Thursday, February 10, 2011

Malaysia perlu ramai penggodam beretika??.. siaplah blogger PR..

Menurut Dekan Institusi Informasi dan Teknologi Malaysia (MIIT) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Roslan Ismail, Malaysia perlu melahirkan lebih ramai penggodam beretika sebagai langkah keselamatan dan waspada daripada bahaya pencerobohan maklumat dalam dunia siber.

Hacker Beretika? Beretikalah kalau mereka berkerja untuk kebaikkan kerajaan iaitu UMNO/BN dalam menggodam seluruh Blog-blog milik penyokong PR..

Golongan Hacker yang boleh digunakan oleh UMNO bagi membantu mereka menyerang Blog-blog Pro-PR akan digelar White Hat Hacker oleh Kerajaan.. dan mereka adalah Black Hat Hacker bagi penyokong PR..


Definasi Hacker dari Wikipedia

Penggodam (hacker) dalam konteks keselamatan komputer merujuk kepada penggodam komputer yang terlibat dalam keselamatan komputer dan berupaya mengeksploit sistem atau masuk tanpa kebenaran melalui kemahiran, taktik dan pengetahuan terperinci.

Dalam penggunaan biasa, "penggodam" merujuk kepada penggodam topi hitam (penggodam berniat jahat atau jenayah). Terdapat juga penggodam beretika (biasanya digelar topi putih) dan penggodam yang samar-samar kedudukannya (topi kelabu).


Malaysia perlu ramai penggodam beretika
2011/02/10

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melahirkan lebih ramai penggodam beretika sebagai langkah keselamatan dan waspada daripada bahaya pencerobohan maklumat dalam dunia siber.

Dekan Institusi Informasi dan Teknologi Malaysia (MIIT) Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Dr Roslan Ismail, berkata sebagai pengguna komputer, mereka mesti mempelajari teknik pencerobohan bagi mengetahui langkah pencegahan dan perlindungan terbaik.

“Penggodam beretika yang mahir mampu menyelaras dan melakukan pemeriksaan menyeluruh kepada sistem rangkaian komputer, termasuk internet dan aplikasi komputer di samping mengenal pasti sekiranya terdapat kecelusan.

“Kepakaran penggodam beretika penting sebagai kawalan keselamatan sistem maklumat sesebuah institusi bagi memberi nasihat dan memperbetulkan kelemahan yang dikenal pasti,” katanya pada sidang media pelancaran program KLGreenHAT 2011, di sini, semalam.

Program dua hari itu dipenuhi pelbagai pengisian antaranya pertandingan GreenHat Challenge 2011, ceramah keselamatan siber, pertandingan CyberSafe Self Defence Challenge Cup 2011 serta pameran dan jualan.

Pengarah program Ahmad Amran Ahmad, berkata GreenHat Challenge adalah pertandingan sekuriti komputer untuk penggodam berhemah. Usaha itu bertujuan melahir dan mencungkil bakat baru dalam keselamatan siber.

CyberSafe Self Defence Challenge Cup pula katanya, menguji tahap kesedaran peserta terhadap keselamatan siber.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lef Kol Husin Jazri, berkata sebagai agensi dipertanggungjawabkan memantau keselamatan siber negara, pihaknya mengambil inisiatif mengadakan sambutan ‘Safer Internet Day’.

Beliau berkata, program bersama Kelab Keselamatan Komputer MIIT UniKL itu jelas bagi menyampaikan mesej kesedaran keselamatan siber dalam kalangan masyarakat.


Berita Harian Online

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails