KPD PEJUANG2 ISLAM UTK MEMERINTAH MESIR...PASTI MUSUH2 ALLAH INI MERANCANG SESUATU DI SEBALIK TABIR. MUNGKIN SEBELOM HOSNI MELEPASKAN JAWATANNYA, MAKA SATU KERAJAAN SEMENTARA YG PRO-AMERIKA AKAN DI ANGKAT, YG TERDIRI DR ORG2 YG DI ASUH OLEH BARAT JUGA... ATAUPON, PEMERINTAH YG SEPERTI PEMERINTAH2 DI NEGARA ARAB LAIN YG ISLAM DI KULIT SAHAJA. SAMA SEPERTI KEADAAN UMNO MENDAPAT KUASA DI TANAH MELAYU PD 1957 DAHULU...HASIL IHSAN BRITISH DAN FREEMASON, BERSAMA MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN SYIRIK LORD REID, YG TIDAK MENGUNTUNGKAN ORG2 ISLAM-MELAYU DI MALAYSIA UTK JANGKA PANJANG... BUKTINYA : TENGOKLAH APA TERJADI PD ORG2 ISLAM DI MALAYSIA SEKARANG, KITA LEMAH DLM POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL, SETELAH 53 TAHUN UMNO MEMERINTAH..

Archive

Related Posts with Thumbnails