Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, February 12, 2011

PERKASA/UMNO, jangan perbodohkan Rakyat!


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menafikan dakwaan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bahawa parti itu sedang merancang satu komplot supaya Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melarikan diri ke luar negara dan memperoleh suaka politik.

Semalam, Perkasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Dang Wangi mendakwa mempunyai maklumat bahawa Anwar sedang mengatur rancangan termasuk cubaan membangkitkan kemarahan rakyat ‘ala Mesir’ sekaligus dapat mengelakkan daripada menghadiri prosoding tuduhan Liwat II yang sedang dihadapinya.


Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifah mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.

“Anwar akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan ‘Baju Merah’ di Bangkok,” kata Armand semalam.

Sehingga hari ini, Anwar masih dalam lawatannya ke Amerika Syarikat dan dijangka pulang ke tanah air esok.

Mengulas laporan polis itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata PKR tidak pernah membincangkan isu sedemikian dan mendakwa ia hanya sebagai satu lagi fitnah yang ditaburkan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR).

“Itu hak mereka untuk buat laporan polis. Ini fitnah orang hilang akal termasuk menggelarkan Anwar sebagai pengganas dan ejen Yahudi namun sampai sekarang tiada bukti kukuh.

“PR nak maju kehadapan untuk fikir cara nak selamatkan ekonomi ekonomi dan membincangkan soal prinsip.

“Jadi saya tak perlu nak jawab isu remeh dan beri perhatian kepada Umno kerana kita tahu rakyat tidak mahu lagi dengar fitnah dan kerja kotor yang dibawa Umno,” katanya ketika merasmikan Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar (IKD) di sini hari ini.

Isu perlantikan setiausaha

Azmin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Selangor turut memberi amaran kepada Umno dan Barisan Nasional supaya tidak memperkecilkan pemikiran politik rakyat Selangor dengan memanipulasi isu Selangor termasuk kuasa Sultan dan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohamed Khusrin Munawi.

Serangan BN untuk merampas pentadbiran Selangor daripada PR dilihat semakin ketara apabila BN dalam Kempen Selamat Selangor Darul Ehsan (SSDE) mennampilkan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohamad Rahimi Osman, bekas setiausaha politik Anwar Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda untuk melakukan ‘serangan peribadi’.

“Jangan perlekehkan rakyat Selangor. Rakyat cukup matang menilai dan tentukan apa yang berhak, apa yang dusta dan keji.

“Kalau Umno memilih jalan memaki hamun dan cerca, teruskan. Kalau itu program mereka, teruskan. Jangan ingat rakyat bodoh seperti mereka.

“Malah saya yakin rakyat Selangor hari ini sudah dapat melihat kemampuan PR memimpin Selangor dengan efektif untuk kesejahteraan mereka,” katanya.

Janji PR dilaksana BN

Selain itu, Azmin turut mengulas pengumuman pemberian insentif sebanyak RM7,500 seorang kepada 924 guru besar di seluruh negara yang berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Tawaran Baru (Ba`iah) oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau dalam responnya turut menyambut baik langkah seperti yang dicadangkan oleh PR dalam Buku Jingga.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran sebelum ini pernah berpendapat bahawa negara akan muflis jika elaun guru dinaikkan sebanyak RM500, mengikut cadangan 100 hari janji PR.

“Najib kata kalau laksanakan cadangan dalam Buku Jingga negara akan muflis tetapi dalam senyap-senyap dia laksanakan apa yang ada dalam buku itu.

“Bagi saya tak mengapa kerana sekurang-kurangnya Najib laksanakan apa yang kita rancangkan dan rakyat dapat manfaat.

“Ini juga bermakna bahawa PR mempunyai keupayaan mentadbir negara dan ekonomi. Kalau begitu bagi saja PR pimpin Putrajaya daripada membenarkan pemimpin Umno yang sudah hilang wawasan untuk memajukan negara,” katanya.

Free Malaysia Today

10 comments:

Amuraria said...

