Dedicated to Pendokong Reformasi yang kini terpelanting jauh....

KELAS TAMBAHAN DI KUBANG SEMANG
GURU-GURU YANG BERPENGALAMAN MEMBIMBING ANAK ANDA
BERMULA SESSI 2012
KELAS BERMULA AWAL JANUARI 2012.
TAHUN 4,5 DAN TAHUN 6 (UPSR)
hubungi
Puan Nurjehan : 019 - 4779096
Encik Faurani : 019 - 5972726
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! Daftar di sini [ChurpChurp]

Friday, February 11, 2011

Hosni Mubarak enggan berundur..



KAHERAH, 11 Feb — Presiden Mesir Hosni Mubarak terus menolak tuntutan penunjuk perasaan sambil menegaskan, beliau akan kekal menerajui negaranya sehingga pemilihan September ini.

Komen beliau dalam ucapan menerusi televisyen muncul ketika sesetengah pihak mendakwa Hosni akan berundur segera.


Sehubungan itu kata Hosni, beliau akan menyerahkan sebahagian kuasa kepada naibnya Omar Suleiman tetapi tiada butiran diberikan.

Awal bulan ini beliau berjanji tidak akan bertanding buat penggal keenam September ini ketika tunjuk perasaan masuk hari yang ke-17.

“(Saya) tidak boleh dan tidak akan menerima arahan-arahan dari luar (supaya berundur),” katanya sambil menegaskan akan kekal sebagai ketua negara sehingga pemilihan presiden September.

“Saya tidak akan berpisah dari tanah Mesir sehingga saya dikebumikan,” kata Hosni lagi.

Sejurus selepas ucapan Hosni, Omar berkata, beliau komited untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan peralihan kuasa secara aman.

Katanya, beliau komited untuk memenuhi tuntutan rakyat menerusi dialog, yang sudah pun bermula dan bersetuju untuk merangka pelan ke arah peralihan kuasa.

“Kami telah membuka pintu untuk dialog... tuntutan akan dipenuhi mengikut jadual (yang ditetapkan),” katanya.

Omar berkata, tentera telah memberi perlindungan kepada “revolusi orang muda” dan menasihatkan penunjuk perasaan agar “kembali ke rumah” masing-masing dan “balik bekerja.”


The Malaysian Insider

1 comments:

Anonymous said...

Rakyat dan parti pembangkang Lantik aje presiden baru. Apa mubarak boleh buat kalau presiden baru dilantik? nak cuba hapuskan presiden baru dan rakyat? Sudah tentu dia kena berhadapan dengan rakyat dan pembangkang yang akan cuba pertahankannya....

Habis selamat pun lari ke luar negara.... heheheee.

Archive

Related Posts with Thumbnails