Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Tuesday, February 8, 2011

Ops Piramid : Tiada Unsur Politik.. tapi ada Banner UMNO



Najib kata tiada unsur politik.. tapi kalau korang tengok Videoclip diakhir entry ini pada minit yang ke 2:38 hingga ke minit 2:48 dan kemudian pada minit yang ke 3:43, ada orang pegang banner yang tertulis 'Selamat Pulang dari Sekretariat Kelab UMNO'..

Apakah UMNO sekarang ini sudah jadi NGO?

Ops Piramid bukan misi politik

SEPANG 7 Feb. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan melakukan apa sahaja yang terbaik untuk membawa pulang rakyat Malaysia berikutan pergolakan di negara berkenaan.


"Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

"Dan ini misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali, tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira pukul 10 pagi dan turut disambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.

Turut menyambut kepulangan mereka ke tanah air ialah anggota keluarga masing-masing.

Najib berkata, oleh kerana misi tersebut bukan sesuatu yang mudah, kerajaan telah membuat perancangan teliti termasuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan sementara di Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanah air.

Menurut Perdana Menteri, pelbagai pihak terlibat dalam misi tersebut kerana matlamatnya hanya untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Tegas beliau, kerajaan bimbang tentang keselamatan warga Malaysia di Mesir kerana di negara berkenaan kini tiada lagi pentadbiran awam dan yang berasaskan undang-undang.

"Runtuhnya sama sekali undang-undang dan ketenteraman di Mesir yang menyebabkan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Kami amat khuatir dan bimbang kalau berlaku perkara yang boleh mengancam nyawa dan berlaku kecacatan atau kecederaan kepada anak-anak kita yang tidak berdosa," katanya.

Perdana Menteri berkata, kepulangan kumpulan pertama rakyat Malaysia itu merupakan satu kelegaan kepada mereka di tanah air dan sebab itu, beliau yang sepatutnya mempengerusikan sebuah mesyuarat penting pagi ini menangguhkannya untuk bersama dengan mereka di sini.

Najib juga tidak 'bercuti' sepanjang dua tiga hari lepas sedangkan pada masa itu cuti umum untuk menumpukan urusan membawa pulang rakyat Malaysia.

"Ada pukul 3 pagi pun kita terima telefon (berkenaan dengan urusan membawa balik rakyat Malaysia ini). Alhamdulillah, semua urusan ini berjalan dengan baik. Saya doakan supaya penerbangan lain (selepas ini dari Mesir) akan selamat kembali ke tanah air," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk MAS, AirAsia, Lembaga Tabung Haji, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Najib juga mengucapkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki Abdullah al-Saud kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Juga, kata Perdana Menteri, ucapan terima kasih buat Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud kerana membenarkan penggunaan ruang udara dan pendaratan seberapa banyak pesawat Malaysia di Jeddah.

Kata beliau, perkara itu merupakan satu 'pertimbangan yang luar biasa' dari negara berkenaan kepada Malaysia.

Najib berkata, jika perlu kerajaan juga akan berurusan dengan pihak universiti di Mesir supaya pelajar-pelajar yang menuntut di negara tersebut menduduki peperiksaan di Malaysia.

Lidah Rasmi UMNO

18 comments:

Anonymous said...

apa punya bebal tuan punya blog ni, nak ucap selamat pulang pun kata ada unsur politik. lain la kalau depa tulis " pernerbangan ditaja oleh kerajaan BN", baru la berunsur politik. walaupun memang betul kerajaan BN yang dok kutip budak2 tu balik malaysia. Kerajaan PR pulak dok buat apa? hari2 menyalak dok kutuk Najib, bukannya nak ambik langkah bawak budak2 tu balik pon. PUIT!

Anak Sungai Derhaka said...

Yang komen kat atas tu lagi bebal aku rasa.. hang tak faham ka?

Najib kata tiada unsur politik..

Anonymous said...

abihtu apa masalahnya pulak dengan banner tu???

Anonymous said...

oit anon 5:46,

ape punye bangang da ko ni...dah nama kerajaan, tu la keja yg spatotnye...

urusan parti ngan urusan kerajaan pun xreti nak beza kan....bongok !!

konon la nak jadi hero bawak budak2 tu balik...aritu sape yg ckp xde keperluan...

UMNO mmg dah rosak, dah berkarat sebab lama sgt x tukar...

dah sampai masa dah...

Anonymous said...

kepada anon 8:03, ni la dia gejala ajaran mat BONtot, wali selipar dengan parti komunis, masuk pun tak bagi salam, alih2 nak kata orang bangang. ini pasal banner pun nak dijadikan isu. dah kerajaan bawak balik budak2 tu dengan selamat, bersyukur je la, sekurang2nya kerajaan dah berusaha dengan jayanya. tak nak ucap terima kasih pun takpe, tapi jangan la dok memekak sana sini dok maki najib sana sini. itu tak kena, ini tak kena. KITA yang dok depan pc ni buat apa nak tolong? goncang telo ada la

Anonymous said...

udah lar bangsat puak hampas

dah la tak bagi bantuan pada pelajar yg pro parti sendiri.. studen kat sana pulak nak sabotage operasi piramid..ni..
bawa balik mmg tanggungjawab kerajaan so kerajaan mana? BN. so lantak lar nak guna banner besar mana pun.. lain lar puak hampas yg muka tak malu.. anak tak balik terpekik terlolong..dah balik tak tahu terima kasih..ajaran Islam ala PAS kepala bapak kamu

Mohd Asri A. Majid said...

bersyukur atas inisiatif kerajaan(bukan UMNO yg jadi jaguh). itupun x bleh fikir ke?

cekli@abg chor said...

