Saturday, February 19, 2011

Dimana Pemimpinku? Masih Lena atau Sudah Buta??

Kebanyakkan blogger yang menyokong Pakatan Rakyat menulis bukan kerana mengejar publisiti apatah lagi sebarang imbuhan, hanya mengharapkan sebuah Negara yang jauh lebih adil dan saksama baik dari segi perlaksanaan undang-undang mahupun pembahagian kekayaan Negara.

Ramai yang menulis tanpa mengira masa,menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh Kerajaan terhadap Pakatan Rakyat, menjawab segala tuduhan yang diutarakan oleh Blogger upahan UMNO/BN dengan segala kudrat yang ada dan biarpun tanpa dipinta..

Kini seluruh Negara menyaksikan satu episode hitam yang baru bermula, episode hitam yang memungkinkan blogger-blogger Pro Pakatan Rakyat lenyap begitu saja.. lenyap kerana akan dipisahkan dan dipatahkan satu persatu.. lenyap kerana semua akhirnya akan papa disaman sang penguasa..


Kita kini menyaksikan satu petembungan yang jelas berat sebelah, iaitu pertembungan Din Binjai @ Sharpshooter dan Rais Yatim di mahkamah.. pertembungan antara seorang rakyat biasa yang menyokong Pakatan Rakyat kerana mahukan sebuah Negara yang lebih adil dan Sang Penguasa yang kaya raya..

Dikala ini.. dikala seorang sahabatku yang berjuang dibawah satu lambang mengharapkan bantuan, dimana para pemimpinku? Pemimpin-pemimpin yang lantang menentang kezaliman dan kerakusan UMNO dan Barisan Nasional? Tidak nampakkah mereka apa yang sedang berlaku kini?

Jika sedang terlena, bangunlah.. sedarlah wahai pemimpinku, kekuatan yang kita ada kini diambang kemusnahan.. kekuatan yang digemblengkan oleh para blogger ini sudah mula dihapuskan sedikit demi sedikit oleh Sang Penguasa hanya melalui isu 'Menteri Rogol Amah'.

Sedarlah.. hampir seluruh blog-blog Pro Pakatan Rakyat telah memainkan isu ini samada hasil nukilan sendiri mahupun disalin dari blog lain.. ketahuilah juga inilah media baru buat rakyat marhaen yang membantu kejayaan Pakatan Rakyat..

Dimana pemimpin-pemimpin yang telah berkuasa setelah PRU12 yang lalu? dimana pemimpin PAS? Dimana pemimpin DAP? Dan juga dimana pemimpin PKR???

Adakah kerana sahabatku ini seorang penyokong PKR maka nasibnya tidak perlu dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin PAS dan DAP? jika begitu dimana setiakawan kita? dimana muafakat kita? dan dimana juga Pakatan kita?

Jika dikatakan sahabatku itu penyokong PKR.. dimana pula pemimpin PKR?? Adakah perlu pemimpin PKR membiarkan sahabatku ini menempuh zaman gelapnya sendirian sedangkan selama ini kita telah bersama meniti perjuangan ini??

Adakah kerana dendam kesumat yang masih belum padam angkara Pemilihan 2010, maka sahabatku ini perlu dibiarkan terkorban? biarpun selama ini sahabatku inilah yang banyak berkorban demi PKR.. walaupun sahabatku ini tidak dijemput untuk berjuang..

Tidak bolehkah mereka bersuara hata sebaris ayat sekadar memberi sokongan moral buat sahabatku ini jika untuk mengeluarkan wang ringgit amat berat buat mereka? Tidak bolehkah mereka memikirkan bagaimana untuk mempermudahkan jalan hidup sahabatku ini?

Atau bagi mereka pemimpin tidak perlu berkorban untuk rakyat? hanya rakyat yang perlu berkorban untuk pemimpin..

Dimana pemimpin-pemimpin ku ketika ini?? Sedang terlena dibuai mimpi atau sudah buta?


Apa Peranan Pakatan Rakyat Dalam Membela Nasib Blogger di Mahkamah ?

Salam hormat,

Umpama durian dengan mentimun, golek macamana pun sang durian, elak macamana pun sang timun, pastilah hancur berkecai akhirnya mentimun itu tanpa sedikit pun merosakkan si durian. Itulah perumpamaan paling sesuai merujuk kepada perlawanan berat sebelah di antara Menteri penuh kerajaan BN dan blogger Pakatan Rakyat.

Blog Sharpshooter bakal menjadi blog pertama yang disaman oleh seorang menteri. Hanya kerana menggunakan kaedah 'copy & paste' dan disiarkan dalam blog sharpshooter, Din Binjai menjadi sasaran seorang menteri di sebalik puluhan blog yang turut memaparkan banyak versi berita berkenaan isu menteri rogol amah.

Anda semua bayangkan, seorang menteri yang gaji dan elaunnya mencecah belasan ribu akan memfailkan saman malu terhadap seorang blogger yang terdiri daripada orang kebanyakkan. Meletakkan syarikat guaman ternama seperti Shaffee & co sebagai peguam dalam kes ini menunjukkan betapa seriusnya Rais dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang blogger. Setuju atau tidak, sebenarnya itu adalah satu tindakkan bijak dari wakil kerajaan untuk melumpuhkan kekuatan blogger PR di mata kerajaan dan juga para pengamal politik. Lumpuhnya medan blog Pakatan Rakyat bermakna satu kejayaan besar buat kerajaan Barisan Nasional.

Setakat waktu ini belum ada lagi peguam sivil yang menampilkan diri untuk membantu blogger kita Din Binjai yang bakal menghadapi zaman gelapnya kerana harga sebuah saman dari seorang menteri pastinya mencecah jutaan ringgit. Dengan bahana perbelanjaan guaman yang meningkat baru-baru ini, harga dokumentasi untuk guaman sivil juga menceritakan jumlah kos yang tidak mampu dibebani oleh Din Binjai atau mana-mana blogger. Adakah kita ingin melihat wakil blogger kita kalah tanpa bertanding? Din Binjai tidak akan dipenjarakan untuk sebuah saman sivil tetapi akan menjadi blogger pertama yang bakal muflis kerana terbabit dalam perjuangan di dunia blog.

Bila menyebut dunia blog, siapakah di antara kita yang terbabit dalam dunia blog? Adakah penulis semata-mata? Adakah penyalin tampal artikel dari media lain semata-mata? Adakah pembaca tidak terbabit dalam perihal ini? Adakah penyokong Pakatan Rakyat yang menjadi pendesak utama terhadap kerajaan sedia ada tidak terbabit? Adakah pimpinan Pakatan Rakyat juga tidak dikira terbabit sedangkan selama ini peranan blogger telah diakui dan diiktiraf sebagai satu faktor kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu!

Kekuatan blog yang selama ini menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan pemerintah bakal direntap semahunya. Blogger akan lebih berhati-hati apabila melihat Din Binjai menjadi muflis hanya kerana aksi 'copy & paste'. Inilah langkah pertama kerajaan untuk menyekat kemaraan blog-blog baru yang tidak kurang bisa sengatnya.

Jika selama ini diketahui blogger-blogger aliran kerajaan banyak mendapat insentif dan elaun untuk menyerang dan mengfitnah segala elemen yang melibatkan Pakatan Rakyat, termasuklah kerajaan Penang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Tidak kurang juga fitnah yang dilempar kepada para pimpinan Pakatan Rakyat di mana Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Nizar dan Guan Eng juga tidak terkecuali. Mereka di haluan kerajaan dilihat mewah dengan habuan, tidak pernah menjadi permasalahan bagi blogger haluan PR dengan menganggap inilah peranan dalam perjuangan. Blogger PR mengambil tempat dan sedia untuk berperang di mana medan sekalipun tanpa mengharapkan balasan, apa lagi wang ringgit.

Perlawanan akan bermula dalam sedikit masa. Kalaulah para bloggers dapat melihat betapa pentingnya perlawanan ini. Begitu juga para pimpinan Pakatan Rakyat, mereka harus melihat perlawanan 'menteri vs blogger' ini adalah penting juga untuk mereka. Pemimpin PAS, PKR dan DAP harus peka dan mengambil berat tentang apa yang bakal terjadi jika seorang blogger disaman dan lebih memburukkan keadaan ialah apabila kepimpinan Pakatan Rakyat dilihat membisu dan tidak menghulurkan bantuan ke atas para blogger yang dihenyak kerajaan melalui menterinya.

Jangan jadikan persepsi buruk tercipta dan tersebar luas betapa kerajaan PR tidak bertanggungjawab dan hanya melepaskan tangan dalam isu sepenting saman ke atas blogger, setelah berjaya menguasai beberapa negeri. Harus jangan dilupa bahawa blogger memainkan peranan penting ditambah lagi dengan beberapa PRK termasuk pilihanraya negeri yang mendatang dan juga PRU yang semakin hampir.

Bukan satu ugutan, tetapi ingin dijelaskan bahawa Pakatan Rakyat harus memainkan peranan. Sepertimana rakyat itu harus dibela, blogger juga harus dibela! Bukan wang ringgit yang dipinta, tetapi hulurkanlah segala bentuk bantuan kepada blogger yang diserang saman,, bukan hanya kepada Din Binjai tetapi mana-mana blogger yang bakal terlibat dalam persengketaan mahkamah demi kejayaan Pakatan Rakyat itu sendiri. Ini adalah berkenaan nasib Din Binjai dan pasti lebih ramai blogger lain bakal diheret ke mahkamah sekiranya Rais menang mudah dalam kes yang bakal berlangsung ini.

Di samping itu juga, blogger lain dituntut memainkan peranan untuk perlawanan penting ini. Bak kata Pak Bakaq penarik beca yang pernah ditahan atas kesalahan yang melibatkan institusi kepolisian negara;

Hari ni hari Din Binjai. Esok lusa mungkin hari kita. Din disaman oleh menteri Umno, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berikutan hebohnya perbuatan terkutuk tibai amah. Saya tak tahu sama ada betul atau tidak Rais dah tenggek amah dia. Tapi, Rais nampaknya sangat berang. Ramai yang sebarluaskan cerita itu. Tetapi Din yang jadi pilihan Rais memuaskan amarah berangnya.

Percayalah bahawa kita tidak sekali-kali wajar menganggap perjuangan ini adalah perjuangan perseorangan. Kita blogger, pembaca blog, pimpinan, bawahan, facebooker, pengicau twitter dan sesiapa sahaja yang berhaluan Pakatan Rakyat adalah satu pasukan walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam sokongan, tetapi titik persamaan kita ialah menghumban Barisan Nasional dalam jasad kerajaan pusat lantas membuka lembaran baru melalui pemerintahan baru yang segar untuk rakyat, demi rakyat!

Mempertahankan Din Binjai Sharpshooter seumpama mempertahankan medan blog kita. Sematkan istiqomah berani dalam menyertai perlawanan penting ini bagi mempertahankan medan kita bersuara, yakni medan rakyat mencangkir berita!!

Suara rakyat suara keramat!! Bukan pengorbanan blogger itu sahaja wajar jadi penghargaan, malah jangan dilupa blogger itu juga terdiri daripada rakyat kebanyakkan! Bantulah blogger!!


EDYES @ edyesdotcom
bersatu kita bersatu...

Followers

Archive

Related Posts with Thumbnails