Wednesday, February 23, 2011

Eh!! Depa tiru kita la....

Sebelum ini Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Pulau Pinang telah bersetuju untuk menanggung kos penghantaran semula pelajar ke Mesir.. walaupun ada pihak mengatakan usaha tersebut hanyalah sekadar mencari publisiti murahan.

Namun semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meniru idea itu dengan meminta Kerajaan-kerajaan negeri di minta menanggung kos perbelanjaan penghantaran semula pelajar ke Mesir.


Kerajaan negeri tanggung kos

KUALA LUMPUR – Kerajaan-kerajaan negeri di minta menanggung kos perbelanjaan penghantaran semula pelajar ke Mesir.


Ini diputuskan dalam mesyuarat Ketua-ketua Menteri dan Menteri Besar, dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan semua kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) menanggung kos tersebut dengan menggunakan mana-mana dana kerajaan negeri atau baitulmal.

“Saya berharap dengan dana di peringkat negeri ini digunakan, tiada lagi tohmahan atau tuduhan siapa bersalah dan sebagainya.

“Ini bukan masa untuk bincang soal parti politik kerana kerana pelajar ini bukan mewakili mana-mana pihak. Mereka adalah golongan yang perlu dibantu,” katanya ketika berucap dalam majlis silaturahim bersama pelajar Mesir tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.

Jamil Khir berkata, semua pihak perlu mengetepikan soal kepentingan politik, sebaliknya menumpukan perhatian mengenai masalah penghantaran pulang pelajar Malaysia untuk meneruskan pengajian.

Menurutnya, semua ketua menteri dan menteri besar yang hadir pada mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menanggung kos penghantaran pulang semula pelajar terbabit.

“Bagi pelajar yang berasal daripada Wilayah Persekutuan, kos penghantaran semula pelajar akan ditanggung oleh MAIWP, termasuk memberi wang saku sebanyak RM500 setiap seorang.

“Saya, selaku Pengerusi MAIWP, turut mengumumkan bahawa dana baitulmal akan digunakan untuk kos penghantaran semula anak Wilayah Persekutuan pulang ke Mesir iaitu seramai kira-kira 400 pelajar,” katanya

Beliau, yang juga Menteri bertanggungjawab mengenai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), berkata untuk mendapatkan maklumat mengenai penghantaran pulang secara percuma, para pelajar tersebut perlu menghubungi MAIWP atau melayari laman portal Jakim di www.islam.gov.my.

“Mereka boleh mendaftar nama dan butiran peribadi melalui talian manakala bagi pelajar yang berasal dari Wilayah Persekutuan mereka boleh hadir atau menelefon terus ke MAIWP untuk urusan tiket dan sebagainya.

“Pelajar-pelajar dikehendaki mendaftar kepada MAIWP segera untuk mengemaskinikan maklumat dan tanggungan kos dapat dilakukan dengan melayari www.islam.gov.my,” katanya. katanya.

Menurutnya, setakat ini Selangor dan Pulau Pinang turut bersetuju cadangan kos penghantaran semula.

“Sekiranya tiada negeri yang tidak memberi bantuan kewangan kos tersebut, Kerajaan Persekutuan akan membantu dapatkan sumbangan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau badan-badan korporat,” katanya.

Mengenai tarikh kepulangan pelajar ke Mesir, katanya, segalanya bergantung kepada pemantauan yang dilaksanakan Majlis Keselamatan Negara.


Sinar Harian

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails