Thursday, February 10, 2011

Guan Eng di Fitnah lagi!! Tuan Haji Guan Eng pulakdah.. (Video Inside)



Setelah fitnah yang mengatakan kononnya Lim Guan Eng memberikan kebenaran menerbitkan risalah ‘My Balik Pulau’ yang sebenarnya diusahakan pada tahun 2007 dan diterbitkan pada tahun 2010..

Sedangkan pada risalah “My Balik Pulau” pun ada dicetak nama penyumbang yang terdiri daripada Kementerian Pelancongan, kerajaan perseketuan dan pemimpin Umno Balik Pulau termasuk pusat sumber Muhammad Farid yang memulakan cerita ini..


Dalam kenyataannya didalam Utusan Malaysia awal minggu ini, Muhammad Farid berkata, meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu.




Kini muncul pula risalah dengan tajuk ‘ Warta Berita Dari Anak Pendatang’ yang memaparkan gambar Guan Eng memakai kopiah putih hasil dari super impose oleh pihak tertentu.

Risalah tersebut menyatakan apa yang sama antara Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Lee Kuan Yew di Singapura ialah merampas tanah orang Melayu.

DiSingapura menurut risalah itu orang Melayu di Singapura menjadi hamba di Negara sendiri manakala di Malaysia pula orang Melayu gadaikan maruah agama pada orang kafir..

Tak payah cakaplah siapa punya kerja.. bak kata pepatah sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan atau betina..







Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails