Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Saturday, February 19, 2011

PAS tak akan ketepikan nasib orang Melayu

SHAH ALAM, 19 Feb — Dilihat pendirian meredakan kebimbangan sesetengah pihak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS tidak akan mengetepikan kepentingan dan nasib orang Melayu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya menerusi gandingan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Justeru jelas Mursyidul Am PAS itu, walaupun parti Islam itu tidak memberi keutamaan terhadap perjuangan bangsa namun ia bukan alasan untuk tidak mempertahankan orang Melayu yang merupakan masyarakat dominan negera ini.

“Islam tak jadikan agenda perjuangan Melayu sebagai keutamaan, adakah orang Melayu akan mundur tanpa bantuan Umno?


“Bagi PAS orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),” kata beliau pada majlis perasmian Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS di sini hari ini.

Kata Nik Aziz, sebagai masyarakat dominan sudah menjadi tanggungjawab mana-mana parti termasuk PAS untuk mempertahankan orang Melayu.

“Kaum yang paling dominan adalah orang Melayu, perlu diingatkan Islam adalah pemberian Allah s.w.t.

“Menurut Islam guna sekular sebagai ideologi bermaksud tolak Islam, Umno jaga Islam pun tidak... jaga Melayu pun tidak,” kata Menteri Besar Kelantan ini.

Nik Aziz berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera gagal kerana Umno-Barisan Nasional (BN).

“DEB untuk orang Melayu dan Bumiputera telah digagalkan pemimpin Umno.

“Ia satu pengkhianatan yang dilakukan secara sistematik oleh pemimpin BN dan tolak hak orang Cina, orang India, orang Iban dan orang Kadazan,” katanya.

Sebaliknya menurut Nik Aziz, DEB diwujudkan hanya untuk membantu kroni-kroni Umno-BN.

“Inikah ketuanan Melayu Umno?” soalnya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata konvensyen berteraskan Melayu ini diadakan bagi menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.

“Untuk menjawab tuduhan-tuduhan liar, fitnah dan tohmahan, PAS mengadakan konvensyen hari ini sekali gus mendedahkan pengkhianatan yang dilakukan Umn-BN.

“Ia juga bertujuan untuk membentuk keyakinan orang Melayu dan Bumiputera bahawa PAS dan Pakatan Rakyat akan mempertahankan hak dan kepentingan mereka,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


The Malaysian Insider

7 comments:

Anonymous said...

Paling ramai org Islam/Melayu yg hidup tergolong dalam kemiskinan tegar menang kt kelantan lagi...benar ke TGNA kata tu...aku pi 5~6 kali setahun,sejak 1991 masih macam tu keadaan Kelantan...hanya sedikit perubahan aje utk rakyat..sedih sungguh..tapi nak buat lagu mana...sebab TGNA kata "sokong PAS masuk syurga"..pasal tu pakat2 ramai2 kt sana sokong nak gila...


P/S:Benar sabda Rasullah.."..akan lahir pemimpin dikalangan umatku lepas kalian,yang akan menyesatkan umatku..." maka sahabat tanya lagi "bagaimana sifatnya dan keadaannya"
maka rasullah bersabda lagi.."Beliau berpakaian seperti kamu, bertutur seperti kamu,berwatak seperti kamu...tetapi kata2nya tidak melepasi kerongkongnya.."

Anonymous said...

Boleh caya ke cakap TGNA ni,beliau pernah cakap dulu sokong PAS masuk syurga, saya baru balik mesir tak jumpa pun dalam kitab,kata sokong PAS masuk syurga. Ingatlah saudara2 rosak akidah dan hidup dalam kesesatan,sebenar kita tidak dapat rasa apa ada pada kita seperti tangan,kaki,mata,lidah atau apa-apa ditubuh kita..hanya org2 yang lebih tahu tentang Islam yang mampu saja melihat kesilapan sesuatu pada seseorang dan kumpulannya.

Anonymous said...

Melayukah Islam atau Islam itu melayu?

zakwan said...

I don't know if a vote for PAS is a ticket to heaven but I do know that a vote for UMNO is hell on earth!!!!!

Anonymous said...

pas memng menyesatkan..

Anonymous said...

anon 2.08...

Banyak sebab antara Kelantan kurang membangun.. Antaranya segala hasil dari kerajaan negeri diserahkan kepada kerajaan pusat.. Kerajaan pusat tidak menyerahkan perbelanjaan mengiikut masa ditetapkan dan beberapa sekatan lagi oleh kerajaan persekutuan. Yang popular.. royalti minyak..

berfikirlah sejenak anon 2.08..

Anonymous said...

Memang baik hujah kau Anon 12:59. Terima kasih.

Betul ke PAS sesat? Peliknya bila diajak bedebat macam2 alasan diberi. Bila diajak berhujah lari.

Islam adalah satu agama yang memberi keadilan dan kesimbangan dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Dalam hal ini kerajaan patut memberi peluang kepada PAS untuk membuat penghujahan.

Archive

Related Posts with Thumbnails