Thursday, February 17, 2011

My Balik Pulau : Kerajaan Negeri terlibat?

Nak komen pasal isu ni.. aku bacapun tak habis lagi 'My Balik Pulau' tu pasal baru saja dapat risalah tu..

Baru dapat semalam.. itupun aku pergi ambil di tingkat 52 Komtar tu.. pejabat TKM1 Pulau Pinang.. tak apa korang baca dulu berita di bawah ni..

Yang aku warnakan dengan warna merah tu.. rasanya ada yang tak betul..

'Kerajaan Negeri terlibat'

GEORGETOWN - Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia mendakwa mempunyai bukti bahawa Kerajaan Negeri terlibat dengan penerbitan risalah yang menimbulkan kontroversi sekarang ini, MyBalik Pulau.


Pengerusinya, Mohamed Ghani Abdul Jiman berkata, bukti itu disertakan dalam surat yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

“Kami mengambil keputusan menyerahkan surat ini kepada pemimpin terbabit bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan mengadakan siasatan yang adil selain mengambil tindakan sewajarnya berhubung risalah MyBalik Pulau.

“Surat ini turut disertakan bukti menunjukkan Kerajaan Negeri memang terlibat secara langsung dengan penerbitan risalah ini. Ia tidak pernah didedahkan oleh sesiapa sebelum ini,” katanya kepada media selepas bertemu Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob di pejabatnya semalam.

Dalam pertemuan itu, beliau menyerahkan tiga surat kepada Ayub untuk disampaikan kepada Najib, Muhyiddin dan Ismail.

Mohamed Ghani turut mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya mengadakan dialog dengannya bagi menafikan dakwaan itu kerana beliau bersedia mendedahkan bukti mengenai pembabitan Kerajaan Negeri di sebalik penerbitan risalah kontroversi itu.

“Saya memang alu-alukan kalau Guan Eng nak berdialog dengan saya, malah sesiapa sahaja yang nak berdialog mengenai kandungan risalah ini, saya bersedia kerana ada cukup bukti mengenainya. Saya tidak takut,” katanya.

Terdahulu, banyak pihak menggesa pengharaman risalah MyBalik Pulau yang didakwa mengandungi fakta sejarah yang salah selain ada unsur menghina orang Melayu asal Pulau Pinang.

Risalah MyBalik Pulau mengandungi 12 muka surat dan diterbitkan oleh Arts-ED, sebuah Persatuan Pendidikan Seni Pulau Pinang yang ditaja oleh Penang Education Council (PEC) dan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang serta dibantu oleh beberapa individu dan organisasi lain.

Bagaimanapun, Kementerian Pelancongan sudah menafikan sebarang penglibatan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Pulau Pinang termasuk daripada segi penajaan untuk menerbitkannya.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails