Saturday, February 5, 2011
Kalau tidak berubah, rakyat akan mengubah.
Hosni Mubarak buat kali pertamanya bercakap kepada media dan semalam beliau telah bercakap kepada ABC TV. Dalam temu ramah dengan ABC Hosni berkata yang beliau sudah bosan memegang tampuk kuasa sejak 30 tahun yang lalu dan ingin bersara dari jawatan yang disandangnya sekarang apabila pilihanraya pada hujung tahun ini tiba. Beliau juga tidak berminat untuk meletakkan anak beliau Gamal Mubarak untuk menggantikan beliau seperti mana yang diwar-warkan oleh setengah pihak.
Hosni juga memberi amaran kepada parti Hisbul Muslimin Mesir akan mengalami ‘vacuum’ kepimpinan yang besar jika beliau meletakkan jawatan sekarang dan meminta pihak-pihak yang menentangnya untuk bersabar dan menunggu pilihanraya yang tidak lama lagi akan diadakan. Hosni Mubarak memberi tahu Barak Obama yang Amerika tidak faham situasi di Mesir dan pemikiran rakyatnya dan adalah tidak wajar jika Obama menekannya untuk meletakkan jawatan sekarang.
Kita tidak ada kena mengena dengan Mesir tetapi nilai dan keperibadian kepimpinan itu memang ada kaitannya kerana nilai kepimpinan itu adalah satu nilai yang universal; yang baik diterima dan yang tidak baik itu dihindarkan. Kalau kita kaji dengan terperinci dengan apa yang disebut oleh Hosni itu, alasan yang diberikan itu adalah alasan yang agak biasa didengar kepada mana-mana pemimpin yang sedang dideak untuk mengundurkan diri.
Kalau disini pihak yang memeritah akan menggunakan alasan ‘continuity’ atau kesinambungan pentadbiran itu penting untuk menjana pembangtunan negara dan rakyat. Tetapi jika dibandingkankan dengan apa yang disebut oleh Hosni itu memang tidak ada bezanya dengan alasan pimpinan kita apabila berhadapan dengan rakyat semasa pilihanraya. Matlamatnya sama; iaitu untuk terus berkuasa.
Tetapi lebihnya Hosni kalau dibandingkan dengan pimpinan kita beliau berikrar yang beliau tidak akan lagi mempertahankan jawatannya semasa pilihanraya pada penghujung tahun ini. Disini pula yang ada sikap itu ialah Datuk Husein Onn yang telah dari awal mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNOnya pada pemilihan berikutnya, iaitu pada tahun 1981.
Datuk Husein, sebagai seorang yang datangnya dari keluarga ‘aristocrat. yang ‘magnanimous’ telah mula merasakan yang beliau tidak mendapat sokongan yang bulat hasil dari kekecohan parti disebabkan isu Dato’ Harun Idris. Dato Harun telah menjadi korban dan telah dikambing hitamkan oleh setengah pihak kerana takut dengan pengaruh Ketua Pemuda UMNO itu dalam politik tanahair. Hasil dari rasa tidak puas hati setengah pihak terutamanya dikalangan Pemuda, maka Datuk Husein telah ditentang jawatannya sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan 1978 dahulu.
Syed Jaafar Albar yang ketika itu berusia 62 tahun telah memenangi kerusi Ketua Pergerakkan Pemuda dan kemenagan Jaafar Albar itu merupakan manifestasi jelas tentang pengaruh pemuda yang begitu kuat dan kemenangan Albar itu merupakan isyarat jelas untuk Husein membuat keputusan tentang kepimpinannya.
Tindakkan Sulaiman Palestin menawarkan diri untuk menyaingi Datuk Husein itu adalah hasil dari permainan politik seseorang yang inginkan Husein cepat-cepat bersara. Husein tidak mahukan UMNO itu berpecah kerana beliau, maka beliau mengumumkan dari awal lagi yang beliau tidak lagi berhasrat untuk mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan pada 1981.
Jika Husein masih mahukan jawatan itu memang mudah bagi beliau kerana beliau telah memenangi pertandingan itu dengan majoriti yang besar kerana Hj Sulaiman hanya mendapat sebanyak 125 undi sahaja. Tetapi Husein sanggup berkorban untuk menjaga keutuhan parti dan kiat mesti juga ingat pengorbanan Husein itu adalah disebabkan ada orang yang mahu mengambil kesempatan diair yang keruh itu untuk mengorbankan beliau.
Begitulah sikap seorang pemimpin jika ianya datang dari keluarga ‘aristocrat’ yang ‘magnanimous’ dan beliau tidak bertindak untuk mempertahankan kuasa dengan melakukan berbagai-bagai helah seperti mematikan partinya dan sebagainya untuk terus berkuasa. Tetapi pemimpin yang bercirikan ‘gentleman’ itu sudah tiada lagi dan jiak ada pun pemimpin seperti ini tidak digemari oleh UMNO. Pemimpin yang berkualiti ini selalunya akan diketepikan secara sistematik untuk memberikan tempat kepada pimpinan yang agak ‘gullible’ dan ‘ungentleman’.
Apa yang berlaku di Mesir sekarang ialah kekosongan kepimpinan seperti apa yang disebut oleh Mubarak itu. Tetapi kekosongan itu adalah hasil dari kerakusan beliau sendiri yang tidak menunjukkan niat untuk berhenti. Tiga dekad pemerintahannya telah melenyapkan semua benih-benih kepemimpinan dinegara itu sehinggakan tidak ada sesiapa lagi yang layak untuk menjadi pemimpin yang ‘viable’ untuk mentadbir Mesir.
Jika kita kaji dimana-mana negara yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang duduk ditampuk kuasa dengan begitu lama sesiapa sahaja yang mewarisi kepimpnannya akan menghadapi masalah yang besar. Presiden Tito dari Yugoslavia telah memerintah negara itu selama 3 dekad dan apabila beliau meninggal dunia negara itu telah berpecah kepada lima wilayah dan telah berlaku peperangan pembersihan ethnik yang begitu menyanyat hati bagi orang yang mimpikan kedamainan.
Hallie Salasie dari Ethiopia telah memerintah negara itu selama lebih dari 3 dekad dan akhirnya negara itu jadi muflis dan kucar kacir. Hanya yang didapati dari peninggalannya ialah hartanya yang melebihi 30 billion dollar.
Romania telah bertindak membunuh ketua negaranya dikhalayak ramai setelah memerintah hampir 30 tahun, dan Indonesia telah menggulingkan Suharto setelah menjadi pemimpin kuku besi selama 3 dekad dan kesemua negara-negara yang mana pemimpinnya bergayut kepada kuasa terlalu lama sememangnya akan meninggalkan kekosongan kepimpinan yang akan memudharatkan negara.
Kita juga hampir menjadi begitu tetapi kita lebih demokratik sedikit dari negara-negara yang disebutkan tadi. Tetapi kesan dari tindakkan Mahathir mengekalkan kuasa sebegitu lama memang banyak meninggalkan ‘vacuum’ kepimpinan dan ianya begitu nyata. Selepas kepimpinan beliau negara tidak lagi berada didalam keadaan yang begitu diyakini oleh rakyat. Ini adalah disebabkan semua mereka yang sepatutnya mengambil alih tempat beliau yang berkepimpinan telah tidak berada didalam kepimpinan parti lagi. Semasa Mahathir meninggalkan Putrajaya, yang tinggal hanyalah Pak Lah dan Najib. Maka bergunalah akar-akar ini kerana tiada rotan yang tinggal lagi.
Yang tinggal bersamanya hanyalah barisan apa yang dipanggil sebagai ‘blind sycophants’ yang hanya mengangguk macam burung balam dan Mahathir memunafaatkan sokongan yang diberikan oleh pemimpin pelapis yang tidak bertulang belakang ini untuk menyambung kuasa yang dinikmatinya tanpa banyak halangan. Tidak ada seorang pun pemimpin yang berkemampuan bersamanya untuk meneruskan kepimpinan ‘viable’ bagi negara ini lagi. Siapa sahaja yang ada didalam hiraki parti itulah yang menerima warisan kepimpinan dan inilah yang kita dapati sekarang ini.
Ramai diantara pemimpin kita hari ini ibarat garam. Garam itu penting untuk mengenakkan masakan, tetapi tidak boleh dibubuh terlalu banyak pula; nanti tidak termakan pula masakan itu. Garam hanya perlu setakat sesedap rasa sahaja, tidak boleh lebih.
Sesungguhnya diMesir, Tunisia dan di Yaman keadaan yang berlaku lebih kurang sama dengan apa yang berlaku disini. Tetapi rakyat disini lebih baik dari di negara-negara yang disebutkan tadi. Mereka lebih suka untuk menolak pimpinan negara melalui undi yang ada kepada setiap seorang satu undi itu. DAN eloklah begitu. Kita tidak akan membudayakan cara yang dilakukan oleh rakyat di Mesir, Yaman dan Tunisia itu.
Kita orang Melayu masih lagi ada sedikit adab dan adat. Hanya kita berharap agar kebaikan orang kita Melayu ini tidak dianggap sebagai kelemahan atau kebodohan. Rakyat tidak bodoh. Hanya mereka mempunyai kesabaran yang lebih. Mereka sedang memerhatikan segala-galanya dengan penuh fokus.
Mereka sekarang sudah tahu yang berkuasa sebenarnya adalah mereka. Mereka tidak rela lagi diperintah untuk membajak sawah seperti kerbau, siang dan malam sedangkan ‘tikus-tikus’ gemuk memakan hasilnya di kepuk padi.
Apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir, yaman dan Tunisia itu ialah untuk menghapuskan tikus-tikus yang berkeliaran di merata-rata negara tersebut yang telah membaham segala hasil pembajakkan mereka selama ini. Sekarang mereka mahukan hasil penat jerih membajak itu kembali kepada mereka.
Kita yakin apabila tikus-tikus itu sudah tidak ada lagi hasil padi mereka akan dapat mereka menufaatkan untuk kesejahteraan keluarga setiap rakyat negara itu.
Posted by Aspan Alias
Archive
-
▼
2011
(2602)
-
▼
February
(214)
- Drama bersiri terbaru terbitan Barisan Nasional
- Bravo Pulau Pinang!!!
- Namakan siapa Mamak-mamak itu - Malik Kassim
- BERNAMA tidak akan melaporkan berita ini..
- Tuduhan Liwat : Rakaman CCTV tak selari
- Rosmah naik helikopter bantu Najib menang Kerdau
- Tiada Lagi PRK Selepas 28 April Tapi...
- Malaysia juga ada Leila Trabelsi, Suzanne
- Sirih pulang ke ganggang..
- UMNO punca anak Khir Johari pilih DAP
- Tu Dia!! 1800 Ahli PAS keluar parti..
- 250 anggota PKR Lembah Pantai keluar parti
- Saya tak kata Ikhwanul Muslimin Mesir kumpulan pen...
- Hindraf sengaja cari publisiti burukkan Malaysia
- Kenyataan Media TG Nik Aziz Berkaitan Isu Najib Bi...
- Wanita PKR masuk UMNO
- Proses undi PKR cabang sedingin salju..
- Video : Penamaan calon bagi PRK Merlimau dan Kerda...
- Gambar : Sekitar Penamaan Calon PRK Kerdau
- Gambar : Sekitar Penamaan Calon PRK Merlimau..
- Qardawi penjenayah?.. Bertaubatlah Najib...
- Ali Rustam sarankan agar PAS tarik diri..
- Najib dakwa Ikhwanul Muslimin pengganas
- Satu lawan satu BN-PAS di Merlimau, Kerdau
- Malaysia akan jadi serupa Mesir jika PAS berkuasa ...
- Video : Pengistiharan Calon PAS bagi PRK DUN Kerda...
- Video : Pengistiharan Calon PAS bagi PRK DUN Merli...
- PRK Kerdau : Depa buat dah...
- Gambar : Semalam di Kerdau..
- Tuduhan Liwat : Pakar kimia akui ‘cantikkan’ resum...
- Revolusi Libya : Tentera Gaddafi bedil Masjid
- Revolusi Libya : Gaddafi izin tentera tembak sesuk...
- Yuhaizad di Merlimau, Hassanuddin di Kerdau
- Utusan diberi percumapun tak diterima di Sekolah C...
- Pakatan tiada isu di Kerdau?
- Revolusi Libya : Peluang baik buat kerajaan..
- Kekerasan tidak wajar digunakan terhadap Rakyat -...
- Kes bunuh Sosilawati dipindah ke Mahkamah Tinggi
- Lebih 1,000 dibunuh di Libya
- Pandaipun... dan Tahniah BN!
- Gambar : Rumah (Istana) milik Taib Mahmud dan Kron...
- Najib lawat kilang kereta perisai Turki pula..
- Anak Bekas SU Agung UMNO kini SU Politik Guan Eng
- Tuduhan Liwat : Dokumen saksi keenam tidak diberi ...
- Kempen Anti Taib diurus oleh Anak Sarawak (Clare R...
- 500 Ahli PKR Pahang akan keluar parti?
- Gaddafi berdegil (Video Inside)
- Eh!! Depa tiru kita la....
- Negara akan sengsara tanpa Tol - Mahathir
- Mengapa Malaysia perlu diselamatkan dari UMNO?
- PERCAYAKAH Anda?
- PERKASA mempertahankan UMNO di Merlimau
- Taib Mahmud success story (Kronisma)
- 2Malaysia sudah datang..
- Umno didakwa terlibat dengan Selangor Terkini.
- Sampel diambil dari tubuh Saiful sebelum laporan p...
- Harga petrol mungkin naik.
- Gambar : 15 Orang saja mendengar ceramah Anwar di ...
- Air mani Saiful dikesan di dubur sendiri?
- Gobala!! Satu Pergi.. 200 Mari...
- Berapa puluh orang yang meliwat Saiful ni?
- Gambar : Puluhan Ribu Hadir mendengar Ceramah Ummi...
- Panas!! Ceramah Anwar tiada sambutan..
- Kes Bunuh Sosilawati : Sarawanan, Suresh dipenjara...
- 49 Syarikat Taib Mahmud akan didedah
- Pegawai MPPP tipu 30 peniaga
- RM2.45 Bilion Kontrak dianugerah kepada Kroni UMNO...
- Gambar : Sekitar Himpunan 30,000 Pemuda PAS
- Timbalan Menteri ni nak kena pecat ke?
- Siapa Akan Lari, kalau bukan Najib sendiri??
- Semangat Rakyat Dorongan Untuk Meneruskan Perjuang...
- PANAS!! Beberapa Pemimpin UMNO turut mendengar uca...
- Zambry buat boleh.. Guan Eng buat tak boleh?
- PAS tak akan ketepikan nasib orang Melayu
- Sepatutnya dilaksana pada zaman Tun Mahathir
- Dimana Pemimpinku? Masih Lena atau Sudah Buta??
- Minta PR Turun Harga Barang, Saranan Menteri Tak a...
- Najib! perbodoh Ahli UMNO sudahlah..
- Kerajaan Pulau Pinang Sedia 16 Bas Bagi Kurangkan ...
- Tuduhan Liwat : 10 DNA lelaki ditemui.. Ini sudah ...
- Penyelamat Mahathir sudah tiba..
- Cabaran Bodoh buat Pakatan Rakyat dari Ismail Sabr...
- My Balik Pulau : Penjelasan Arts-ED (Penerbit Risa...
- Mahathir terlupa dirinya Menteri KDN ketika Ops La...
- Bukan RM1000 tapi RM 2000 Bantu Pelajar Mesir Pula...
- Jejantas KLCC bertaraf dunia, sebab itulah ianya m...
- Semoga Mahathir dapat hidayah
- Oooo.. Polis rupanya yang mahukan ISA.. bukan Maha...
- Tuduhan Liwat : Bulu dan Seluar Dalam Saiful menja...
- Tuduhan Liwat : Laluan sukar buat Anwar..
- Kau ni gundik Anwar ke Nik Aziz?
- Pili bomba jadi penyangkut coli?.. Loklarq sungguh...
- My Balik Pulau : Kerajaan Negeri terlibat?
- Anak sapa lah ni??
- 1Malaysia 1Ummah, Hang tak Malukah Rosmah?
- Tuduhan Liwat : Kes ditangguh, bekalan elektrik te...
- Pembantu Menteri Sabah ditangkap khalwat
- RM100 untuk Guru KAFA, RM1000 untuk pelajar Mesir ...
- Video Ucapan DS Anwar Ibrahim di Melaka
- Tuduhan Liwat : Saiful 'melawan' ketika diliwat
- Kesiannn.. dah tak ada isu nampaknya..
- Solidariti untuk Din Binjai @ Sharpshooter
- 4000 Tiada IC atau 4000 pengundi hantu?
- My Balik Pulau : ADUN Pulau Betong dan Utusan disa...
- Tak lama lagi kita dengar 'Guru Agama Guan Eng' la...
- Eh?? Pagi tadi ada.. Tengahhari dah hilang berita ...
- Ummi Hafilda bersumpah lagi.. disaksikan Raja Sump...
- Anak lelaki Mubarak hampir bertumbuk
- Roboh Gerai : Antara Auta dan Fakta
- Kejatuhan Mubarak Campur Tangan Allah
- Selamat jalan PKR!!
- Guan Eng di fitnah lagi.....
- BALIK Pulau Bayan Lepas, di sana terpelau di sini ...
- Semalam Mesir.. Hari ini Algeria..
- PRK Merlimau : Projek 'Mee Segera' telah bermula.....
- Tuduhan Liwat II bersambung..
- Taib dijangka bubar DUN Sarawak hujung minggu
- Revolusi Mesir : Tentera bubar Parlimen, gantung p...
- Rasuah bukan masalah di negara ini - Isa Samad
- Terima Kasih Barisan Nasional???
- Roboh Gerai : Utusan Bohong lagi..
- Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhak...
- Tiada kerajaan zalim kekal berkuasa – Wan Azizah
- PERKASA/UMNO, jangan perbodohkan Rakyat!
- ADUN Kerdau pula meninggal dunia.. Satu lari PRK!!...
- Malaysia dan Mesir ada persamaan
- Malaysia tak sama dengan Mesir.. kata Najib
- PANAS!! Hosni Tumbang, Anwar Ibrahim nak lari kelu...
- Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada Rakyat
- Mubarak lari dari Mesir
- Kami Cina!! Kenapa kami diusir juga??
- EKSLUSIF!! Video Ucapan Umi dihadapan lebih 10,000...
- Operasi Lalang : Apa yang kita harapkan dari Ahli ...
- Revolusi Mesir : Ribuan pekerja kilang turut mogok...
- Hosni Mubarak enggan berundur..
- Anwar nak jadi Presiden Malaysia???
- Kebangkitan Rakyat Mesir membingungkan ahli UMNO y...
- Roboh Gerai : Penjelasan dari Yang Di Pertua MPSP ...
- Video yang tak mungkin disiarkan RTM dan TV3.
- Guan Eng di Fitnah lagi!! Tuan Haji Guan Eng pulak...
- Habislah Anwar.. Umi dan Rahimi dah istihar perang...
- Wang Haram : Pembantu Nor Mohamed Yokcop didakwa h...
- Satu lagi projek beli jiwa oleh Kerajaan Barisan N...
- Malaysia perlu ramai penggodam beretika??.. siapla...
- Perarakan Maulidur Rasul Pulau Pinang di sabotaj l...
- Roboh Gerai Melayu di Taman Pelangi?? Nak provoke ...
- Tabung Memali : Jawapan kepada Mohd.. Hang baca!
- Operasi Lalang : Mahathir Bohong kata Mat Sabu
- Kisah duka di sebalik kejayaan Ops Piramid
- PRK Merlimau : PAS putus calon Merlimau Ahad ini
- Ibrahim Ali kata John Malott ‘sakit’
- 30 anggota Pas sertai UMNO di Pasir Puteh. err.. b...
- Daftar pengundi baru naik mendadak.
- Polis tampar Wanita dikenalpasti dalam 30 saat.
- UMNO! Harta Awam bukan harta mak bapak hangpa..
- My Balik Pulau.. Memang Risalah Kerajaan Negeri, t...
- Ibu campak Anak..
- Pelajar Mesir : Jangan hanya gimik politik
- Cukai kereta tinggi.. minyak pula mahal..
- Ops Piramid : Tiada Unsur Politik.. tapi ada Banne...
- Aku Tak Takut!! - Amizuddin
- Najib Munafik kata John Mallot
- Jejantas kita pun paling mahal dalam dunia?
- PRK Merlimau : Rosmah bakal Calon BN?
- Alkisah musuh nama www, FB, @
- Gary Moore dead at 58
- PAS bertanding di DUN Merlimau
- Kapal Peronda Termahal di Dunia, Najib sila jawab....
- Ketua UMNO Bahagian Pandan pengsan bila tuduhan ra...
- Bernama bohong lagi..
- Kapal Ronda kita paling mahal dalam dunia.. mengap...
- Najib boros seperti Rosmah
- Ahli UMNO rupanya yang ditangkap itu..
- Siapa dalang seludup PATI ke Sabah?
- Islam Dan Kristian Bersatu Desak Mubarak Turun
- Dicekup suami ketika berkhalwat..
- Najib kata Kerajaan mampu bawa pulang pelajar... t...
- Hebahan : Ceramah Perdana oleh DS Anwar Ibrahim
- Gobala! Jangan jadi Barua Politik!
- Rais Yatim dikecam AMK Pulau Pinang
- Harta Mubarak RM70 Billion, Harta Mahathir berapa?...
- Belajar dari kesan ulama Mesir yang ditutup mulutn...
- UMNO Pulau Pinang meludah ke langit
- Takkan Melayu hilang di dunia
- Apco Worldwide punca polis bertindak ganas?
- Hosni Mubarak hamba US dan Israel
- Kalau tidak berubah, rakyat akan mengubah.
- 13 Tahun Aku Dianiaya oleh Sistem Politik Malaysia...
- Revolusi Mesir : Protes Terbesar! 'Departure Day' ...
- Lambat Pindahkan Pelajar, Blogger dipersalahkan..
- Kusangka Guan Eng, rupanya Najib..
- Mengapa Amizuddin bukan Ahirudin?
- Video : 20,000 Sertai tunjuk perasaan di Yaman
- Bas Ekspress kemalangan lagi..
- Dinikahkan pasal tak mampu bayar hutang Carpet.
- Revolusi Mesir : Kami tidur temankan pisau, kata p...
- Luahan rasa Pelajar Malaysia di Mesir
- Keganasan telah Tercetus di Mesir
- Polis preman didakwa tampar, rompak wanita hamil
- PANAS!! Duta di Mesir tidak jenguk langsung pelaja...
- Mesir, Mubarak, Merdeka!!!
- Pelajar Malaysia di Mesir akan dibawa keluar - Naj...
- Adakah Malaysia terlalu Sengkek untuk bawa pulang ...
- Raja Jordan pecat seluruh Kabinet Kerajaannya.
- Revolusi Mesir : Lebih 2 Juta berkumpul didataran ...
- Revolusi Mesir : Saat sekutu Israel dijatuhkan All...
- Mesej dari Tunisia, Mesir buat pemimpin korup
- Revolusi Mesir : Peserta Demo disembur air ketika ...
- Sekarang apa macam? Bantuan atau Bala dari Allah?
- Revolusi Mesir : First Lady of Egypt lari dengan 9...
- Revolusi Mesir : Mubarak ditinggal keseorangan
- Rosmah Pelingkup Petronas?
- Adakah benar Peneroka Felda itu Bodoh?
- Egypt Revolution : Desperate Mubarak's Army vs Peo...
-
▼
February
(214)

