Monday, February 14, 2011

Guan Eng di fitnah lagi.....

“KALAU sudah nama parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini…”



Kenyataan diatas adalah fitnah terbaru oleh Lidah Rasmi UMNO terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dibawah ini pula ialah kenyataan akhbar dari Ketua Menteri Pulau Pinang menjawab fitnah itu..


Utusan Malaysia dicabar siarkan sepenuhnya kenyataan bertulis saya dan jangan putar belit.

Utusan Malaysia sekali lagi membuat fitnah ke atas saya dalam satu rencana pengarang bertajuk “Elok Pas, PKR terangkan hukum 'dosa pahala' kepada Guan Eng”:-

“KALAU sudah nama parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini…”

Rencana ini telah memutarbelitkan kenyataan bertulis saya semalam. Saya tidak langsung menyentuh tentang larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine. Sebaliknya saya mahu rakyat lihat hasutan jahat melabelkan amalan orang bukan Islam sebagai berdosa di kalangan orang Islam dan melabelkan Negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik di kalangan orang bukan Islam.

Tindakan tidak bertanggungjawab Utusan berterusan bukan hanya terhadap pemimpin PR malah terhadap wartawannya sendiri yang mendukung prinsip kebebasan akhbar seperti Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari. Saya cabar Utusan Malaysia membuktikan ia bela kebenaran dangan menyiarkan penuh kenyataan saya untuk menunjukkan hakikat sebenarnya.


“ Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Dalam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Tahun Arnab Anjuran Cabang Tanjung PKR Pada 13.2.2011

Rakyat Mesti Menolak Hasutan Ekstremis Dan Berbau Perkauman Yang Melabelkan Orang Bukan Islam Sebagai Berdosa Dan Negara-negara Islam Adalah Mundur, Miskin, Korup Dan Tidak Demokratik.

Rakyat mesti menolak hasutan ekstremis dan berbau perkauman yang melabelkan orang bukan Islam sebagai berdosa, khususnya dalam media yang dikuasai BN, kerana menyebarkan maklumat palsu bahawa amalan tradisi Kristian dan Hari Kekasih Valentine Day adalah berdosa. Pada masa yang sama ada pemimpin BN yang melabelkan negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik.

Jelas sekali permainan perkauman dan ekstremis ini bertujuan untuk pecah-belahkan rakyat dengan melaga-lagakan antara agama agar pemimpin BN boleh terus memerintah dan skandal rasuah yang kian berleluasa. Keengganan BN menjawab skandal tentang RM888 bilion wang yang dibawa curi-curi keluar secara haram dalam 9 tahun di antara 2000-2008, amat tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan jumlah wang besar. Betapa besarnya boleh dilihat sekiranya RM888 bilion diagihkan kepada 27 juta rakyat Malaysia, maka setiap orang akan menerima RM 33,000/-! Atau kini setiap orang dewasa, kanak-kanak dan bayi telah kehilangan RM33,000/-.

Hari Kekasih atau Valentine’s Day bukanlah sebahagian daripada fahaman, ajaran atau nilai Kristian. Tidak ada sebarang upacara sembahyang dijalankan dalam gereja untuk menandakan Hari Kekasih ini. Sebaliknya ia adalah hanya suatu amalan popular yang tidak menggalakkan amalan jahat berzina atau berdosa. Sekiranya ada pihak jahat yang cuba menyalahgunakan Valentine's Day untuk kegiatan maksiat atau berzina, ia dikecam dan dilarang oleh semua pihak baik bukan Islam ataupun Islam.

Untuk melabelkan ajaran Kristian sebagai tradisi berdosa dalam TV adalah sungguh tidak bertanggungjawab dan biadab. Jelas sekali ada pihak tertentu yang cuba mencari populariti di kalangan umat Islam dengan menjalankan kempen anti-Hari Kekasih seakan-akan suatu kempen menyelamatkan Islam daripada dosa-dosa yang diamalkan di kalangan bukan Islam.

