Monday, February 7, 2011

Najib boros seperti Rosmah

“Perkara paling mustahak buat Najib adalah membelanjakan wang negara. Sama seperti Rosmah, wang negara dibelanjakan sesuka hati seperti wang sendiri,”

KUALA LUMPUR: Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbelanja sakan sebanyak RM6 bilion untuk membeli enam kapal peronda pesisir pantai merupakan langkah tidak bertanggungjawab di kala rakyat dihimpit dengan kesulitan hidup.

Ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, tindakan itu juga membuktikan Najib terpengaruh dengan gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati.


“Perkara paling mustahak buat Najib adalah membelanjakan wang negara. Sama seperti Rosmah, wang negara dibelanjakan sesuka hati seperti wang sendiri,” katanya kepada Keadilan Daily.

Kelmarin, kerajaan dilapor bersetuju meluluskan peruntukan RM6 bilion membina enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pada Disember tahun lalu, kementerian pertahanan mengumumkan projek pembinaan kapal berkenaan oleh Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS) melibatkan modal awal RM1.08 untuk tempoh dua tahun pertama.

Penambahan enam buah kapal peronda itu dikatakan bagi menambahkan aset TLDM selepas menyerahkan 17 kapalnya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dari tahun 2005 hingga 2006.

Mengulas lanjut, Azan berkata motif Najib membelanjakan wang sebanyak itu sewaktu tiada keperluan mendesak amat diragui.

Azan juga sangsi dengan tindakan TLDM menyerahkan kapalnya kepada APMM kerana ia mungkin hanya bertujuan membolehkan pembelian kenderaan TLDM baru menguntungkan orang tengah dengan bayaran komisen.

“Di kala rakyat terhimpit dengan kenaikan harga barang dan petrol, Najib tergamak berbelanja RM 6 bilion untuk beli kapal laut.

“Kita tidak tolak kemungkinan perbelanjaan tersebut hanya untuk menyalurkan komisen kepada syarikat perantara dikenali sebagai ‘Special Purpose Vehicle’, seperti dijelaskan di Parlimen.

“Komisen tersebut kemudiannya mungkin akan diberikan semula kepada jentera Barisan Nasional untuk digunakan sewaktu pilihan raya umum ,” kata Azan.

Menurutnya, Najib juga tidak serik atau pun segan silu sekali lagi memboroskan wang rakyat dengan urusniaga yang begitu meragukan walau pun sebelum ini pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi juga dikecam hebat.

Pembelian jet Sukhoi bernilai RM3.2 bilion sebelum ini menyaksikan IMT Defence Sdn Bhd, syarikat yang dikuasai bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Adib Adam, dibayar komisen sebanyak RM380 juta .

Pembelian kapal selam Scorpene pula menyaksikan RM500 juta komisen dibayar kepada Syarikat PeriMekar Sdn Bhd seperti diakui di Parlimen tidak lama dahulu.


Keadilandaily

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails