Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, February 18, 2011

Kerajaan Pulau Pinang Sedia 16 Bas Bagi Kurangkan Kesesakan Trafik

PULAU PINANG 18 FEB : Penyediaan 16 buah bas BEST adalah komitmen Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diharapkan dapat mengurangkan kesesakan trafik di Jambatan dan jalan pada waktu puncak dan ia dapat mengurangkan kos pengangkutan kerana tambang bas yang ditaja sepenuhnya untuk tempoh masa 6 bulan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena Lawatan Tapak dan Percubaan Operasi Perkhidmatan BEST hari ini.

Menurut Lim dalam kenyataan medianya berkata dalam bajet 2011 yang dibentangkan pada 2 November 2010 dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjanji untuk mencari inisiatif kreatif dan inovatif untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan beban kewangan warga Pulau Pinang, khususnya golongan bawah.


"Pengguna hanya perlu membayar kos letak kereta sebanyak RM1 sebuah kereta bagi sepanjang hari. Ini membolehkan setiap orang pekerja dan pengguna dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM250 sebulan. Sistem Park & Ride ini dengan 16 buah bas BEST dijangka boleh mengangkut hampir 1,000 pekerja / pengguna. Sesiapa yang bekerja di FIZ Bayan Lepas turut layak menikmati perkhidmatan BEST ini dan sekaligus dijangka dapat mengurangkan hampir 1,000 kenderaan," katanya.

Perkhidmatan BEST ini telah dibahagikan kepada 3 laluan iaitu Laluan A, Laluan B dan Laluan C. Laluan A telah menumpukan kepada kawasan FIZ 1,2 dan BLIP. Laluan B telah menumpukan kepada kawasan FIZ 3 manakala Laluan C menumpukan kepada kawasan FIZ 4 dan Technoplex.

Untuk menentukan masa tiba bas di kilang masing-masing, tiga percubaan perjalanan bas (Test Run) telah diadakan pada 30/11/2010, 01/12/2010 dan 02/12/2010. Dua percubaan perjalanan bas juga diadakan pada 14/02/2011 dan 16/02/2011.

Satu jadual masa BEST yang menunjukkan anggaran masa tiba di perhentian bas telah dihasilkan oleh Rapid Penang telah dihantar kepada FREPENCA pada 6 Februari 2011.

Tambah Lim lagi, merujuk kepada sebutharga yang dikemukakan oleh Rapid Penang pada 14 Februari 2011, harga bulanan untuk perkhidmatan satu bas shuttle BEST adalah berjumlah RM11,000.

"Sehubungan dengan itu, kos operasi untuk 16 buah bas shuttle Bridge Express Shuttle Transit (BEST) yang berjumlah RM176,000 sebulan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berharap agar Rapid Penang boleh menawarkan harga yang lebih rendah sebanyak RM150,000 sebagai tanggungjawab korporat social (CSR) mereka," katanya.


TVS

7 comments:

Anonymous said...

Bodoh betul... sediakan 16 buah bas lagi.... lagi lah sesak.... apa lah bodoh... bas tu kan besar. Trafik padat lah.... Naik basikal atau jalan kaki baru lah kurangkan trafik di PP. Kerajaan LGE pun bodoh sangat?????eeee

Anak Sungai Derhaka said...

Buat Anon 9:53

Ni kes menyerbu membabi buta lah ni..

Tak faham apa ceritapun nak komen.. kan dah nampak Bodoh.. Bodoh sangat..

Anonymous said...

ha ha ha...penat layan org bodoh ni bro. sabar ajer la..

cekli@abg chor said...

Buat Anon 9.53 lanjutan komen dari ASD

Menulis dan menyusun ayat itu mudah, menggunakan fikiran yang waras amat sukar bagi anda.

Fahami maksudnya dulu barulah enak nak buat komen.

5sal said...

Salam!Buat anon 9:53 memang hang ni bodo dah bodo banggang pulak tu baca bg habih dulu baru boleh hang komen.Kapala hotak biru ni jadinya.kalau orang lain tak leh tapi kalu puak hangpa semua tak pa. bodo mengalah kaldai.

Anonymous said...

Dia tak bodoh cuma banggang piang

cucu sedara penghulu darus sungai derhaka said...

Anon 12:32.Bukan banggang piang la...silap tu...tapi bodo piang.....

Archive

Related Posts with Thumbnails