Apa yang kita harapkan dari seorang Melayu Islam yang kini menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat perjudian ini? Katanya Mahathir juga tidak bersetuju kononnya untuk menangkap beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops tetapi Mahathir telah menadatangani arahan penahanan..Semalam.. sambil menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan perdana menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987.
Sebaliknya, Hanif yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut.
"Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang.
Namun, Hanif berkata adalah tanggungjawab Mahathir sebagai menteri dalam negeri bagi menadatangani arahan penahanan selanjutnya selepas tahanan 60 hari yang diperuntukan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri berakhir.
Mahathir adalah menteri dalam negeri daripada 1986 hingga 1999.
Mengikut ISA, polis boleh menahan seseorang sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Penahanan boleh dilanjutkan sehingga tempoh dua tahun dan ada juga yang melebihi jangkamasa berkenaan tetapi perlu mendapat arahan daripada menteri dalam negeri.
Jika apa yang jelas dilarang ugama Islam dilakukannya secara terang-terangan, apakah boleh kita mempercayai cakap manusia yang jelas tidak takut akan hukum Allah itu??
Pembikinan sebuah negara polis
Pengarah Suara Anak Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong berkata, walau sehebat mana Tun Dr Mahathir Mohamad cuba membersihkan imejnya berhubung Ops Lalang 1987, ia hanya akan mendedahkan banyak lagi kebenaran ketika insiden itu berlaku.
"Setidak-tidaknya satu fakta menonjol. Dr Mahathir sekarang tampaknya malu kerana peranannya dalam Operasi Lalang dan beliau hanya membenarkan tindakan pengecutnya itu selepas dua dekad lamanya," kata Dr Kua dalam satu kenyataan media.
Kenyataan Dr Kua itu terbit susulan daripada kenyataan mantan Ketua Polis Negara , Tan Sri Hanif Omar yang berkata Dr Mahathir tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang.
"Pertama-tamanya, apa yang kita harapkan dari seorang bekas IGP yang bersara daripada jawatan tertinggi dalam jabatan polis dan menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang berkaitan dengan perjudian seperti Genting Higland.
"Ada dua isu di sini, etika pegawai atasan dalam kerajaan yang menyertai syarikat yang akan memberikan kesan kepada jabatan tempat beliau bertugas sebelum itu, dan yang kedua, sikap hipokrit melarang pekerja Islam bekerja di syarikat yang menyediakan arak namun membolehkan golongan elit Muslim masuk ke tempat perjudian," tulis Dr Kua.
Katanya, yang aneh, orang seperti Hanif Omar bermati-matian mendakwa beliau merupakan pemimpin pasukan polis ketika itu dan dengan penuh tanggungjawab menjalankan tugas dalam Operasi Lalang tanpa menerima sebarang arahan mahupun tekanan politik oleh Mahathir yang ketika itu adalah menteri dalam negeri.
" Tapi adakah (Mahathir) boleh lepas dari tanggungjawab walaupun bekas IGP dengan begitu hebat tampil ke hadapan dan mendapatkan kredit untuk itu?" soal Dr Kua terhadap tindakan Dr Mahathir yang terus-terusan cuba berselindung.
Malah Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah bertemu dengan pembangkang dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap.
Bahkan mantan perdana menteri itu juga mendakwa, beliau tidak boleh berbuat apa-apa selain patuh dengan tindakan pihak polis.
Malaysiakini

6 comments:
Kalau bukan mahathir yang arah sape lagi.. Berani ke polis nak tangkap orang2 politik tanpa rujuk Mahathir.. Dah tu tangkap orang2 pembangkang je pulak tu..
Hanif Omar... Aku tak boleh lupa bila engkau kata tak jumpa ayat melarang judi dalam Al-Quran.. Sampai sekarang pn masih belum jumpa ye..
Kesian pada polis-polis yang kerja kuat dan ikhlas untuk negara... polis-polis macam Musa Hassan, Rahim Noor dan Hanif Omar ni lah yang menjatuhkan maruah dan kredibiliti PDRM... Malaysia perlukan polis-polis pangkat tinggi seperti Dato Ramli Yusuf, malang sekali beliau telah dianiayai oleh pengkhianat negara seperti Musa Hassan dan Gani Patail. GE-13, rakyat akan bangkit. Yang hak akan mengatasi yang batil... Tungguuu!!!!!
ini pun mamak juga ye
Hanif ...neraka jahanam sedang menunggu anda. Bertaubat sebelum terlambat. Duit ringgit tak boleh bawa ke kubor. Insaflah
mahathir + hanif memang sial, manusia keturunan sial kau berdua mentedarah lah duit judi ngan duit haram tu sampai mampos.harap kan pm emmm ,hatap ig buikan lebih kurang sama je dua ekor ni celaka.
ha! ha! ha!
gelakkan pada mereka yg bodoh!
Post a Comment