Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, February 26, 2011

Qardawi penjenayah?.. Bertaubatlah Najib...

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.


Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu
sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara
jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan
pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.


Harakahdaily

15 comments:

Anonymous said...

PAS kata UMNO kafir tak apa ke? di halalkan pula, malang umat Islam akhir zaman ni...

Anonymous said...

komen diatas mencerminkan betapa fitnah sudah menjadi makanan ruji sebilangan umat islam, oleh kerana setiap tinta yang ditulis akan dipertanggungjawabkan, Maka jawab sahajalah dengan angkuh dan yakin dihadapan Rabbul Jalil nanti.

Anonymous said...

Bingai punya Anon 517....

krool said...

bodohnya!!!tak boleh guna akal ke??kan PAS minta ucapan TG Hadi Awang dikeluarkan di T.V dari mula ucapan hingga akhir..Kenapa tak berani bagi??baru tahu betulnya UMNO tu kafir!!!itu pun tak boleh fikir?

cekli@abg chor said...

Anon 5:17

kenapa takut sangat nak bubuh nama?
engkor pun amat patut bertaubat....

Al Hafiz Product said...

Sejak akhir-akhir ini ada orang umno kata pas kata UMNO kafir. Kenapa ni.... bila PAS kata, buktikan dengan dokumen atau video. Jangan main2 pasal perkataan kafir ni.

Al Hafiz Product said...

Kenapa sejak akhir-akhir ini orang UMNO kata PAS kata UMNO kafir.... (orang PAS tak kata mereka pula yang kat. Kamu main-main dengan isu kafr ni. Rajin-rajin pergi Masjid belajar agama, tanya Ustaz. Kalau ada bukti bertulis, Video tolong berikan? jangan cakap kosong isu2 agama.

Anonymous said...

Ahli UMNO ramai yang kapir!!!!

Anonymous said...

pas kata umno kafir sebab ada alasan yang kukuh! umno sebagai pemerentah tidah melaksanakan undang2 yang termaktub dalam quran malah menukarnya dengan undang ciptaan maknusia kemudian mengangap hukum yang terkandung dalam quran sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dilaksanakan dalam negara ini,siapa kita untuk menyangahi undang2 ALLAHSWT? setiap orang yang beriman tak akan redha undang lain selain dari undang2(hukum)ALLAHSWT, seperti firman ALLAHSWT;barang siapa tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka dia zalim,fasik, kafir.

Anonymous said...

Najib Atlantunya telah keluar akidahnya. Bertaubatlah sebelum terlambat...

Anonymous said...

ASD...

Aku kesian dengan kau...

Mudah kena tipu dengan dakyah UMNgOk dan Barang Naik (BN)...tiba2 aje berubah hati...

Atau dah banyak masyuk kot...

Bertobatlah...

Anak Sungai Derhaka said...

Salam Anon 11:16..

Apa kena mengena aku dengan UMNO dalam artikel ni?..jangan menyerbu membabi buta..

Anonymous said...

ASD, jgn layan stupido statement..kepada yg dok tuduh PAS kafir UMNO tu, pegi belajar agama..pegi mesjid..dengar kuliah..korang akan lebih tahu hak dan batil..jgn jadik bodoh! pegi belajar...pegi!

Anonymous said...

Pangkah PAS masuk syurga..hadis mana datang ni...pergi belajar agama bukan pergi belajar ajaram sesat

P/S: Terkejut Bob Lokman kata.."masuk pas nak jadi baik & nak masuk syurga"...maka sebelum PAS ditubuh..semua org Islam yg dah meninggal macamana?

Anonymous said...

bangang betul kau ni dulu mana ada parti sebagai pemerentah,orang melayu beragama islam bangkit menentang penjajahan demi untuk membebaskan negara dari penjajahan yang meminggirkan islam ahirnya negara dibebaskan oleh penjajah tapi dasar penjajah tetap berjalan dalam pemeretahan hari ini oleh itu pas sebagai sebuah parti yang menjadikan islam sebagai dasar berjanji akan melaksanakan undang2 islam dinegara ini apabila dapat merentah nanti.

Archive

Related Posts with Thumbnails