Berbicara biarlah ada maksudnya, jangan sampai kita lupa akan ADAB dan ADAT.

Anonymous said...

logo/nama tu utk identiti masing2. depa bwk banner, hang pun boleh bwk banner... buat la byk2 banner, nyatakan sokongan. kalau tak setuju, buat la banner tulis "Kenapa Korang Nak Pulang Dari Mesir? Perabih Beras", tulis nama hang kat banner tu besar2, baru org tau hang tak setuju bwk balik depa nih

garagaikareng said...

Kepada anon 8:29, tlg buka minda dan mata, yg depa bawa baner ada logo tu pasai apa, bukankah tu logo parti politik, awat! umno pi bantu guna duit umno ka? kapal terbang yg bawa balik depa tu umno punya ka? kalau tak dak lambang umno tu kapal terbang tak boleh terbang ka? yg hg masuk pun tak bagi salam apa kurangnya,lagi satu, hg mungkin goncang telo depan pc 24 jam tak buat apa-apa nak tlg, bagi kami kalau pun jasad tak boleh pi bantu, lidah kami basahi dengan doa, kerana itulah senjata mukmin.

Anonymous said...

sebab banyak rakyat Malaysia yang bangan lah tu yang menyebabkan UMNO/BN ni masih boleh memrentah...tapi aku pun rasa heran yang punya blog ni...kalau yang komen tu pro BN/UMNOngok dah tentu dia publish kan...semenjak dua menjak ni...anank sungai derhaka ni sape yang sebenor nya...aku tak heran kalau hang nak pi belah mana pun tapi..tapi kenalah dok rasional sikit..sebab saya kata macam tu..banyak saya komen satu pun tak keluar...kalau tak nak orang komen...jangan adakan ruangan komen...kalau yang ni tak keluaq jugak...aku rasa aku nak komen hang dekat blog lain jugak....baru orang tahu perangai hang

Anonymous said...

hang jangan lah ikut MSK...la ni orang pun taknak bukak blog dia lagi....kalau jumpa kat tempat ceramah...nak salam pun tak teringin...ada member aku kat MSK...jangan sombong sangat wahai blogers....

Anonymous said...

aepatutnya hang ni blogers...tunjukkan sifat yang rasional...jangan nak pi kutuk orang bangang...biaq pi la orang yang baca tu komen atau pun kata dia bangang...ini dak orang yang baca komen hang tak nak keluaq...tiba2 kata pulak orang yang komen tu bangang...rapla betul hang ni

Anonymous said...

hang dok kata orang bangang...sat lagi jumpa mana2 orang bangi tangan sekali baru hang tau...ingat orang susah sangat ke nak cari hang ni...hang lagi bangang

matyit said...

hoi pecacai umno,,memang pun tanggungjawab kerajaan bawa balik pelajar rakyatnya,,yang hampa dok kutuk orang yg tegoq tu pasai apa???NGOKK,,itupun Najib kalut suruh GLC,Air Asia,Petronas sponsor,,,duit kerajaan pi mana???
bila ada PRK,,Najib turun serupa Santa Claus ,tabuq duit,Tenang,Galas,Sibu dan baru ni kat Kg Baru KL,,kalau Pakatan ambil alih kerajaan pusat,tengok la pulak macam mana depa handle,,,Ini UmnoBN dah terkenal dengan rasuah keliling pinggang,ahli bawah dok bodoh jadi lembu,,,piraahhhh

alishaba said...

Anonymous -Salam, wa rasa lu sendiri yang bangang, sekurangnya orang lain taklah guna nama "ANONYMOUS" sukurangnya orang lain ada tanggungjawab untuk memuat komen.

Anak Sungai Derhaka said...

Banyak-banyak komen kat atas tu ada sukurang-kurangnya tiga komen dari seseorang individu yang kelihatan lebih emotional dari rasional seolah-olah ada dendam dengan aku..

Apa hal?

Aku ada hang punya IP adress.. jangan sampai aku tulis pasai hang pulak cukup.. kalau aku tulis bussiness hang nanti susah..

world business said...

Terima kasih pada Kerajaan yang berusaha keras nak bawa balik mereka ini ke Malaysia. Bukan masalah sponsor atau tidak kerana ini dinamakan demokrasi berkerjasama dalam menjayakan misi ini yang penting. Bukan duduk melalak tapi hampeh tak buat apa-apa pun. Orang susah puak bangang nie sibuk dengan politik complaint sana sini, bukan nak ucapkan terima kasih. Sentuh isu nak bawa balik pun tak disentuh, poorah cakap aje lebih buat tak tau.

Archive

Related Posts with Thumbnails