Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, February 18, 2011

Minta PR Turun Harga Barang, Saranan Menteri Tak ada Akal

Pagi tadi.. Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini menjadikan isu kenaikan harga barangan sebagai bahan untuk kempen pilihan raya kecil (PRK) menurunkan harga barang di negeri jajahan mereka - sepenuhnya sila baca di SINI

Minta PR Turun Harga Barang, Saranan Menteri Tak Masuk Akal- FOMCA

KUALA LUMPUR 18 FEB: Saranan Datuk Seri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, mengesa kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barang di negeri yang ditadbir, disifatkan tidak masuk akal oleh Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah.

Sha'ani berkata jika benar kerajaan pusat ingin melepaskan tanggungjawab tersebut kepada Pakatan Rakyat, kerajaan pusat seharusnya menyerahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat.


"Kalau dia(Ismail Sabri) sarankan mahu Pakatan Rakyat tentukan harga barang, dia perlu serahkan kutipan hasil cukai kepada Pakatan Rakyat, kalau dia tidak mampu untuk laksanakan bagi sahaja kepada mereka yang boleh buat," katanya.

Mengulas isu kenaikan harga barang, Sha'ani menjelaskan ia adalah fenomena global yang tidak dapat dielakkan tetapi menerusi pengurangan kos sara hidup dalam perkhidmatan sosial mampu mengurangkan beban yang dipikul rakyat.

"Kerajaan sendiri tidak faham bagaimana mahu membantu pengguna dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kenyataan menteri-menteri sebenarnya memperdayakan pengguna.

"Kerajaan hanya boleh membantu dengan cara lain seperti mengurangkan kos sara hidup dengan menyalurkan bantuan kepada perkhidmatan-perkhidmatan sosial seperti pendidikan, perubatan, perumahan dan pengangkutan awam," jelasnya.

Tambahnya lagi, rakyat bukan sahaja dibebani kenaikan harga barang tetapi mereka juga tertekan kerana kegagalan kerajaan dalam memberi gambaran jelas mengapa ia berlaku.

"Sebenarnya selama ini kerajaan tidak memberi gambaran yang jelas bagaimana untuk membantu rakyat dalam menghadapai kenaikan harga barang," jelasnya.


TVS

4 comments:

Anonymous said...

patutlah anak jadi penyanyi macam pondan rupa bapak bodoh macam lembu.

Anonymous said...

stupid statement dari seorang menteri! buat malu kaum ajer..

The most top said...

When God is about to confer a great responsibility on man, he will first exercises his heart with suffering, his sinews and bones with toil.

He will exposes the man body to hunger, subjects him to extreme poverty. He confounds the man undertakings with setbacks and troubles, therefore to stimulate his heart (or mind) to have patience and toughen his nature in order to supply (or to provide him with benefits despite of) his in competencies.

Meaning no pain no gain.

It's a quote from Mencius (Meng Tzu), a Chinese ancient philosopher.

Best Regards

The most top
Directory of wonderful beauty celebrity pets beautiful popular scenery beach word hotel university city car women girl

Anonymous said...

PR bukan sahaja boleh turunkan harga barang bahkan cukai pun boleh diturunkan tanpa sebarang masalah dengan hanya dua cara:-
1. Keluar dari persekutuan Malaysia dan jadi sebuah negara merdeka. ATAU
2. Ambil alih PUTRAJAYA dari tangan puak-puak hamlau!

Archive

Related Posts with Thumbnails