Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Wednesday, February 9, 2011

Kisah duka di sebalik kejayaan Ops Piramid



Di sebalik kejayaan Ops Piramid untuk membawa pulang pelajar Malaysia keluar dari Mesir, seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima berita sedih mengenai kehilangan isteri tercinta.

Pegawai Waran Kejuruteraan, Pegawai Waran 1 Alias Karman, 42, mendapat tahu bahawa isterinya Shukriah Abdullah meninggal dunia manakala seorang anaknya kini dalam keadaan koma setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Putrajaya, Isnin lalu.


Timbalan Ketua Misi Ops Piramid Kol Dzulkarnain Ahmad memberitahu wartawan di Jeddah, Alias, dari Skuadron 20 di pangkalan Subang, segera dihantar pulang ke tanah air dari Jeddah setelah mengetahui berita sedih itu.

"Kami serta merta menghantarnya pulang dan terima kasih kepada pegawai Pejabat Konsul Malaysia di Jeddah yang membantu kami menghantar Alias untuk menguruskan jenazah isterinya," katanya.

Sementara itu, 141 anggota Angkatan Tentera Malaysia yang menyertai Ops Piramid mendapat penghargaan awal daripada Kementerian Pertahanan apabila diberi peluang mengerjakan ibadat umrah di Mekah awal hari ini.

Mereka berlepas ke Mekah dengan tiga buah bas yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji.

Terdahulu, Presiden Kelab Putra 1 Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bertemu dengan anggota tentera dan menyampaikan sumbangan dalam bentuk kain ihram serta wang saku untuk kemudahan mereka menunaikan ibadat itu.

- Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Takziah kepada pegawai terbabit.

XY RADIO ONLINE said...

Takziah semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di tempat orang yang soleh. Amin.

Archive

Related Posts with Thumbnails