Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, February 11, 2011

Kami Cina!! Kenapa kami diusir juga??

Kenapa kami diusir?? UMNO kata hanya Melayu dan India yang kena..
err betui ka?

Artikel ni disiarkan semula sebagai jawapan kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri P.Pinang, Datuk Musa Syeikh Fadzil yang mempertikaikan tindakan Kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikatakan pilih kasih didalam melaksanakan undang-undang terhadap peniaga-peniaga di seluruh P.Pinang.

Blogger Pro-UMNO dalam artikelnya yang bertajuk “FUYYOO!!! Mamu Penang mempertahankan peniaga-peniaga melayu Taman Pelangi....” telah menyiarkan satu video Kenyataan pemimpin UMNO Negeri mengenai Isu Taman Pelangi Juru P.Pinang.


Kononnya era pemerintahan Guan Eng akan berakhir kerana Mamak Penang ini telah bersuara.. ha..ha..ha..

Dalam video tersebut Datuk Musa Syeikh Fadzil mempertikaikan tindakan Kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikatakan pilih kasih didalam melaksanakan undang-undang terhadap peniaga-peniaga di seluruh P.Pinang.

Mengapa hanya peniaga melayu dan India sahaja dikenakan tindakan? Mengapa tidak diambil tindakan terhadap gerai-gerai haram kaum cina di P.Pinang? Inilah bukti kezaliman Regim DAP pimpinan Lim Guan Eng!!!

Aku tak nak tulis panjang-panjang.. bacalah...


Siapa Kata Hanya Penjaja Melayu di Usir di Pulau Pinang?


Selama ini kita sering melihat UMNO cuba untuk menjadi juara dalam mengutarakan sebarang isu berkaitan Melayu yang boleh memperlihatkan UMNO sebagai prihatin tentang nasib Melayu.

UMNO menyalahkan pihak Kerajaan PR Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dengan mengatakan hanya gerai peniaga Melayu yang dirobohkan tetapi gerai peniaga Cina dibiarkan..

Hanya UMNO yang berpendapat begitu.. sebenarnya undang-undang yang dikuatkuasakan oleh MPSP atau MPPP tidak mengenal warna kulit..

Penjaja yang menjalankan perniagaan di Pusat Penjaja Taman Seri Rambai di Jalan Binjai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang telah diberikan notis Pindah atau Keluar dari kawasan perniagaan mereka oleh MPSP kerana didakwa telah menjalankan Perniagaan tanpa lesen yang sah.

Notis yang memberikan tempoh dua hari untuk mengosongkan premis itu telah diserahkan oleh pihak MPSP pada 06 Ogos 2010 jam 5.35 Petang.

Peniaga-peniaga disitu mendakwa tiada sesiapapun dari Kerajaan Negeri yang datang membantu mereka dan mereka akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meminta bantuan.

Kesemua peniaga-peniaga yang terlibat adalah dari kaum Tiong Hua, mereka diarah berpindah dalam masa DUA HARI kerana berniaga tanpa lesen..






DAP dipersalahkan.. dalam isu ini..biasalah.. kerja MCA.

MCA telah dilihat cuba untuk menjuarai isu ini dengan mengapi-apikan lagi peniaga yang sedia panas, sama seperti UMNO yang cuba menjuarai isu gerai-gerai peniaga kecil Melayu yang berniaga tanpa lesen ataupun mendirikan gerai mereka diatas tanah kerajaan.


Tak pindah.. kami angkut..


Akur kepada undang-undang, mereka memindahkan..

Jadi… Siapa kata hanya Peniaga Melayu dan Gerai milik peniaga Melayu di robohkan oleh MPSP atau MPPP di Pulau Pinang?





Sumber gambar : tengok kat SINI

13 comments:

zethro said...

Isu utamanya bukan la peniaga Melayu ke, Cina ke tapi pihak berkuasa yg bertindak ke atas mereka tidak mengikut apa yg dikata sebelum ni. Notis diberikan kpd para peniaga utk berpindah dlm masa 30 hari tp baru je seminggu notis dikeluarkan, tindakan merobohkan gerai2 peniaga2 kecil ni dah dilaksanakan. Nampak la kerajaan negeri Pulau Pinang ni tak prihatin kpd rakyat sendiri yg mana kononnya mempunyai dasar "Negara Berkebajikan" tp apa yg dibuat tak serupa apa yg dikatakan(cakap tak serupa bikin).

Anak Sungai Derhaka said...

Eh?? sudah tukar ka?

Siapa yang mula meminkan isu ni dengan mengatakan hanya gerai peniaga Melayu dan India yang dikenakan tindakan?

Semalam riuh rendah puak-puak UMNO kata hanya gerai Melayu dan India yang dikenakan tindakan.. hari ni bila dah ada artikel pasal Cina juga dikenakan tindakan.. Isu lain pulak dah..

cekli@abg chor said...

ASD,

Dah dasarnya begitu, nak kata apa lagi.

Anonymous said...

kalau nak menumpang buat cara nenumpang..mana dia umno dalam isu ni ?kenapa tak pi bela mereka yg kebanyakan nya org indo (tak sebut dalam blog umnongok)

Anonymous said...

Masa tengok TV semalam aku ingatkan Siluman Kera Putih manalah baru turun dari kapal angkasa dari Planet of the Apes dok bising pasal Melayu, Melayu, Melayu. Bila lihat betul-betul rupanya perembat duit warga emas, dia lupa pakai songkok.

mamu tanjung said...

nak niaga tu ambik lesen la kawan !!!......
nak niaga free saja ke?......
krajaan negeri nak mai duit kok mana....
bila ingat negeri pembangkang...boleh suka suka niaga tanpa lesen ke???
tak kira sapa laa.....lesen kena ada maa......

salute sama lu LGE.....
grombolan sudah manyak kali ooooo 'main' ini isu.....
tapi lu 'cool' saja.......
tu yg depa dok bara tu.......

kah kah kah

pendatangkerala said...

betoi la tu, ameno kalu, sapa pun bole dok meniaga. lesen ada ka tara ka, semoa buleeh. janji itu pilihanraya punya time ameno juga mau kasi pangkah la mamaa. ayyoo mamaa, itu aseania apa suda jadi? dap suda kasi jual ka??

Anonymous said...

KALAU KAU BETUL2 PENJILAT DAP, AKU CABAR KAU BAGI SENARAI PENUH BERAPA PENIAGA MELAYU KENA USIR DAN BERAPA CINA KENA...

KAU TAK TAU PUN, HARAP BACA KAT PAPER JA KOT....KAU ORANG PENANG KA????

ITULAH SANDIWARA CINA...ENTAH2 YANG KENA TU CINA MCA ATAU GERAKAN

KAU MELAYU LEBIH DARI CINA PULA,,JILAT CINA NAK BUNUH MELAYU, CELAKA PUNYA MANUSIA

Anonymous said...

yang kena tu..Cina yang sokong BN

Anak Sungai Derhaka said...

Buat Anon 9:29..

Siluman Putih tu akan di hentam bia disahkan sebagai Calon untuk DUN N10 (Seberang Jaya) dengan kerjasama pihak UMNO yang meluat kat dia.. ha..ha..

Buat Pendatang Karala..

Isu pasal aseania yang mibatkan Siluman Putih itu, aku simapan dulu..

Dan buat Anon 11:11 tu..

Awat hang narah sangat? Dah tak ada modal nak bawa ka?

Aku anak Permatang Pauh.. dekat dengan Taman Pelangi tu..

Kalau hang mau fakta.. esok petang aku publish. aku akan publish Statistik pasal jumlah gerai yang diroboh di Taman Pelangi dulu..

Petang selepas kawan aku buat press statement di Taman Pelangi..

Yang celaka tu hang!! pasai bersetuju dengan fitnah.

Anonymous said...

Anon 11:11

Buruk la bahasa lu..seburuk muka lu kot..haha...

Anonymous said...

mana fakta nama2 peniaga haram ke roboh?

ASD aku tahu hang anak kg pertama,permatang pauh..tapi malang berapa kerat penduduk kampong Pertama (sungai derhaka)yang kenal hang...memang taman pelangi kawasan perai selatan tapi aku rasa jangan hang dok kentong la...hang pi kerja jalan lain sebab hang dok kt perda

Anak Sungai Derhaka said...

Ni buat Anon 12:24..

Aku rasa dalam Kampung Pertama tu lebih ramai yang kenai aku dari hang..

Kelentong pasai Taman Pelangi?? kah..kah..kah.. hang korek banyak sikit pasai aku..

Aku tak tulis kalau tak dibekalkan fakta..

Archive

Related Posts with Thumbnails