GENG-GENG PERKAUMAN KEPALA LEMBU PERKASA NI MEMANG LAHANAT BESAR LEBIH DARI ZIONIS ! APAKAH PDRM & KDN TIDAK MEMANTAU CARA DAN AGENDA MEREKA MEMBUAT FITNAH DAN MENGANCAM NEGARA ? MEREKA PATUT DIISAKAN KERANA MEMANG TERANG-TERANG PENGAMAL PERKAUMAN DAN MEMBAHAYAKAN NEGARA MALAYSIA !

ALahaI sI LunCAi said...

PERKARA SEBEGINI AMAT MUDAH SEBENARNYA. KITA TUNGGU JER..

Anonymous said...

Tidak kah mereka rasa takut pada hari pembalasan? Insaf lah orang 2 yg suka membuat fitnah terhadap anwar.

Anonymous said...

Tengok muka si ketua wira dia pun buruk..perangai dah huduh...wahai bani melayu yg menyokong perkasa atau UMNO, ini ke yg korang nak sokong untuk menuju kejayaan sebagai umat manusia yg beragama islam?

jgn jadik bodoh bani melayu!

-+ve

RAKYAT MALAYSIA said...

BRO INI KOMEN YANG WA TULISKAN DIBLOG PRO UMNO...

SIRI PERCAKAPAN PEMIMIPIN PERKASA

1. SAYA TELAH MENDAPAT MAKLUMAT.

2. ADA RANCANGAN UNTUK MEMBUAT DEMOSTRASI DARI BANTUAN KRONI DARI LUAR NEGARA.

3. TELAH MENDAPAT ARAHAN DARI PIHAK BERKUASA UNTUK TIDAK MEMBERITAHU DARI MANA MAKLUMAT ITU DITERIMA KERANA IANYA DIDALAM SIASATAN UNTUK MENDAPAT TAHU SAMA ADA MAKLUMAT ITU BETUL ATAU PUN TIDAK.

4. ( KEMUDIAN MENDEDAHKAN ) KERANA MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG SAYA DAPAT ITU...ADALAH HASIL DARIPADA MAKLUMAT DARIPADA PAKATAN RAKYAT SENDIRI.

5. RANCANGAN UNTUK MEMBUAT SIRI KEMALANGAN DIBUAT DI IBUPEJABAT PKR PADA 2HB 2 2011.

6. ( LAGI SEKALI DIA MENDEDAHKAN MAKLUMAT ) MAKLUMAT INI TELAH DIKELUAR OLEH SALAH SEORANG PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT. PERBINCANGAN TELAH DIBUAT SERAMAI LEBIH KURANG 7 KE 8 ORANG UNTUK MERANCANG SESUATU YANG TIDAK BAIK UNTUK MERAIH UNDI SIMPATI.

7. ( SEKALI LAGI MENDEDAHKAN MAKLUMAT ) PERANCANGAN UNTUK MEMBANGKIT KEMARAHAN PENYOKONG INDIA DENGAN MENDAKWA KERAJAAN AKAN MEMBUNUHNYA MELALUI INSIDEN KEMALANGAN JALANRAYA.


kah kah kah...dari percakapan sikafir perkasa ni ( sebab apa kafir AZAN BERKUMANDANG PUN DIA BANTAI CAKAP JUGA. LANGSUNG TAKDE HORMAT ) dia cuba melakukan propaganda yang merbahaya...kah kah kah

merbahaya kerana mengaitkan kononnya kroni dari 3 negara untuk mendapat bantuan didalam rancangan melakukan demostrasi.

APA AKIBAT JIKA TIGA NEGARA INI MENDAPAT TAHU NAMA MEREKA DIKAITKAN SEBAGAI KONSPIRASI UNTUK MENAJAKAN DEMOSTRASI SEDANGKAN IANYA TIDAK TERBABIT SAMA SEKALI...kah kah kah

merbahaya kerana cuba MENAIKKAN KEMARAHAN DAN MELAGA-LAGAKAN KAUM INDIA DENGAN MASYARAKAT LAIN SEDANGKAN KONSPIRASI ITU TIDAK BENAR SAMA SEKALI...kah kah kah

JIKA SIKAFIR INI DILARANG UNTUK MEMBUAT KENYATAAN MEDIA TENTANG MAKLUMAT YANG DITERIMA...KENAPA DIA BOLEH BERI DENGAN JELAS TEMPAT PERJUMPAAN, TARIKH DAN DARI PIHAK MANA INDIVIDU YANG MEMBERI MAKLUMAT...kah kah kah

memang ternyata SIKAFIR INILAH MEMPUNYAI PERANCANGAN YANG AMAT JAHAT DENGAN CUBA MEMBUAT PROPAGANDA AGAR RAKYAT AKAN BERMUSUHAN DIANTARA SATU SAMA LAIN...kah kah kah

bangang sudah SIKAFIR PERKASA ni...kah kah kah

time azan pun tak boleh hormat...kah kah kah

lagi mau tipu...kah kah kah

ini orang sangat-sangat merbahaya yang boleh mencetuskan perang saudara...kah kah kah

February 13, 2011 2:32 AM


UNTUK PERHATIAN BAHAWA PERMAINAN PERKASA INI AMAT MERBAHAYA KERANA MENGAITKAN NEGARA LAIN SEBAGAI SEKUTU YANG MEMBERIKAN TAJAAN UNTUK MEMBUAT KACAUBILAU DIMALAYSIA.

SAYA BERHARAP PR AMBIL TINDAKAN TERHADAP PERKASA KERANA CUBA MENIMBULKAN PRASANGKA SERTA HASUTAN.

Anonymous said...

Sekiranya laporan Polis laporan yang tak betul bolehkah Polis ambil tindakan pada pembuatnya.

Anonymous said...

Kita tak heran nanti jika berlaku rusuhan atau tunjuk perasaan menentang kerajaan adalah datangnya atau berpunca dari orang-orang golongan NGO atau parti komponen pro umno bukannya dari kalangan pembangkang atau penyokongnya sendiri. Tren serupa ne sudah kterlalu etara nampak. Sebagai contoh kempen anti islam atau pertikaian MCA tentang hak melayu, fitnah dan hasutan Perkasa, Dr M dgn ungkitan ops lalang, rusuhan dan agenda Hindraf, memperleka hak berugama kaum kristian, dll.

win win malaysians said...

waa showkan PERKOSA NGO ini harus dibubarkan atau dikuburkan dgn segera kalau tak negara serta bangsa dlmnya akan renggang dan boleh mendatangkan rusuhan kaum,cilaka kenapa perkosa ngo ni mcm kuasa kerajaan memerintah sesedap mulut basi dia cakap,apa kuasa perkosa nak kita melayu tunduk arahan bodo itu,waa fikir kerajaan UMNO atau kerajaan PAKATAN perlu ambil serius dlm hal sewenang cerita putar alam perkosa demi utk negara dan kaum2 yg ada....

Anonymous said...

Kalau PR kata perkara buruk pada UMNO/BN semua BETUL...BETUL..BENAR..BENAR...bila BN kata kt PR..ini fitnah..ini kerja UMNO..ini satu pembohong...

AWAT jadi lagu tu...PiiiiiiRaaaaah

Anonymous said...

Cantik punya tajuk..."PERKASA/UMNO, jangan perbodohkan Rakyat!"

Terima kasih peringat selalu...memang benar pun PERKASA/UMNO tak perbodohkan rakyat...yang dok perbodohkan rakyat adalah geng2 buta nikmat tuhan berikan pada depa...nak tau sapa depa ni ialah PR the gengs..sebab puak2 ni tak dak kerja lain, hanya dok tau mengata ata orang aje...lepas tu angan2 nak perintah negara...ada negeri yang geng depa dapat..macam tu lah keadaanya masih asli, start perintah sampai hari ni...sebab aku pi 5tahun sekali pun masih sama keadaanya...yang susah tetap susah..dan yang senang macam tulah juga..

Archive

Related Posts with Thumbnails