Thursday, February 17, 2011

Pili bomba jadi penyangkut coli?.. Loklarq sungguh orang Alor Setaq

Loklarq ialah perkataan yang digunakan diutara bermaksud tidak senonoh.. err betuika?

Sinar Harian baru-baru ini mendapati satu pili bomba di hadapan Kompleks Perniagaan Utama dijadikan sebagai penyangkut untuk ‘mempamerkan’ coli.


Pili bomba jadi penyangkut coli

ALOR SETAR - Tidak bertanggungjawab, itulah sikap yang dapat digambarkan terhadap individu yang tidak menjaga kemudahan awam dengan baik.

Sinar Harian baru-baru ini mendapati satu pili bomba di hadapan Kompleks Perniagaan Utama dijadikan sebagai penyangkut untuk ‘mempamerkan’ coli.

Pekerja syarikat swasta di bangunan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Adnan berkata, dia melihat coli itu digantung selama dua hari.

Katanya, terdapat pakaian di dalam beg yang ditinggalkan di situ yang diselerakkan sekitar pili bomba berkenaan.


Menurutnya, coli yang disangkut pada pili bomba itu bukan sahaja memberikan imej buruk pada bangunan berkenaan malahan boleh mengganggu keadaan sekiranya berlakunya kebakaran.

“Sikap vandalisme ini perlu dikikis kerana menyakitkan mata orang ramai yang mengunjungi bangunan di kawasan yang menempatkan beberapa syarikat swasta dan berhampiran jalan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Idris Mydin berkata, sikap meletak coli di pili bomba itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia alat keselamatan yang harus dijaga dengan baik.

Menurutnya, sikap tiada kesedaran sivik itu mampu menimbulkan kesukaran kepada anggota bomba apabila bekalan air di pili bomba itu hendak digunakan.

Beliau berkata, mereka yang melakukan kerosakan ataupun vandalisme terhadap pili bomba yang disediakan, denda sebanyak RM100 boleh dikenakan sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

Menurutnya, kini pihak bomba mengadakan kempen Teman Pili Bomba bagi kawasan perumahan dan bangunan kedai untuk memastikan pili bomba yang disediakan dijaga dengan baik.

“Orang ramai boleh datang ke balai bomba yang berhampiran bagi mendapatkan sijil untuk menyertai kempen ini demi keselamatan semua pihak.

“Teman Pili Bomba ini seolah-olah menjadi anak angkat kepada mereka kerana apabila berlaku kerosakan atau vandalisme pada pili bomba itu mereka boleh menjadi pelapor,” katanya.

Idris berkata, kempen ini mula diperkenalkan kepada orang ramai menerusi kempen mencegah kebakaran yang diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails