Monday, February 7, 2011

PAS bertanding di DUN Merlimau

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengharapkan sokongan keseluruhan jentera PR membantu persediaan menghadapi pilihan raya kecil ini.

DSAI ketika Taklimat Khas di Yayasan Aman baru-baru ini

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) menafikan desas-desus bahawa PAS mempertimbangkan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Merlimau, sebaliknya parti Islam itu akan menurunkan calonnya pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa PR secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PAS harus bertanding pada pilihan raya kecil ke-15 itu.


“Tidak benar, tidak benar,” kata beberapa wakil rakyat PR yang turut berada pada sidang media susulan pertemuan mereka di ibu pejabat DAP di sini hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga mengambil kesempatan dengan bertanya siapakah sumber berita yang mengatakan PAS tidak akan bertanding di DUN Merlimau.

“Dari mana anda mendapat maklumat itu? Ada nama disebutkan? Tidak? Jadi tidak, ia tidak benar,” katanya.

Anwar menambah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengharapkan sokongan keseluruhan jentera PR membantu persediaan menghadapi pilihan raya kecil itu.

Mengenai calonnya, Hadi yang turut menghadiri sidang media itu berkata keputusan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat kepimpinan parti itu 13 Februari ini.

“Kami akan menyenarai pendek nama kemudian,” kata beliau lagi.

Katanya, berdasarkan amalan biasa calonnya adalah warga tempatan dan kepimpinan pusat akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin PAS Melaka sebelum menamakan calon mereka.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

The Malaysian Insider

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails