Tuesday, February 15, 2011

My Balik Pulau : ADUN Pulau Betong dan Utusan disaman akhirnya..

ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad merangkap Setiausaha Politik YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri akhirnya disaman juga dalam isu risalah ‘My Balik Pulau’.

Beliau adalah Setiausaha Politik kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcob menggantikan Hasbie Satar yang telah ditahan SPRM kerana dirumahnya ketika serbuan ada RM2 Juta tunai.. bila dituduh di Mahkamah beliau tidak mengaku bersalah..

Hasbie Satar telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari tahun lepas kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya.- berita penuh sila baca di (SINI)

My Balik Pulau : Saman Malu dikeluarkan terhadap ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad Dan Utusan Malaysia


Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh & Co. untuk keluarkan saman malu atas ADUN UMNO Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari 2010 bertajuk bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah “My Balik Pulau”. Dalam lapuran bertajuk “Lupa Sejarah, Hina Melayu”, kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau.

Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan lapuran susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu. UMNO, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah “My Balik Pulau” tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama.

Ia diluluskan oleh kerajaan negeri BN lama sebelum Mac 8, 2008 dan sebelum PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Maka Farid patut tahu kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri lama. Lagipun beberapa penyokong kuat UMNO beliau adalah penyumbang ke atas keluaran “My Balik Pulau” ini.

Sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta Farid tarik balik dan minta maaf atas sifat perkauman anti-bukan melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri PR Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat demikian. Sebaliknya Utusan Malaysia teruskan laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah "My Balik Pulau" yang sebenarnya dikeluarkan oleh UMNO dan kerajaan persekutuan.

Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan pada mesyuarat EXCO minggu lepas untuk saman malu ADUN UMNO ini kerana telah menggembar-gemburkan risalah "My Balik Pulau" dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat lapuran besar bertajuk "lupa sejarah, hina Melayu". Penasihat Undang-undang Negeri Dato Faiza telah menasihatkan agar saya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan saman malu untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam keghairahan buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan. Sungguhpun yang "bersalah" adalah BN/UMNO dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang dimangsakan sebagai kembiri hitam.

Kerajaan negeri PR Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya UMNO yang jahat seribu jahat ini. Politik rasis dan benci-membenci UMNO dan BN untuk menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau Jerejak habis kepada UDA.


LIM GUAN ENG

*Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 15 Februari 2011*

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails