Sunday, February 20, 2011

PANAS!! Beberapa Pemimpin UMNO turut mendengar ucapan DSAI semalam...

Semalam 19 Feb, telah berlangsung satu Ceramah di Padang Awam Sembilang Pantai, Seberang Jaya. Antara penceramah yang hadir ialah YB Sim, YB Yusmadi Yusoff, TKM1 Pulau Pinang Datuk Mansor Othman dan DS Anwar Ibrahim.

Berapa lama nak tunduk??

Bukanlah sesuatu yang luarbiasa jika ceramah yang dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim sebagai penceramah utama kehadiran pendengar melebihi 5000 malah mencecah 10,000 hadirin.

Tetapi yang luarbiasanya semalam ialah kelibat beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang yang turut kelihatan mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim itu.


Antaranya ialah seorang pemimpin UMNO yang pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau mengoyak gambar Koh Tsu Koon suatu masa lalu bersama dua lagi pemimpin UMNO dari Kepala Batas.

Malah turut kelihatan ialah ADUN Seberang Jaya sendiri, yang mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim dari dalam MPV Nazaria miliknya dan turut kelihatan ialah Ketua Perhubungan UMNO Permatang Pauh yang meletakkan keretanya agak jauh dari tapak ceramah..

Dah kelihatankan? tapi tak jelas?

Akhirnya.. kenalkah anda siapa dia dan dua orang lagi yang bersamanya itu??

Jika pemimpin UMNO sendiri telah mula terbuka hati mereka untuk mendekatkan diri dengan Pakatan Rakyat Pulau Pinang,mendengar ucapan DS Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin dari PKR yang lain dan duduk bersila dihadapan pentas bersama ribuan rakyat .. mengapa pencacai UMNO masih berdegil menolak Pakatan Rakyat??

Fikir fikirkan...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails