Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, February 23, 2011

Najib lawat kilang kereta perisai Turki pula..

ANKARA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Turki melawat FNSS Savunma Sistemleri AS, sebuah kilang membuat kereta tempur perisai di sini hari ini.

Semasa lawatan itu, Najib diberi taklimat mengenai syarikat itu oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Besarnya, K Nail Kurt. Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beberapa Ahli Parlimen dan pegawai kanan kerajaan.

FNSS adalah rakan perindustrian Malaysia sejak 10 tahun lalu menerusi DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH).

Perdana Menteri turut menyaksikan demonstrasi keupayaan kereta perisai berkenaan.


Najib selepas itu menyaksikan upacara menandatangani perjanjian antara DEFTECH dengan FNSS Savunma Sistemleri AS untuk program bantuan teknikal, latihan dan pemindahan teknologi.

FNSS diwakili oleh Kurt sementara Deftech oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.

FNSS yang mempunyai tenaga kerja seramai 600 orang berpengalaman menyediakan keperluan penyelesaian sistem tempur darat bagi pelanggan domestik dan antarabangsa.

Lawatan itu yang bermula semalam adalah yang pertama oleh Najib ke Turki sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009.

Najib juga dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan rakanse jawatannya Recep Tayyip Erdogan, dan menyertai mesyuarat delegasi antara dua negara itu diketuai oleh Perdana Menteri masing-masing.

Najib juga dijadual menyaksikan upacara menandatangi MoU antara SME Corp Malaysia dengan KOSGEB (Pertubuhan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana) Turki.

MoU itu akan menggerakkan kerjasama antara agensi kedua-dua negara.

Malam ini, Najib menghadiri jamuan rasmi diberikan oleh Erdogan.


BERNAMA

2 comments:

AnakPolis said...

Elok la tu Najib oiii.. Ko tgk la dulu mana satu yg nak dibeli.. Bajet 2012 nanti boleh kluarkn bajet beli kereta tempur perisai tu plak.. Tak mahal 1 buah RM1 billion je..

Anonymous said...

Bila Malaysia dapat mengeluarkan kereta perisai atau peralatan tempur yang lain? Terfikir juga, jika rifle tempur belum boleh dibanggakan pengeluaran tulen oleh syarikat tempatan, inikan pula peralatan yang lebih besar dan canggih. Singapura lebih baik dan lebih mendahului kita dalam pertahanan. Mereka mempuntai rifles mereka sendiri iaitu SAR-21.

Archive

Related Posts with Thumbnails