Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Thursday, February 10, 2011

Perarakan Maulidur Rasul Pulau Pinang di sabotaj lagi?

Yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak mengadakan sambutan atau perarakan Maulidul Rasul pada tahun lepas.. sila lihat gambar-gambar perarakan Maulidul Rasul itu di (SINI)



GEORGETOWN - Jabatan Penerangan Pulau Pinang didakwa enggan memberi kerjasama kepada Kerajaan Negeri sempena perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri 15 Februari ini.

Exco Hal Ehwal Agama, Abdul Malik Abul Kassim berkata, pihaknya tidak menerima respons daripada jabatan itu setelah memohon mendapatkan kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan.


“Menerusi jawapan secara lisan dalam mesyuarat, saya dimaklumkan oleh jabatan itu bahawa kemudahan kenderaan tidak boleh dibekalkan kepada Kerajaan Negeri mengikut polisinya.

“Walau apa pun, saya masih menunggu jawapan secara bertulis daripada Jabatan Penerangan untuk mengetahui status permohonan,” katanya kepada media di sini, semalam.

Abdul Malik berkata, tahun lalu Kerajaan Negeri menghadapi masalah yang sama apabila Jabatan Penerangan memberi alasan kenderaannya sudah dijadualkan lebih awal untuk aktiviti penerangan mengenai dasar Kerajaan Pusat.

“Tahun ini mereka memberi alasan kenderaan tidak boleh dibekalkan sebab ia tidak terkandung dalam polisi mereka. Padahal, Kerajaan Negeri bawah tampuk kepimpinan Barisan Nasional mendapat kemudahan itu.

“Ketika pemerintahan BN, Jabatan Penerangan bukan sahaja mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul malah menyediakan sekurang-kurangnya lima kenderaan bagi alunan selawat mengiringi perarakan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri tahun ini akan bermula 12 Februari bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kecemerlangan Ummah’, tema sama digunakan untuk Maal Hijrah yang membawa maksud ‘Kesederhanaan dalam Islam’


Sinar Harian

2 comments:

Amuraria said...

INILAH KERJA BARUA-BARUA DAN PECACAI CUCUK HIDUNG OLEH PARTI SEKUTU APCO ! HARTA RAKYAT JADI MILIK MAK BAPAK UMNO@APCO SEDANGKAN JIKA UMNO@APCO BUAT APA SAJA JENTERA DAN AGENSI AKAN DIGUNA HABIS-HABISAN ! INIKAH DASAR DAN NASIHAT APCO ? SUNGGUH TIDAK BERMARUAH DAJAL-DAJAL PENGKHIANAT NEGARA SEKUTU APCO INI !

Anonymous said...

Bagus Malik, kita guna peluang untuk serang Barisan Najis. Mesti ada bukti nanti mereka putar belit pula. Hebohkan kepada semua. Memang pengkhianat bangsa!

Archive

Related Posts with Thumbnails