Sekiranya mereka ingin mempertahankan Islam, mengapa mereka tidak menjalankan kempen ke atas pemimpin BN yang menyerang calon wanita PAS sebagai ekstremis kerana calon wanita itu memilih untuk tidak salam dengan kaum lelaki? Mengapa mereka tidak menjalankan kempen ke atas pemimpin BN sama yang melabelkan negara-negara Islam sebagai mundur, miskin, korup dan tidak demokratik?

Jelas sekali, ini adalah suatu permainan politik BN dengan taktik talam dua muka untuk menimbulkan kebencian di kalangan kaum dan agama masing-masing. Sandiwara talam dua muka BN ini berlainan dengan PR yang bertindak adil kepada semua kaum dan agama dengan mempromosikan kesederhanaan, kesefahaman, dan saling hormat-menghormati serta bantu-membantu di antara satu sama lain.

PR berpegang kuat dengan kepercayaan bahawa kesederhanaan adalah keadilan. ”


LIM GUAN ENG

Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 14.2.2011.

Berikut pula apa yang disiarkan Lidah Rasmi UMNO itu..

Elok Pas, PKR terangkan hukum 'dosa pahala' kepada Guan Eng

KALAU sudah nama parti DAP, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan akan dilihat sudut negatif. Jadi tidak menghairankan apabila kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di dalam The Malaysia Insider mendakwa larangan remaja Islam menyambut Hari Valentine atau Hari Kekasih adalah mainan politik Barisan Nasional (BN) yang mahu menimbulkan kebencian antara kaum dan agama di negara ini.

Di mana logik tuduhan liar seorang pemimpin yang mahu meniru pentadbiran Khalifah Abdul Aziz ini.

Rakan-rakan Islam dalam Pas dan PKR elok nasihatkan Guan Eng mengenai soal akidah dan hukum dosa serta pahala umat Islam.

Tidak payah Guan Eng hendak membuat tuduhan melulu. Tidak wajar juga parti yang menentang penubuhan negara Islam hendak bercakap mengenai tindakan BN melabelkan sambutan Hari Kekasih itu sebagai 'tradisi berdosa.'

Tidak perlu Guan Eng hendak membela ajaran Kristian dan mendakwa kenyataan BN tentang tradisi berdosa itu sebagai satu tuduhan tidak bertanggungjawab dan biadap.

Memang kempen anti-Hari Kekasih yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah satu kempen untuk menyelamatkan umat Islam daripada melakukan dosa seperti zina dan maksiat.

Dalam ajaran Islam, memang tidak dibenarkan lelaki dan perempuan yang bukan mahram duduk memadu kasih dan melakukan adegan tidak senonoh sebelum nikah. Jika dilakukan larangan itu maka pasangan yang mengingkarinya telah melakukan dosa.

Dalam agama lain, tiada hukum dosa dan pahala. Tetapi kita percaya dalam agama lain juga ada larangan terhadap perlakuan tidak bermoral itu.

Tetapi terpulang kepada pasangan bukan Islam untuk menyambut atau tidak Hari Kekasih itu. Islam tidak melarang mereka.

Jadi jika Guan Eng tidak berkenan dengan larangan ajaran Islam dan kempen Jakim, maka jelas beliau menunjukkan sikap yang tidak peduli terhadap usaha mengatasi masalah sosial terutama hubungan luar nikah dalam masyarakat negara ini.

Dalam soal memelihara moral terutama remaja Islam negara ini, BN tidak bermain politik atau melakukan taktik talam dua muka seperti DAP.

Elok Guan Eng bertanya dahulu kepada Pas dan PKR, setujukah mereka membiarkan umat Islam melakukan maksiat sempena menyambut ulang tahun kematian seorang paderi.

Oleh itu salahkah Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz menasihatkan orang ramai khususnya yang beragama Islam supaya menjauhi sebarang acara atau majlis yang bertemakan sambutan Hari Kekasih bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala maksiat?

Malah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

Jelas, Ketua Menteri Pulau Pinang itu nampaknya berkata ikut sedap mulut sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu. Dia cuba mengalihkan isu yang sedang dihadapi oleh kerajaan negeri pimpinannya.

Sebenarnya Guan Eng kurang faham bahawa nasihat Jakim tersebut hanya ditujukan untuk masyarakat Islam. Dan ia langsung tiada kaitan nasihat yang berbaur perkauman.

Lidah Rasmi UMNO

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails