Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, February 25, 2011

Malaysia akan jadi serupa Mesir jika PAS berkuasa - Ali Rooster

Kenyataan bodoh dari Ali Rooster.. Dia ingat pemimpin PAS tu jenis buat harta macam pemimpin UMNO kot?

Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau berkata ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat malah turut memburukkan keadaan.

Sebaliknya, kata beliau sistem pilihan raya yang telah diguna pakai negara sejak sekian lama lebih patut menjadi kayu pengukur kepada siapa yang berhak memerintah.


"Rakyat boleh menyatakan pendirian melalui peti undi... demokrasi, sebab itu PAS dapat perintah Kelantan, dapat Kedah, DAP dapat Penang dan PKR dapat selangor.

"Saya percaya rakyat takkan terpengaruh untuk ikut demonstrasi, nak buat demonstrasi untuk apa, kita ada pilihan raya, gunalah, bertandinglah, lawan lah cakap...tapi janganlah fitnah, lepas itu rakyat sendiri akan tentukan," katanya kepada pemberita, di Jasin hari ini.

Beliau turut berharap pengundi di DUN Merlimau, menolak calon PAS Yuhaizad Abdullah yang menurutnya tidak berupaya membawa sebarang kebaikan untuk kawasan itu.

"Beliau ini cuma digunakan oleh PAS untuk menguji pilihan raya umum ke-13, kerana kita juga yang akan selesaikan masalah rakyat jelata, kita mendahulukan rakyat apa-apa hal mengikut dasar 1Malaysia, berbeza dengan PAS yang mendulukan DAP," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan PAS bahawa calon BN, Roslan Ahmad dipilih atas faktor keluarga, Mohd Ali berkata perkara itu menunjukkan mereka tidak mempunyai modal untuk memburuk-burukkan BN kerana isu keluarga membabitkan semua parti termasuk PAS, PKR dan DAP.

"Walaupun beliau (Roslan) anak Datuk Ahmad tapi Datuk Ahmad dah meninggal 32 tahun dulu. Roslan kebetulan dipilih bukan dia sebab anak ahli parlimen dulu tapi kebetulan dia AJK kawasan dalam parti dicalonkan," katanya.

Mengulas dakwaan PAS bahawa kerajaan negeri BN lambat menghantar pulang pelajar ke Mesir, walhal semua kerajaan pembangkang sudah berbuat demikian, beliau berkata kerajaan negeri BN tidak mahu tergopoh-gapah dan membahayakan nyawa pelajar.

"PAS dia punya kerja lumba sapa cepat hantar pelajar balik Mesir dulu, dia nak hantar cepat dia hantarlah, kita tengok keselamatan... pasal apa di Mesir masih lagi bergolak...kita jangan politikkan pelajar, ini nyawa kan.

"Kita pergi lewat apa salahnya, ini nak hantar besok pun boleh tapi kita kerajaan BN mengutamakan keselamatan pelajar, kalau belum selamat kita tak hantar," katanya.


- Bernama

6 comments:

Anonymous said...

Baghal ke dia ni... Tak tahu ke rakyat di Mesir memberontak kerana apa?!! Bukankah kerana kerajaan Mesir yang korup sepertimana yang dilakukan oleh BN dan bukannya PAS? Bodoh kenyataan dia. Paling Bodoh.

ASD!!! hang tolong tumpang sekaki kutuk si baghal ni!!!

Mamat cun said...

isu yg bodo,apa kah masih byk lagi terdpt menteri2 mcm ni dlm umnogok,hanya rakyat yg kulit berkudis subsidi saja percaya,seakan menonjol ketumpulan pemikiran seorang Ketua menteri yg rendah EQ tu pun rakyat masih sokong....penyamun mcm inilah yg suka membodo2kan bangsa sendiri...Ali ketam ni raja rasuah pun rakyat melaka tunduk dan sokong...ubah sekarang....waa naik muak tgk muka si All i ketam

Anonymous said...

Ali ni kerja dia asal meter reader ajer...so..takat itu ajaler otak dia..tp..melayu melaka yg ada otak lebih bagus dari dia pun boleh sokong maut sama dia...itu yg pelik....boleh ker korang jgn jadik bodoh?

KuroShogun said...

Kalau berlaku huru-hara sekalipun, pihak yang bertanggungjawab adalah geng-geng BN yang sudah dijatuhkan. Sudah banyak contoh kita lihat dari dulu hingga sekarang. Ambil satu contoh kes bakar bendera semasa demonstrasi Batu Buruk 2008 dulu. Para demonstran berada di jalan raya untuk memprotes kerajaan BN dan agenda bakar bendera langsung tiada dalam rancangan mereka. Jadi siapa malaun yang pergi bakar bendera tu? Kenapa mereka berada jauh dari grup demonstran? Jadi kita harus maklum yang geng-geng BN akan berusaha by crook or by hook untuk kekal berkuasa dan cuba menggagalkan perjuangan PR.

cekli@abg chor said...

Mr Ali, siapa yang buat fitnah ni?
Kamu adalah mantan Pengarah KEMS Negeri Perlis kenapa terlalu singkat sangat pemikiran kamu?

Apa maksud kata-kata kamu itu? Bukankah itu merupakan 'SATU FITNAH'? 20 tahun Kelantan diprintah oleh PAS dan Kedah pula sudah tiga tahun tak ada pun rusuhan berlaku.

Najib Kata Yusuf Qardawi sebagai penjenayah yang engkor pulak kata kalau PAS memerintah Malaysia akan jadi macam Mesir....come on la Mr Ali!

Anonymous said...

dah merdeka, kerja tarak dapat juga. amerika juga banyak suka, boleh naikkan lagi harga minyak. itu hebatnya internet ciptaan barat, boleh guna pengaruh pengguna. disebabkan pengaruh media,rejim china blok terus media dari barat.kalau tak jadi macam di asia barat

Archive

Related Posts with Thumbnails