Thursday, February 17, 2011

Jejantas KLCC bertaraf dunia, sebab itulah ianya mahal.

Oh!! Patutlah mahal.. bertaraf dunia rupanya.. dan setanding dengan jejantas di Singapura dan Hong Kong,tapi... bahan binaan dan tenaga kerja itu adakah datangnya dari Hong Kong dan juga Singapura?

Pada 8 Februari lalu, Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.

Dibawah ini jawapan dari Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.


Jejantas KLCC-Hotel Impiana bertaraf dunia

KUALA LUMPUR: Jejantas pejalan kaki yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana KLCC merupakan sebuah jejantas yang memiliki standard antarabangsa, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

Beliau memberitahu pemberita hari ini bahawa jejantas berharga RM10 juta itu, yang pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh anak syarikat Petronas, KLCC (Holdings) Sdn Bhd, setanding dengan jejantas di Singapura dan Hong Kong.

Merujuk kepada kritikan oleh sesetengah pihak terhadap projek itu, Ahmad berkata mereka perlu membandingkan pembinaan jejantas yang serba moden ini, yang mempunyai ciri keselamatan dan keselesaan,dengan jejantas yang dibina oleh kerajaan sebelum ini, dan bukan dengan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.

Beliau berkata jejantas sepanjang 152 meter itu bukan sahaja bertujuan menghubungkan kedua-dua lokasi tersebut tetapi turut berhawa dingin dan mempunyai kamera litar tertutup yang dihubungkan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia.

Jejantas itu turut mengambil kira keperluan warga emas dan orang kelainan upaya dan cacat penglihatan, katanya.

- Bernama

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails